Friday 12 June 2020

Co-Living : Any takers?

Bulan lepas,  kita cerita tentang co-working space/serviced office. Konsepnya, syarikat berlainan bekerja dalam satu ruang pejabat, berkongsi kemudahan yang sama. 

Kali ni nak story tentang co-living pula. Konsepnya, sewa bilik dalam satu bangunan dan berkongsi dapur, common area dan kemudahan dengan penyewa lain. Ada juga yang berkongsi bilik air dan tandas (shared bathroom). Selalunya untuk tempoh sewa yang panjang, paling minima 3 bulan.

Konsep ni sudah mula diterima di luar negara. Kebanyakan penghuninya ialah golongan millenials, professional muda, the jetsetters.

Sebenarnya konsep co-living ni dah ada sejak zaman P. Ramlee lagi, yang kita tengok dalam filem Masam-Masam Manis..hehe..

bilik Cikgu Shaari berjiran dengan bilik Norkiah

Dalam filem ni, bangunan macam rumah pangsa, ada corridor, bilik-bilik sewa di sepanjang corridor, dapur dan bilik air di bahagian hujung corridor. Setiap bilik disediakan katil, kerusi meja tulis dan almari baju.

Takdelah baru konsep ni kan, cuma diperkenalkan semula dengan pelbagai kemudahan yang menceriakan kehidupan penyewa-penyewa. Konsep ni ada pros dan contra nya..

Yang best ialah 'hassle-free' - ''one bill pays all'', takyah fikir-fikir nak bayar bil elektrik/air, wi-fi, cukai pintu, maintenance fee, semuanya sudah ditanggung oleh bayaran sewa. Lagi satu, penyewa cuma jaga kebersihan dalam bilik sendiri saja, yang lain-lain caretaker yang uruskan. Ada juga yang tawarkan room service.

Yang tak bestnya - takde privacy, nak kongsi dapur, kongsi bilik air. Bagi kita yang pakai tudung ni, lagilah tak best, nak masak, nak mendobi, kena pakai tudung segala. Memang tidak sesuailah konsep ni untuk kita.

Bila check maklumat di internet, rupanya di Malaysia pun dah ada yang menawarkan perkhidmatan co-living ni. Salah satunya ialah Co-Coon Co-living @ Damai Residence di Ampang Hilir. Co-Coon juga menawarkan co-working space dalam  bangunan yang sama, maknanya tempat kerja dan rumah kediaman dalam satu bangunan - Co-Live and Co-Work.


main communal area

sky deck 
bilik saja

 
bilik dengan ensuite bathroom

Lokasi 'co-living' yang lain di Lembah Klang ialah The Hatchery Place, Sama Living and JL Co-living.

Co-living di atas ialah yang jenis high-end, yang sewa bulanan RM800 keatas. Bagi golongan bujang B40, mereka juga ada pilihan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ada sediakan bilik sewa untuk golongan bujang B40 dengan kadar sewa RM100 sebulan. Projek yang dinamakan Perumahan Bandar ini menyediakan 135 bilik untuk fasa pertama. Kalau di Korea Selatan, bilik-bilik sewa murah ni dipanggil 'goshiwon'.


Program ini berkonsepkan perkongsian ruang dengan setiap tingkat kediaman setinggi tujuh tingkat itu mengandungi empat hingga lima unit ruang ‘shared space’ berkeluasan tujuh meter persegi setiap unit yang mengandungi tiga hingga enam katil berserta almari. Antara kemudahan yang disediakan di perumahan bandar ini adalah tempat letak basikal dan motosikal, ruang santai, surau, pejabat penyelia, dobi, ruang membaca, pantri, dan tandas. Yang ni tidak dibenarkan memasak, dapur pun takde, ada pantri sahaja.

ok, jom kita tengok co-living space di luar negara. 
 
Tree House di Seoul, Korea Selatan direkacipta oleh Bo.Daa Architecture dengan konsep co-living yang harmoni. 72 unit apartment dalam 7-tingkat bangunan, mengelilingi courtyard yang kehijauan. The communal area - the courtyard, the main kitchen, the laundrette. Penyewa juga dibenarkan bela haiwan peliharaan.


Tree House


the courtyard

 berkongsi dapur

slanting window untuk pencahayaan maximum
operable shade untuk privacy 

gambar-gambar oleh BoDaa.Architecture

The design of the Tree House, as Bo.Daa states, centers on this premise: “Community is not forced but coaxed: each unit is designed for a single person with private bath and kitchenette, and residents only share amenities where larger scale and community make for a better experience,” pointing to an attitude of balance that is integral to the design DNA.

