Wednesday 9 October 2019

Buffet Lunch @ Restoran Rebung

Event pada 31 Ogos yang lalu..abadikan kenangan di sini.
  
Birthday celebration @ sambutan hari merdeka. Makan-makan lunch di Restoran Rebung bersama omma dan unnie.
  
 Restoran Rebung by Dato Chef Ismail

Lokasinya di tingkat 5, bangunan parking bertingkat Bukit Aman, di Taman Botani Perdana. Memang senang, parking kereta, terus naik lif ke tingkat 5.

 Taman Botani Perdana - ke rumah kartun & komik

Alhamdulillah, sampai awal, sebelum pukul 12.00 tengahari. Tak lama kemudian, satu bas budak-budak sekolah dari PJ, ada event kat sini. Terus suasana jadi sesak, nak ambik nasi pun kena beratur.


Yang menarik restoran ni ialah dekorasinya yang terdiri daripada pelbagai barang-barang lama dan antik, kebanyakannya peralatan memasak, pinggan mangkuk, cawan, teko, acuan kuih hinggalah ke reban ayam dan kain batik semua. Tema tradisional Melayu.

buffet table untuk nasi campur - masakan Melayu
 
pelbagai juadah utk nasi campur


dekorasi diatas buffet table


dodol tidak dilupa


dessert table


Selain nasi campur, dibahagian luar ada pelbagai juadah - mi/bihun kari/sup, nasi impit kuah kacang, rojak buah, lempeng kelapa, roti jala, ubi kayu rebus, ikan bakar, ABC, pasembur, goreng pisang, sagu gula melaka, bubur, pulut durian. 

konsep gerai
 
Overall, sedap masakannya, adalah dua tiga yang terlebih masin - nasi ulam, sambal tumis ikan bilis utk lempeng kelapa, siput sedut masak lemak, rasa terlebih garam..kalau tak, dah perfecto.

Gambar makanan malas nak ambik, sama je. Jom tengok dekorasi yang really blew the mind. Bernostalgia..ngetops..

pelbagai jenis acuan kuih bahulu


Dekorasi di bahagian luar pula, depan pintu lif


yang ni takleh tahan, seperti pulang ke kampung halaman
 


Memang seronok berada di sini, dapat makan dan dapat juga melihat khazanah barangan lama. Membuat anda tersenyum sambil mengimbau kenangan di desa nan permai.

Lastly, one for the album
 
bersama Dato Chef Ismail
yang ni masa boss belanja lunch group corporate & GLC
ada tak yang kenal? huhu..

Overall, best gaklah makan di sini, food ok, ambience ok, harga reasonable RM40 per pax. Recommended? yes!!

36 comments:

  1. kole ayan tu menggamit memori sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak nampak kole ayan kaler mcm tu..mengimbau memori lama di sini..

      Delete
  2. Replies
    1. dodol tu sedap..secukup rasa..lemak manis..

      Delete
  3. Wow...memang cantik dekorasi dalamanny ni.. sungguh kemelayuan & klasik...
    Ada rezeki nak juga ke sini.. merasa air tgn Dato Chef Ismail...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ralit tengok benda2 yg jd deko di sini..

      Delete
  4. Menikmati menu kampung...menghayati suasana kampung..betul2 nostalgia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mkan2 sambil membelek tengok deko..nostalgia zaman dulu..

      Delete
  5. Pernah sekali aje pergi sini. Saya suka dengan makanan dia. Banyak pilihan dan sedap.

    ReplyDelete
  6. kalau kaki bergambar memang seronok datang sini penuhkan memori fon. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg rasa nak snap semua deko buat kenangan....tapi segan le pulak..hihi..

      Delete
  7. Wow, mane chef ismail dpt senua barang tu ek? Susah nak jumpa dah semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. koleksi dia kot atau beli dari org perseorangan...barang2 lama..vintage..

      Delete
  8. CANTIK DEKOR RESTORAN CHEFF ISMAIL MAKANAN MELAYU TRADISI YG DIHIDANG MESTILAH SEDAP SEMUA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ralit kak tengok benda2 yg jadi deko di sini..makanan pun sedap..oklah berbaloi..

      Delete
  9. Rm40 per pax mmg berbaloi dah tp kalau ada yg terlebih masin tu mmg spoil la..dorang x rasa dulu ke main campak2 jek garam..adehh biar kurang masin x pe jgn terlebih masin

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2x makan di sini, mmg foods yang tu masin..selalunya depa main campak2 je kan garam,then jarang rasa..sbb everyday masak benda yg aama..

      Delete
  10. wow!! antiknya kedai ni.. janji makanan sedap ditambah deco2 yg lawa akan bt org teringat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..byk barang antik..makan2 sambil belek2 deko yg ada..

      Delete
  11. Makanan pelbagai dengan harga yang mampu milik

    ReplyDelete
    Replies
    1. reasonable harganya..byk pilihan makanan..

      Delete
  12. jika ada rezeki pasti nak ke sana

    ReplyDelete
  13. banyak kali plan nak pi sini dengan kawan2. tapi hanya tinggal plan sajalah..
    peginya idok.. susah betul nak fix date semua orang free..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah, one fine day akan sampai jg disini..

      Delete
  14. makanan kat sini sedap2..seriusss.. pelbagai pulak tu sampai rasa rugi kalau x try jamah semua. maka ambil la sikit2..hehe
    dengan chef ismail yang ramah datang tegur.. senyum ja dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nak makan semua juadah yg ada..hihi...
      betul, Chef Ismial ni tersenyum je datang menyapa pengunjung..

      Delete
  15. Oh Restoran Rebung berpindah dari Bangsar atau branch baru ni kak?
    Selama ni Restoran Rebung yang saya tahu di Bangsar..

    ReplyDelete
  16. Kain bersidai di ampaian pun boleh jadi deco ye.... cer kita buat kat rumah... hehhehe... owh saya pernah sekali makan malam di sini... boleh tahan... restoran ni milik Chef Ismail dan angkasawan negara... Sheikh Mudzaffar tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deco yg sgt dekat di hati..hehe..

      ya, rasanya masih lg jv mereka berdua..

      Delete
  17. saya selalu tengok bangunan ni dari luar jer, tak pernah masuk dalam ni. nanti ada rezeki nak gak masuk sini

    ReplyDelete
  18. untuk pilihan makanan sebegitu RM40.. memang berbaloi.. hiasannya pun menarik dan sesuai untuk mengimbau kenangan dan menggamit memori..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg rasa berbaloi dgn harganya..mmg ralit tengok hiasannya..lain dari yang lain..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!