Tuesday 9 June 2020

Portmeirion - nama pinggan mangkuk dan resort di Wales

Selama ni hanya tahu pinggan mangkuk periuk belanga brand Pyrex, Corelle, Vision, Noritake, Royal Doulton, Queen Anne, dulu-dulu ada Arcopal, Arcorox..

Masa time PKP, ada kawan up gambar makanan di group whatsapp, then ada kawan lain komen ''wahh..portmeirion". Teman pun terfikir apalah ''portmeirion" ni. Baru pertama kali dengar. Rupanya nama brand pinggan mangkuk. Mulalah riki maklumat di internet. Begini rupanya design pinggan mangkuk Portmeirion..



Portmeirion botanic garden bread plate

 koleksi lengkap 'botanic garden'

 koleksi bunga-bungaan

Signature design pinggan mangkuk Portmeirion ni ialah border warna hijau tu, bila nampak je border ni, dah tau ni brand Portmeirion. Tapi ada juga yang takde border. Contohnya, design Pomona ni.
corak buah-buahan

Ada banyak design yang menarik, boleh check di internet. Terminat yang botanic blue. Harga ratus-ratus jugalah, sebab transport cost yang mahal. Dekat Shopee, banyak juga yang dah out-of-stock.

Masa bulan puasa haritu, tertengok satu program masak-masak di TV1 - Resepi VIP Glamor. Ada seorang Datin ni, dapur dia penuh dengan Portmeirion botanical garden. Daripada pinggan mangkuk sampaikan kepada kitchen towel, semuanya Portmeirion. Perghh..menjamu mata..

bersusun Portmeirion di belakang tu

pelbagai jenis Portmeirion

Barangan Portmeirion ni dikeluarkan oleh British pottery company di Stoke-on-Trent, England. Bapa kepada founder pottery company ni ada bina satu resort percutian bercirikan Itali di utara Wales yang dinamakan Portmeirion Village.

Portmeirion is a tourist village in Gwynedd, North Wales. It was designed and built by Sir Clough Williams-Ellis between 1925 and 1975 in the style of an Italian village and is now owned by a charitable trust. The village is located in the community of Penrhyndeudraeth, on the estuary of the River Dwyryd, 3.2 km south east of Porthmadog, and 1.6 km from Minffordd railway station.

Portmeirion Village is home to two hotels, a cluster of historic cottages, iconic architecture, a spa, stylish shops, award-winning restaurants, casual cafes, an Italian ice cream parlour, exotic gardens and sandy beaches.

 Portmeirion Village


Nak cuci-cuti mata bercuti secara maya di Portmeirion Village, boleh ke website portmeirion.wales. Suka pulak tengok resort ni. 

Kawan-kawan minat tak koleksi pinggan mangkuk Portmeirion ni? ke dah ada? Tak kisahlah kan pinggan mangkuk jenis apa, yang penting, masakan sedap dan halalan toyyiba.

40 comments:

  1. Rasanya macam mak kita ada yang buah ceri masa kecil. Sekarang ni tak nampak pula kat mana. Pecah dah kut.

    ReplyDelete
  2. CANTIK SEMUA PINGGAN MANGKUK NI BOLEH JADIKAN KOLEKSI TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik2 design nya..ramai jg yg buat koleksi..

      Delete
  3. Jika harganya terbilang mahal tetapi dilihat dari desain dan bahannya memang sepadan karena seri ini memang indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang import harganya mmg mahal..exchange rate saja diganda 4..mereka yg minat tetap saja mau beli..desain cantik..

      Delete
  4. Menarik dan tertarik..mest mahal ni

    ReplyDelete
  5. even for me yg x berapa minat sgt kumpul all these set think that it's beautiful.

    ReplyDelete
  6. memang cantiklah tapi mampu tengok sajalah dan ini pertama kali dengar yang akak pernah dengar arcopal.pyrex, yang lain2 tu dah pernah hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun baru pertama kali dgr..rupanya femes gak brand ni, ramai peminat...arcopal, pyrex femes gak..

      Delete
  7. cantiknyaaa corak buah dan bunga2 tu. ehehe. takde lagi koleksi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik kan..menambah seri dapur anda..hehe..kalau banyak2, nampak serabut jg sbb design nya penuh..

      Delete
  8. cantik.... tapi mampu tengok ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok kat shopee, ada jg yg bawah RM100..tapi tak tau harga tu utk sebiji ke atau satu set..tapi semua yg bawah rm100 dah out-of-stock..

      Delete
  9. Cantik corak2 bungaan dipinggan dan piring tu.

    ReplyDelete
  10. kalau ada bajet ni nak sangat beli 1 set. suka tengok pinggan portmeirion ni. cuma ada satu koleksi je salad plate botanical.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat satu set mmg..walla..syok habis..

      Delete
    2. nak beli satu pun fikir banyak kali kan..satu set tu tak tahu pulak berapa kali nak fikir. hihi

      Delete
    3. kena fikir byk kali tu..hihi..campur tolak darab bahagi..boleh grab masa sale..

      Delete
  11. Nampak border hijau tu sah lah Pinggan Port.
    Kita pakai pinggan biase2 jer...pinggan ikea yg putih pon pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..nmpk je border tu dah tau pinggan Port...masa tngok pgrm Resepi VIP Glamor tu, dari jauh dah cam pinggan mangkuk Portmeirion..hehe..

      Delete
  12. Pinggan yang menggoda sebab cantik sangat!
    Baru tau tu asal nama tempat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu nama utk dua benda yg berbeza..mula2 si anak design souvenirs utk resort bapa dia tu..

      Delete
  13. Suami akak kalau akak dok kenen2 pinggan mangkuk mahal2...dia akan sound..mkn dlm pinggan murah tak kenyang ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..biasalah kan pompuan..suka tengok pinggan mangkuk cantik..

      Delete
  14. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini... kiter pun baru tahu ni.. Kiter tak minat sangat pinggan mangkuk ni. Asalkan cantik dimata, kena dnegan jiwa, ok dah. hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sama-sama..akk pun baru tahu ada brand ni..hihi..betul, pinggan mangkuk ni kalau cantik je, dah ok..rasa happy je..

      Delete
  15. cantiknya yang corak buah-buahan tu.

    ReplyDelete
  16. wow menarik
    tertarik kita,
    cantik sgt design tu

    ReplyDelete
  17. Kalau bab pinggan mangkuk ni, cheq lebih suka yang minimalis style..bersih tanpa ada apa-apa corak 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinggan mangkuk polos tanpa corak nmpk mulus & tenang je..

      Delete
  18. mak saya punya adalah satu set tapi tu pun keluar sesekali saja. my mom xdela peminat pinggan mangkok tapi ada la koleksi dia yang dia jaga sayang katanya hehe.. bagi saya portmeirion ni biasa saja. saya prefer corelle lagi walaupun harga murah sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg sayang tu mesti guna sekali-sekala...hihi..corelle nmpk bersih sikit, warna design dia pun cantik..

      Delete
  19. Cantiknya corak-corak dia.. Kagum..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!