Monday, 23 September 2019

Keropok vs Keripik

Keropok vs keripik. Sama ke ada beza? 

Keropok selalunya asal daripada haiwan, macam keropok ikan, sotong, udang. Tapi ada juga keropok sayur. Kerepek/keripik pula lebih sesuai untuk yang asalnya dari tumbuhan seperti kerepek kentang, bawang, ubi, pisang. Tapi yang samanya, dua-duanya kudapan yang mengasyikkan.

Minggu lepas pergi 7-11 di Menara Centara, ternampak keropok dan keripik dari negara-negara jiran kita. Satu dari Indonesia, satu lagi dari Thailand. Harganya..biasalah benda import ni, melambung-lambung tinggi. Boleh beli nasi putih + ayam goreng + sayur..

Sebab nak rasa keropok udang berperisa tomyam, beli lah satu peket. Harganya RM6.70 satu..

ada pengesahan halal

Bila buka je bungkusan, semerbak bau tomyam. Memang sedap keropoknya. cukuplah sekali..rasa macam tak berbaloi lak...

Yang dari seberang ni lagi lah mahal...RM10 harganya..*gulp*..oleh-oleh khas Bandung..mesti lah cita rasa lokal donk..

 keripik singkong sejuta rasa Ayam Goreng Lembang
dengan cocolan Sambal Dadak Sunda

ada pengesahan halal dari Majlis Ulama Indonesia

keripik singkong Nasi Kuning Pandu
dengan cocolan asli Sambal Seuhah
 
Nga beli yang ini..kapan mau dicobain..bikin penasaran sih!!

Friday, 20 September 2019

Muzium Telekom

Salam Jumaat..

Hello! moshi-moshi!

Satu hari di hari Sabtu, teman ada pergi ke Muzium Telekom. Lokasinya di simpang Jalan Gereja/Jalan Raja Chulan. 

senibina campuran Neo-classical Greek dan moden
 bangunan bertiang Roman

Sebenarnya tujuan utama datang ke kawasan ni sebab nak ambil gambar bangunan diseberang jalan, di atas Bukit Mahkamah, untuk laporan kerja. kenapa pergi di hari Sabtu? sebabnya kawasan ni lengang, kurang orang pada hari cuti, so mudah nak snap gambar.

Malas nak drive masuk pusat kota raya, teman naik pengangkutan awam. Dari stesen Masjid Jamek, berjalan kaki ke sini, ikut Laluan Warisan.

  termasuk dalam Laluan Warisan


senibina yang menarik..tetiber ada unsur-unsur Roman

orang kaya zaman dulu ada telepon


jom masuk

ada bayaran kalau nak masuk ke dalam bangunan muzium
teman cuma jalan-jalan di luar saja

tempat photoshoot


Fakta tentang bangunan Muzium Telekom
Dibina pada 1928 sebagai ibu sawat Telefon Bateri Setempat, bangunan 3-tingkat ini menjadi model ibu sawat telefon pada masa itu, memandangkan lokasinya yang strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Menjelang tahun 1994, bangunan kolonial yang indah ini dibuka secara rasmi sebagai Muzium Telekom. Bangunan ini yang bertingkap simetri serta tiang-tiang lonia setinggi 2 tingkat telah diisytiharkan sebagai Bangunan Warisan Negara dan tanda tempat yang bersejarah.

bangunan kolonial yang cantik

Rugi juga tak masuk ke ruang pameran, mesti banyak informasi tentang benda ciptaan Alexander Graham Bell ni.  Evolusi telefon, dari analog ke telefon pintar.  Rasanya dah lama tak nampak telefon fixed line di rumah-rumah kediaman. Di pejabat masih lagi relevan, masih ada telefon atas meja.

Satu lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di kotaraya Kuala Lumpur.

Wednesday, 18 September 2019

Makanan Jalanan

Assalamualaikum, semua..

Dah makan tengahari? walaupun dah makan, terasa nak mengunyah kuih-muih jalanan yang sentiasa evergreen, tak jemu di makan...meh kita tinjau makanan jalanan di dua kuala - Kuala Lumpur dan Kuala Kangsar...

