Alhamdulillah, dah masuk bulan November..
Aktiviti perkelahan keluarga diteruskan lagi. Kali ni pergi lebih jauh, ke Janda Baik, Pahang..hari Sabtu lepas.
Berkelah di tepi sungai pula.
Tapi teman tak pergi. Adik bongsu sekeluarga, mak dan kakak yang pergi. Jumaat pagi, mak dan kakak pergi rumah adik bongsu. Depa pakat-pakat nak pi sini.
Dah plan nak ke sini lagi tapi hari minggu ni, chalet semua dah fully booked. Ramai orang datang berkelah, camping, berehat di sini, dan tempat lain di Janda Baik.
Teman tengah banyak kerja, biasalah year end. Tapi sehari dua during weekend boleh kot ke sana ke sini...I need holiday!!