Zaman millenium ni macam-macam phrase yang keluar - SOHO, SOFO, co-working, co-living - manusia semakin kreatif. Apa-apapun, traditional house juga yang best..landed property.

28 comments:

  1. suka tengok cerita
    masam-masam manis tu,
    hihihi
    cantik design rumah tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita P.Ramlee tak bosan, tgk byk kali pun ok..cantik & moden design nya .

      Delete
  2. bagus gak konsep ni sbb boleh berjimat. sesuai utk golongan bujang. kalau dah ada famili baik tinggal d umah sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sesuai utk orang bujang, yg takde anak..

      Delete
  3. Sesuai untuk seorang yang nak tinggal sebab kalau sewa rumah kena cari orang lain untuk kongsi sewa rumah.
    Tak seronok mungkin kena kongsi balik air dan dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab kongsi bilik air & dapur yg tak best..ni utk mereka yg selalu mkn luar..

      Delete
    2. Ada komen akk saya terbuang. Maafkan saya.

      Delete
  4. KONSEP LAMA YG UP TO DATE CANTIK DAN KEMAS

    ReplyDelete
  5. untunglah yg mampu duduk rumah sebiji2 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, walau apa pun rumah kita, ia adalah rumah sendiri..ada rezeki lebih, boleh ddk banglo..

      Delete
  6. ohh ada juga eh Kat Malaysia style macam ni. Setuju, bagi kita yang bertudung ni agak tak selesa dan tak ada privacy. Kurang best sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. golongan expat yg ramai duduk co-living...betul, tak best kalau asyik nak pakai tudung nak pi masak..

      Delete
  7. Utk org bujang rasanya oklah, sbb mgkn jarang guna dapur. Tapi kalau utk keluarga rasanya sgt tak sesuai. Mgkn kalau nak buat pun kena sediakan atleast satu ruang kecil utk dapur dan bilik air sendiri, tapi kalau anak dah ramai pun tak boleh la. Lagi satu kalau bercampur penyewa lelaki dan perempuan, takut jadi benda lain plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah berfamili mmg tak sesuai, setakat anak sorang boleh lagi lah...ada unit yg ada bilik air sendiri, kira oklah kan..yg tak best tu, bercampur lelaki perempuan..

      Delete
  8. Mungkin sesuai bg yg bujang...yg berkeluarga agak kurang selesa jila terpaksa berkongsi mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..kalau dah berkeluarga, lagi best duduk rumah yang lengkap..

      Delete
  9. Assalamualaikum... Terima kasih atas perkongsian ini. Baru2 ni rakan SS baru nikah. Bila SS tanya dia akan menetap di mana, katanya menyewa. Bila dia bercerita tempat yang dia menyewa tu, SS mcm can not brain pulak.. baru kawen, dan menyewa di sebuah tempat berkonsepkan co-living begini. rumah dia tu adalah bilik. 1 ruang yang ada katil, set sofa, tv dan almari. selainnya adalah diluar bilik dan dikongsi besama penyewa lain. Pada fikiran SS, untungnya owner bila membuat perkhidmatan ini kan? Bijak. Banyak yang boleh jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..sama2..oo..ada kawan yg sewa bilik macam ni ya..ada yg tak kisah, nak berkongsi dapur & bilik air dgn yg lain...bagi owner, ada untung, ....ada jg kekurangannya..kena sediakan caretaker utk jg kebersihan tempat, kena uruskan bil2 penyewa..tapi tetap untung jg..

      Delete
  10. Setuju dengan ayat last kali..hihu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan..rumah sendiri, landed property jg pilihan ramai..

      Delete
  11. saya prefer ruang sendiri untuk keselesaan. tapi kalo cemni anak2 muda okla kot untuk short term. kalo dah ada planning untuk bekeluarga not suitable kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk org bujang yg tak kisah berkongsi ruang..yg kurang memasak..hihi..

      Delete
  12. Tak selesa... dan saya tak mungkin kot dpt menerima kosep tinggal gini.. cantik macamana pun. pada saya banyak buruk dari baik. Masyarakat kita belum maju dari segi pemikirannya sebenarnya, maksud saya dari segi menjaga kebersihan dan peraturan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang suka kongsi2, gather2 dgn kawan2, golongan muda terutamanya..tapi masyarakat kita masih lagi suka privacy, homely type..

      Delete
  13. Cara hidup baru.. Berkongsi untuk yang bujang.. lebih jimat..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!