Yang ni di Jalan Masjid India...ramai berjualan di kaki lima.

 putu mayam

 pelbagai jenis vadai - parpu vadai, ulunthu vadai

ke Kuala Kangsar pulak, kampung teman

putu perak - rindu nak makan kuih putu ni
tak sabo nak balik kampung hujung minggu ni

kuih putu tak tau nama 

apam manis daun pisang muda

Kita ke supermarket pula

Belgian waffle

yang mahal

Dorayaki - kuih kegemaran Doraemon


Best kan kalau dapat minum teh sambil makan kuih-muih jalanan nih.

Sunday, 15 September 2019

Ayer@8, Putrajaya

Bulan lepas ada kerja di Ayer@8 di Putrajaya. Pertama kali ke sini. Menarik juga konsep bangunan perniagaan ni..


Dua blok bangunan

Sementara menunggu appointment dengan klien pukul 2.30 petang, mencari port untuk makan tengahari. Banyak pilihan restoran, kami pilih untuk makan nasi campur di Serabei.  

 Serabei yang jual nasi campur

Dah habis makan nasi, berjalan ke kedai sebelah yang ada tulisan Serabei juga. Rupanya Serabei ni ada dua kedai. Sebelah-menyebelah. Satu jual nasi campur, satu lagi jual makanan goreng-goreng dan juga kuih serabei. Teringin nak merasa kuih serabei, kami masuk ke Serabei yang satu lagi..

 Serabei yang menjual kuih serabei & masakan panas

pelbagai pilihan menu

signature desserts

kuih serabei - kuihnya tawar cicah dgn sekaya

kuih lompat tikam

Makan tengahari sudah, desserts pun sudah, jom kita jalan-jalan melawat kawasan di Ayer@8 ni. Banyak kedai makan, restoran, ada juga kedai emas di sini.

Kedai-kedai menjual tudung & perhiasan wanita

Turun ke tingkat bawah. Di sini lagi happening, sebabnya mengadap tasik. Ada banyak restoran juga, tapi kebanyakannya di buka di waktu petang hingga ke malam. Ada kedai ni..

boleh sewa pelbagai kenderaan utk bersantai ditepi tasik
kereta kayuh

basikal

beca

 monumen alaf baru

Masjid Sultan Zainal Abidin @ Masjid Besi

view Masjid Besi dari tingkat atas

Kerja sudah selesai. Masa untuk tea time pula sebelum balik ke pejabat. Kita ke restoran Thai yang ada lambang macam Thai Airways. 

 ada pelbagai jenis kuih-muih, pengat, bubur dan manisan lain
ada juga pulut mangga

menariknya badak berendam & puteri mandi

 puteri mandi & jus serai

 puteri mandi yang marvellous..secukup rasa..

Highly recommended kedai ni untuk minum petang. Masa pergi Royal Floria haritu, singgah disini untuk minum petang, makan bubur chacha. Sedap, memang terbaik.

Secara keseluruhan, banyak pilihan untuk aktiviti makan-makan di Ayer@8..check it out.

Wednesday, 11 September 2019

Buku Mini : Mudahnya Menjemput Rezeki

Alhamdulillah, ada sahabat beri buku mini ini kepada saya...syukur...semoga Allah swt membalasnya dengan sebaik-baik balasan..


Buku mini ini hanya mengupas 6 bab daripada 40 bab dari buku yang asal. Buku yang asal belum lagi ketemu. 

Walaupun cuma 6 bab, tapi sangat teruja membacanya kerana apa yang ingin disampaikan sangat relatable dengan kehidupan seharian kita. Berdoa, menjaga solat wajib dan sunat, bersedekah, berbuat baik kepada ibubapa, bersilaturahim, semuanya perkara yang sangat dituntut oleh agama Islam.
  • Sedekah itu sesuatu yang ajaib
  • Doa ibu dimakbulkan Allah swt
  • Mencari dunia dan bekalan akhirat itu selari

Allah Ar-Razzaq.."Kepunyaan-Nyalah semua yang ada di langit dan di bumi, di antara keduanya dan yang di bawah tanah" (Thaha20 : 6)

Highly recommended..kena cari buku yang asal untuk kefahaman yang lebih..

Sunday, 8 September 2019

Royal Floria Putrajaya 2019

Salam hari minggu...
 
Semalam hari Sabtu, saya, mak dan kakak berkunjung ke event yang berwarna-warni, berbunga-bunga - Royal Floria Putrajaya 2019. Mother of Gardens. Orchids & Bonsai. Tema tahun ni ialah bunga orkid dan juga bonsai.


