Sabtu 26 Oktober 2024
Hari kedua di Dali old town. Hari baru dimulai dengan sarapan pagi. Hotel ni sediakan breakfast buffet, dah termasuk dalam hotel rate..jom kita tengok sarapan apa yang disediakan..
Tempat sarapan ada dibelakang bangunan...
pintu gerbang ke restoran
Cantik restorannya..ala-ala resort gitu..
ada juga mee sup
buah pisang & limau, telur goreng
Dah habis sarapan, pergi ke reception area, nak tanya tentang lokasi
tempat yang kami nak gi..di Dali ni kami tak gi mana², cuma jalan² di
old town, tak gi area Erhai Lake, Three Pagoda, Kampung Etnik Dai
entahlah macam malas pula..rasa nak bersantai-santai je..
Alhamdulillah, perempuan muda yang pandai speaking yang jaga reception
Sebab penasaran tengok benda bulat² ni, kita pun tanya apakah benda ni?
dia cakap teh ni tahan bertahun-tahun lamanya
yang bekas ceramic tu depa beli di Tibet
cantik kan..tapi 'Not for Sale'..for display only
serbuk teh saja yang dijual..
Dah dapat info, kami pun bergerak dan memulakan aktiviti survey jalan..
Sebelum tu minta kat perempuan muda tu nak check out pukul 1 tengahari
dia ok je, waktu check out sebenarnya pukul 12 tengahari
Ok jom jalan, ikut Renmin Road sampai di simpang Fuxing Road
corner ke kiri...jalan terus sambil tengok² kedai di bangunan lama..
Fuxing Road ni meriah dengan pelancong² local
Jalan Fuxing - jalan di Dali Old Town lebih besar
senibina etnik Dai
dibina di zaman Nanzhao Kingdom
bangunan kedai selepas Wuhua Tower
Wuhua Tower di kejauhan
Melepasi Wuhua Tower, di sebelah kanan, akan ternampak
kawasan 'water feature' yang cantik
suka tengok kedai-kedai klasik di sepanjang sungai kecik
suka tengok kedai-kedai klasik bersenibina etnik Dai
suka tengok kedai-kedai klasik bersenibina etnik Dai
South Tower
Dah sampai di South Tower, kita berpatah balik