Monday, 17 February 2025

Dali, China : Meronda Old Town | Masjid Ximen (West Gate)

 Nihao....hari pertama di Dali Old Town...
 
Dali old town lebih kemas dan tersusun berbanding Lijiang Old Town. Lebih symetrical, so mudah nak hafal route jalan-jalannya. Kawasan old town ni terletak diantara Mount Changsa di belah barat dan Erhai Lake yang luas di belah timur. Disini majoritinya kaum etnik Dai..
 
Ok, jom start meronda..keluar dari lorong ke Jalan Renmin. Ada kedai Mixue di corner lot belah kiri..
 
view sebelah timur
 
view Mount Changsa di barat
 
kedai-kedai disepanjang Jalan Renmin
senibina etnik Dai
 
kedai popular untuk photoshoot
 
Aktiviti disini cuma strolling sambil snap2 photo
 
kedai antik
 
kedai jual teh
 
dua orang etnik Dai sedang berjualan
 
dua bangunan antik berada di simpang Renmin Road & Fuxing Street
 
dekat sini ada signage yang tunjuk susunatur old town
tengok ada masjid sekitar sini, jom pi ziarah..
 
di sebelah kiri Fuxing Street
 
kami meneruskan perjalanan ikut Renmin Road, sampai ke Boai Road, 
jalan utama disini, lintas jalan ni, jalan straight
 
begitu sesaknya di simpang Boai Road dan Renmin Road
buggy bawa tourist berhenti disini
 
ada Muslim girl lual daging awet, yang panjang mcm kayu tu
ialah perut lembu..macam sedap je daging ni..
 
close-up sikit
 
jalan kedepan lagi, tengok banyak tenda (khemah) merah, ramai orang Islam berniaga, 
macam pasar malam kaedahnya..
 

berderetan khemah-khemah jualan
 
jualan side dishes, kek, jajan - beli side dishes
 
side dishes
 
Rupanya kawasan ni depan masjid, tapi entrance masjid ni takde
penampakan, takde ciri-ciri yang dalamnya ada masjid

entrance ke masjid
 
Masjid Ximen (West Gate)
 
Ada majlis, tengok ramai wanita duduk di luar masjid. kedengaran orang bagi ceramah, 
macam kuliah Asar
 
gerai di tepi entrance masjid
 

Sambung berjalan, berpatah balik ke Boai Road, ada ternampak 
kedai mi tarik semasa naik buggy ke hotel, jom cari makan..
lunch cum dinner

6 comments:

  1. Cantik tenang je Dali Old Town ni ya. View Timur atau Barat, dua2 cantik. Ada masjid, ada komuniti Islam di sana, menarik sangat. Moga sampai sana nanti. Makanan pun unik, mesti nak try.

    ReplyDelete
  2. Patutlah ramai penjual Muslim, rupa-rupanya dekat kawasan masjid.

    Unik topi yang dipakai etnik Dai tu 😀

    ReplyDelete
  3. cantik dan nampak sgt berseni binaannya

    ReplyDelete
  4. Cantik masjid Ximen tu. Mudah nak cari makanlah kan area sini , ramai berjualan berdekatan kawasan masjid.

    ReplyDelete
  5. Suka tengok gambar terats yang nampak awan tu...cantik betul macam lukisan...suka tengok masjid2 di China ni..cantik2...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!