Lokasi Royal Floria 2019 ialah di Taman Botani Putrajaya, Presint 1. Luas taman botani ni 93 hektar termasuk tasik. Taman ni dah sememangnya cantik dengan landskap, bertambah-tambah cantik bila diserikan pelbagai dekorasi, bunga-bunga dan pop-up taman.
 
Bertolak dari KL pukul 8.00 pagi, guna Maju Expressway, sampai di Putrajaya pukul 8.40 pagi. Tengok dah ramai orang, rupanya ada Floria Fun Run 2019.

pokok bunga ati-ati

Nak menyampai ke kaunter tiket, lalu di gerai-gerai menjual pelbagai pokok-pokok, ada pokok bunga, pokok herba, pokok kaktus, pokok ulam-ulaman. Pokok orkid yang paling banyak dijual.


Bayaran masuk untuk warganegara Malaysia ialah RM5.00, warga emas RM3.00. Dibuka pukul 10.00 pagi, terpaksalah menunggu, jam baru pukul 9.00 pagi. Kaunter tiket pun belum dibuka, Sementara menunggu, godek-godek website Floria, beli tiket online sebab malas nak beratur.

Dah 10.00 pagi. Jom kita beriang-ria di Royal Floria. Pertama kali ke event ini dan juga Taman Botani Putrajaya. Event yang menempatkan pelbagai jenis pop-up taman dari negeri-negeri, pihak berkuasa tempatan, universiti-universiti. Yang pertama ditempuh ialah Pahang Royal Garden.
 
Pahang Royal Garden ditepi tasik

Berjalan di atas platform kayu, kelihatan sekawan itik berenang riang.


Landskap taman oleh universiti-universiti tempatan


Berjalan lagi mengikut jalan landai. Tak naik bukit-bukit di sebelah kanan, tak larat.

 
pop-up garden by Majlis Bandaraya Petaling Jaya 

beli air kelapa, duduk minum di tepi tasik di pameran Community Garden ni

Community Garden oleh kejiranan Presint 1 kot, tak ingat

 untuk kanak-kanak, ada juga basikal untuk disewa

batu bersurat Terengganu

garden by DBKL ..tempua bersarang rendah

Avillion Sepang dari tempurung kelapa

Pameran di kawasan landai, di tepi tasik berakhir di sini. Kena naik bukit untuk ke kawasan pameran yang lain. Berehat dulu.

kawasan foodtruck berjualan

Mother dah tak larat, so berpatah balik ke tempat buggy.

gerai-gerai

Alhamdulillah, dapat naik buggy. Tambang RM5.00.

pemandangan dari atas buggy

buggy naik bukit ke kawasan FAMA

di sini semua penumpang kena turun. Kawasan FAMA ada jualan buah-buahan dan juga foodtruck. Ramai yang makan durian, air kelapa muda dan buah-buahan lain. Kerusi meja di sediakan di kawasan redup di bawah pokok-pokok. Ada juga cafe dan servis refleksologi. Kami cuma beli keropok lekor dan makan di Taman Pepanjat (Vineyard Garden). Sejuk dan nyaman..



tengok ada signage Rose Garden. On the way ke Rose Garden, ada rumah ahli sihir..haha..ahli sihir omputih. Siap ada periuk rebusan..hihi..

rumah ahli sihir

Mother malas nak teruskan perjalanan, berpatah balik, nak cari toilet. Sister ikut mother. saya teruskan perjalanan ke Rose Garden.

 laluan ke Rose Garden

sampai di sini je, tak gi pun Rose Garden

Berpatah balik ke tempat tunggu buggy. Lama gak tunggu buggy. Orang semakin ramai. kena berebut ni, kalau tak kena tunggu lagi lama.

buggy

Pukul 12.30 tengahari baru sampai satu buggy. Alhamdulillah, dapat tempat duduk.

Dah malas nak jalan-jalan lagi, kena naik bukit kalau nak tengok pameran yang lain-lain, kami pun bergerak pulang. Sebelum balik, makan di khemah yang menempatkan gerai-gerai jualan makanan.

Secara keseluruhan, menarik juga event Floria ni. Cuma cuaca yang berjerubu memanaskan keadaan. Kalau pergi di waktu malam, lagi menarik, ada pesta lampu, ada pameran lampu stail Avatar. 

In shaa Allah, tahun depan boleh ke Floria lagi.