Saturday, 9 February 2019

Haus Boom : Patutlah Kebaboom!

Salam semua..

Sejak dua menjak ni, teman rasa hairan kenapa entry teman tentang INI begitu mendapat perhatian daripada netizen. Dalam masa sehari, pageview sampai beratus-ratus, kebaboom! 

Dapat pageview tinggi dalam masa sehari untuk blog picisan macam blog saya ni, memang fenomena luarbiasa...apakah? apakah sebabnya??

Rupa-rupanya ada isu peringkat tertinggi, peringkat nasional, tentang produk ni. Hot sungguh, panas-panas..too hot to handle..

Dengar khabar, pengasasnya dah delete komen di facebook beliau dan juga sudah minta maaf dengan YB SS. Syabas tuan!! Dah-dah lah tu kan, biduk berlalu, kiambang bertaut..

Saya ada baca luahan hati beliau dalam satu blog dan juga artikel balas oleh saudara Mat Rodi di blog yang sama. Saya bukanlah orang bisnes, memang tak tau perit-getir start-up company untuk memajukan perniagaan mereka. I am an end-user, pengguna jah..

Manusia ada kelemahannya, kadang-kadang berjanji tidak ditepati, dimungkiri, namun janji Allah itu pasti, jika sudah rezeki, tak kan salah alamat, membujur lalu melintang patah, tetap jadi rezeki kita.

Saya dah jumpa produk ni di outlet 7-11 di Jalan Raja Laut. Dulu memang tak pernah nampak di kawasan Lembah Kelang. Tahniah!!

 ada promosi, beli 1 percuma 1
sampai 28 Februari 2019, oohh harga dah turun RM3.50 sebotol


Anyway, saya suka iklan raya 2018 produk Hausboom nih, konsep post-PRU 14,
 sooo creative..dah-dah lah tu, inikan raya..


 Jom sokong produk Bumiputera. Semoga bertambah sukses!!

Saturday, 2 February 2019

Warisan Negara - 2 Stadium

Menyelusuri sejarah Malaysia di Stadium Merdeka.

Assalamualaikum..

Haritu ada kerja di sini, biasalah, jalan-jalan buat kerja. Dah lama tak jejak kaki di sini. Stadium yang sangat nostalgia untuk rakyat Malaysia. Di sinilah laungan 'Merdeka!' bergema pada 31 Ogos 1957. 

Rentetan sejarah Malaysia ada dipamerkan di sini. Jom melawat kembali sejarah negara kita.

dibuka pada 30 Ogos 1957 oleh Tuanku Abdul Rahman Putera, Perdana Menteri Malaysia yg pertama

Bangunan Warisan Kebangsaan
 
 rumput menghijau

Ralit membaca sejarah bergambar tentang Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia. Dah tak berapa ingat peristiwa-peristiwa yang berlaku - Darurat, Ganyang Malaysia, tragedi 13 Mei, Bintang 3, kisah pendatang Cina dan India.

 gambar-gambar menuju kemerdekaan Tanah Melayu

 Hari bersejarah

 time Darurat
 

 catatan mengenai Darurat tahun 1948

 Pengawal Kampung Wanita - Home Guard
- Kuasa Wanita -

PM berjiwa rakyat - Tun Abdul Razak & Tun Hussein Onn

kena tambah - keeping up-to-date

 Dah habis membaca sejarah Malaysia di Stadium Merdeka, ke Stadium Negara pula, dekat jer, sebelah-menyebelah. Sebab ada construction, kena pusing ikut jalan raya.


 Stadium Negara

Tampak di belakangnya ialah Menara PNB Merdeka 118 sedang menuju ke langit. Tidak lama lagi menukar landskap di kawasan ini

Dua bangunan warisan. History revisited.

Wednesday, 23 January 2019

The Regency Scholar's Hotel & Kenduri

Assalamualaikum, semua....

Wrap-up kisah tahun 2018. Nak juga abadikan di sini. Kenduri sepupu di Keramat. Anak pakcik bongsu. Bila ada kenduri, semua sanak-saudara jauh dan dekat datang berkumpul. Bila dah berkumpul ramai-ramai, malam sebelum kenduri, buat kenduri tahlil untuk mereka yang pergi tak kembali. Yang dah pergi tidak dilupa.

Untuk memudahkan perkumpulan sanak-saudara, booking empat bilik di The Regency Scholar's Hotel, Jalan Gurney. Tapi saya tak stay sini, untuk mereka yg tinggal jauh je - adik, kakak & keluarga dari Shah Alam dan Kedah.

Hotel ni ialah projek komersil di kawasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak.


kompleks perniagaan & hotel

pintu masuk utama 
kompleks perniagaan dipanggil Gurney Mall

ada motorbike dalam cafe

Menarik juga kompleks perniagaan ni, tak sempat ronda, nampak banyak restoran.

hotel bermula dari tingkat 6
lobi, cafe, dewan, tempat bowling, semua di tingkat ni 
 
 gembira sungguh anak-anak saudara
 
yoyo..oo..jer..hihi..
 
Jom tengok bilik, me & mother pergi ke bilik budak-budak berlima
 
 karpetnya sungguh contrast 
 
Buka je pintu bilik..ya Allah, tak lalu teman nak ambik gambar..
meh le kita snap pemandangan di luar..
 
ni yang tergedik-gedik anak-anak buah nak stay sini, pagi berendam dalam kolam, lepas tu gi shopping complex - makan kfc, lepas tu gi bowling pula 
bagus betul integrated development macam ni
 
perumahan jalan gurney - the bungalows
----------------------------------------------------
Back to kenduri. Sampai di dewan, tetamu dah ramai. Pagi tu sebelum ke hotel, sempat gak tolong sikit-sikit (potong2 tomato utk buat sambal - paklong masak lauk-pauk tambahan). Jenguk sikit di dewan.
 


pelamin

 CT Cendol

 rojak buah hasil ibu pengantin

 dewan raja sehari

 ais krim

 MC, penyanyi

 pengantin dah datang

 
bersanding

dihiburkan oleh Kumpulan Chantique Scully


Sekian, event penutup tahun 2018. Bertandang ke rumah pengantin lelaki di Kuala Kangsar pada 29/12, teman tak dapat pergi, walaupun kampung teman. Kena kerja weekend menjelang tahun baru...huhu..