Friday 10 August 2018

Seoul 2.0 : Nami Island and Dongdaemun

Holaa!!

Hari ke-2, Sabtu 28 Julai 2018.

Hari yang cerah, jom kita ke pulau. Pulau Nami.

Kalau dulu naik ITX, kali ni naik subway dan train. Di Jongno 3-ga, ambil Line 5 ke Hoegi station, sambung dengan Jungang Line ke Sangbong, then naik Gyeongchun Line ke Gapyeong.

Sangbong station
 
Ramai orang, berdiri dari Sangbong hingga dua stesen sebelum sampai Gapyeong, baru dapat duduk. Sambil-sambil berdiri, snap gambo kawasan pendalaman.

kebun sayur berbumbung

 cantik kebun sayur di kawasan luar bandar Korea

semakin menghampiri Gapyeong, pemandangan cantik

Sampai di Gapyeong station, menyeberang jalan, tunggu intra-city local bus untuk ke Nami Island. Panas lit-lit, baru pukul 11.00 pagi, panasnya macam dah pukul satu.

Gapyeong station
 tunggu bas no. 33-5, tambang 1,200 won

beli tiket

naik feri Nami Maid


Berjalan ke bahagian dalam Pulau Nami, banyak photo hot spots untuk posing, selfie, wefie



Tak buat aktiviti apa-apa di sini, cuma jalan-jalan melawat kawasan.

 Ada show World Music

Dah penat berjalan, rehat, makan bekalan sandwich tuna. Tengok jam dah pukul 12 lebih, berjalan ke bangunan utama di Nami Island, yang ada musolla.
 
ada restoran halal Asian di bangunan ni


Surau di tingkat 2 bangunan International Children Library. Comel-comel je signage di tingkat ni, kanak-kanak style.

 guna buka untuk dekorasi dinding dan siling

lapisan buku-buku jadi tiang

habis kena conteng, mostly nama melayu
 
Alhamdulillah, surau dah banyak improvement dari pertama kali jejak kaki di sini di tahun 2013. Masa tu surau terbuka, campur lelaki perempuan, sekarang dah berasingan. Selesa sungguh.
 
tempat wuduk dan tempat mandi

surau yang bersih, telekung, sejadah ada disediakan

Selesai solat, bergerak pulang, menuju ke sungai.

 pertunjukan muzik tradisional

 jalur gemilang megah berkibar

zipline ke Nami Island

berakhir sudah

Balik ke Gapyeong station, naik intra city bus juga.

suasana kampung di Gapyeong

Balik ke Seoul pun naik keretapi biasa. Tersilap percaturan di Sangbong station, naik train berpatah balik ke Mangu. Tapi takpe, kat Mangu station pun boleh naik Jungang Line, kali ni terus ke Cheongyangni station, tak turun di Hoegi station. Kendian ambik Line 5 ke Dongdaemun station, pit stop terakhir untuk hari ni.

Di Dongdaemun station, keluar exit 6. Mata dah kabur, sepatutnya Exit 8. Nak pi Dongdaemun Design Plaza yang gempak tu, Alhamdulillah nampak dari Dongdaemun Gate (Heunginjinmum Gate) ni. 

 Heunginjinmun Gate is part of Seoul Fortress

Berjalan dari Exit 8 ke Dongdaemun Design Plaza. Lalu lorong-lorong jual pakaian, ramai lak warga asing orang Asia, membeli-belah di sini.

"Architecture should allow people to imagine what they could not imagined before" - Zaha Hadid

Dream, Design, Play

 Doota Plaza

 Bunga ros LED sebelum waktunya

lepak kat sini, layan internet, ada banyak food truck
ingatkan nak beli yang ni, lobster & shrimp, tengok ada jual bacon juga
langsung tak jadi, makan bekalan sandwich

 mula menyala sikit, baru pukul 6.30 petang

 belum menyala sepenuhnya

Tak menunggu sampai gelap, bergerak pulang. Balik hotel, refresh dan solat, turun ke dapur, masak bihun tomyam segera. Nikmatnya dapat makan tomyam.

Balik bilik, layan tengok TV, banyak betul program home shopping, macam-macam produk dijual.

 home shopping jual kimchi

 Sedapnya..stew bubuh kimchi

Habis hari ke-2. Esok menuju ke selatan.

16 comments:

  1. Musim panas kat Nami macam tak berapa ramai orang... Yang bagus suraunya dah semakin cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ramai sangat..ya, suraunya dah ada improvement, selesa..

      Delete
  2. wah seronoknya. dah lama saya teringin nak pergi tapi belum ada rezeki lagi. hehehe by the way saya follow sini sebab tak sabar nak tengok update seterusnya dan saya suka cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya. saya followers ke 207

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, one fine day akan dapat gi Seoul..thanks, akan singgah ke sana..

      Delete
  3. wahh bersihnya surau dia kak..di malaysia area cameron tu pernah pergi surau dia sangat sedih rasanya tengok..huhu...malaysia kot negara islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. surau & tempat wuduk dia mmg bersih..surau2 awam di malaysia, ada jg yg ok, mcm surau kt tmpt departure KLIA2, surau KLCC, tapi majoriti tak brp best keadaan..kurang maintenance

      Delete
  4. kena pegi cubala ke Korea musim lain.. nak tengok view musim lain macam mana pula.. surau Nami da ader carpet heheh.. menarik2.. zipline tu tingin nak cuba walaupun gayat =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surau Nami dh cantik & selesa...nk gi time spring or autumn..cantikk..

      Zipline..gayatt..

      Delete
  5. Baguihnya keadaan surau di Nami Island tu... InsyaaAllah one day nak jenguk jugak la pulau ni, teringin nak repeat Korea waktu autumn pula nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu autumn.cantikk..surau kt sini sgt bersih & selesa..

      Delete
  6. Suka lah dengan petikan ayat nie "Architecture should allow people to imagine what they could not imagined before - Zaha Hadid"..
    Bila tengok rekaan bangunan memang boleh buat imaginasi meliar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg bantah buat design futuristik mcm ni, tapi bila dh siap, mmg sgt menarik..betul apa yg arkitek DDP tu ckp kan..imaginasi x terjangkau di fikiran..

      Delete
  7. salam maaf nak tanya..kenapa dr hoegi station kene tukar ke sabong ye..bukan ke di hoegi statio tu sdr mmg ada direct terus ke gapyeong stn

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jg ambik gyeongchun line di cheongyangni & hoegi stn tapi itu yg express punya, ada timing dia, kalau baca kt wikipedia cuma ada 10 express train yg beroperasi dari 2 stesen ni..express train ni tak tau kena beli tiket dulu ke mcm ITX atau boleh guna t-money..

      kalau kat Sangbong station, boleh naik local train..sbb last terminal utk gyeongchun line (local train)..

      Delete
  8. Assalamualaikum tuan..nak tanya..kalo naik itx kt station Sanbong nk beli tiket ade itx tiket machine ke kt stesen Sanbong tu? ke boleh guna T-Money je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..itx kena beli tiket, T-money tak cover..selalunya ada tiket machine kt stesen yg itx berhenti, boleh jg beli online, guna website Korail..kt Sangbong, itx cuma beroperasi weekday saja, weekend takde..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!