Dalam akhbar hari ni, kerajaan mengumumkan dana sebanyak RM6 hingga RM10 billion diperlukan untuk membeli 250 ekar tanah Kampung Baru, untuk dibangunkan secara terancang dan bersepadu.
Kampung Baru. hah!
Desas-desus nak bangunkan semula Kampung Baru ni dah tersangat lama isunya. Rasanya dah berpuluh-puluh tahun, tapi tak selesai-selesai juga. Kalau kerajaan sekarang berjaya dalam perancangan tersebut, memang tabik lah.
Salah satu masalah di Kampung Baru ni ialah pemilikan berganda (multiple ownership). Dalam satu lot, ada yang sampai beratus-ratus pemilik. Tanah pusaka, turun-temurun. Pembangunan pula berterabur, macam tiada planning control, stressed built environment, caca-merba.
Pilihanraya umum silih berganti. Pernah satu ketika ada satu manifesto pilihanraya -''Kami akan mempertahankan tanah Kampung Baru walau seinci". Begitu hebatnya tanah Kampung Baru ni. Lokasi, lokasi, lokasi - ''hot-spot" di kotaraya Kuala Lumpur.
Sebagai penilai, syarikat kami dah beberapa kali terlibat dalam kes Kampung Baru ni. Sejak tahun 90an lagi. Dulu pejabat pun di pinggir Kampung Baru. Di Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Memang nampak perubahan di seberang jalan, dulu dan sekarang. Kawasan Kampung Baru terdiri daripada Kampung Atas, Kampung Masjid, Kampung Periok, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah.
Bila kena buat penilaian, kenalah meronda kampung, melawat kawasan, setiap lot dijelajahi, setiap bangunan dilawati dan diambil foto nya. Ada yang kena kejar dengan samseng kampung. Betul tak fzyfuzzy @ KrabatKramat. Rumah-rumah di sini ada yang ok, tapi kebanyakannya so-so je. Nak kata semuanya rumah tradisional, tak juga.
Hari ni juga baca dalam whatsapp group, ada cadangan suruh kerajaan isytihar Kampung Baru sebagai Warisan Negara dengan mengambil contoh Kampung Bukchon (Bukchon Hanok Village) di Seoul, Korea Selatan.

Sedutan dari artikel di whatsapp group:
Baca news, dikhabarnya Kerajaan sedang mengumpul dana
berbillion dan berbincang nak beli tanah-tanah di Kampung Baru Kuala Lumpur
untuk dimajukan.
Soalan saya, haruskah semua kawasan di ibu negara perlu dimajukan untuk dibina apartment, shopping mall dan bangunan pencakar langit?
Lalu, saya mengenang balik pengalaman menetap di Korea dulu.
Soalan saya, haruskah semua kawasan di ibu negara perlu dimajukan untuk dibina apartment, shopping mall dan bangunan pencakar langit?
Lalu, saya mengenang balik pengalaman menetap di Korea dulu.
Ada sebuah kampung di Seoul, namanya Bukchon Hanok Village,
betul-betul terletak di pusat bandar Seoul Korea. Korea juga sebuah negara yang
hebat, malah lagi hebat dari Malaysia dari segi pelbagai bidang.
Tidak pula saya tengok, Kerajaan Korea ingin buat bangunan atau apartment mewah di kawasan Bukchon Hanok Village ini. Nak kata kecil, kawasan Bukchon Hanok Village ini besar juga. Ikutkan nafsu, 4 5 buah Mall dan puluhan apartment boleh dibina. Menariknya, dijadikan pula, kawasan Bukchon Hanok Village ini sebuah WARISAN NEGARA.
Kampung lama masyarakat Korea yang masih lagi cantik terpelihara dari segi senibina dan tradisi. Sekeliling kawasan itu juga terkenal dengan tradition, culture and art yang kini menjadi tarikan pelancongan utama di bandar Seoul. Ekonomi disekitar kawasan itu juga pesat membangun dengan adanya Warisan Negara ini.
Saya harap Kampung Baru dijadikan sebuah warisan negara seperti mana Korea jadikan 'Kampung Hanok Bukchon' sebagai warisan negara Korea.

Bagi yang pernah jejak kaki di Bukchon Hanok Village, perbandingan ini memanglah sangat tak padan, jauh panggang daripada api. Bukanlah nak offend, nak merendah-rendahkan tempat sendiri, tapi inilah kebenarannya. Kalau Kampung Morten di Bandar Melaka dibandingkan dengan Bukchon, saya setuju. Sama-sama penuh dengan rumah-rumah tradisional.
Berada di Bukchon Hanok Village, rasa nak berlama-lama, sebab cantik kawasannya dengan rumah-rumah tradisional hanok tersusun indah. Suka tengok senibina hanok ditambah dengan rumah-rumah hanok yang diubahsuai kegunaannya menjadi kedai dan galeri.
Boleh rujuk entry Bukchon Hanok Village di sini.
Rumusannya: Apa nak buat dengan Kampung Baru? Nak dibiarkan saja seperti sediada? Nak jadi KLCC, TRX atau Midvalley, kedua? Sekarang ada usaha upgrade kawasan dekat Masjid Kampung Baru. Cantik.
Jom revisit Kampung Baru. Banyak pilihan tempat makan, itu yang pasti!
Jom revisit Kampung Baru. Banyak pilihan tempat makan, itu yang pasti!