Friday 5 March 2021

Drama Review : The Untamed (2019)

Nihao...selesai menonton 50 episod drama China 'The Untamed'..my first Chinese drama genre xianxia..

Xianxia (仙侠 xiānxiá) – literally means “Immortal Heroes”. Fictional stories featuring magic, demons, ghosts, immortals, and a great deal of Chinese folklore/mythology. Protagonists (usually) attempt to cultivate to Immortality, seeking eternal life and the pinnacle of strength. Heavily inspired by Daoism

Sebenarnya kurang minat drama genre ni tapi sebab drama ni popular, nak tau apa yang best sangat tentang drama ni. Bila dah start tengok, terus hooked sampai habis 50 episod, tanpa skip, tanpa fast forward.  

The verdict - memang sangat best. Tightly written plot, cinematografi yang cantik, editing yang smooth, gorgeous costume dan lakonan yang mantap. Overall, puas hati lah dan sangat enjoy tengok drama ni. Patutlah drama ni sangat popular di China dan juga di peringkat antarabangsa. Ramai international viewers yang minat drama ni..

Mula-mula tu keliru juga sebab banyak sangat watak, banyak clan, banyak nama. Tapi bila drama develop, mula faham setiap watak dan jalan cerita.

Ada dua hero sebagai tunggak utama drama ni. Seorang periang, mischievous, playful tapi terer. Seorang lagi aloof, reserved, disciplined.

Pengenalan watak utama:

Xiao Zhan (Sean Xiao) sebagai Wei Ying / Wei Wuxian / Yiling Patriach / Mo Xuanyu. Anak angkat ketua Jiang clan. Dia popular sebab pandai martial art. Dia membesar bersama 2 orang anak ketua clan iaitu Jiang Cheng dan kakak dia, Jiang Yanli. Dia manja dengan Yanli. Yanli suka masak makanan kegemaran Wuxian iaitu sup teratai campur rib (daging). 

Wei Wuxian

Wang Ji Bo sebagai Lan Zhan / Lan Wangji / Hanguang-jun. Dia dengan abang dia, Lan Xichen tinggal dengan bapa saudara mereka, ketua Lan clan. Lan Clan ada 3,000 peraturan yang semua ahli clan kena ikut. Lan Zhan seorang yang reserved, emotionless, aloof tapi pandai juga martial arts.

Lan Zhan

Suka tengok Xiao Zhan berlakon dalam drama ni, memang menjadi sungguh. Asyik mengusik Lan Zhan. Kita pun tergelak tengok telatah Wei Wuxian. Pernah tengok dia berlakon dalam drama Oh! My Emperor, tapi tak best sangat drama tu, malas nak sambung tengok. Wang Ji Bo memang best lakonan dia dalam drama Gank Your Heart.
 
Plot/storyline
 
Drama ni ada dua bahagian. Opening drama ialah kisah 16 tahun yang lalu. Peristiwa di Nightless City, semasa semua clan berebut Stygian Tiger Amulet yang dicipta oleh Wei Wuxian. Dalam peristiwa ni, Jiang Yanli mati kena tikam sebab nak selamatkan Wei Wuxian. Jiang Cheng marah, dia tolak Wei Wuxian jatuh gaung. Pada masa yang sama, Lan Zhan tengah tarik tangan Wei Wuxian, nak selamatkan dia. 
 
Kemudian terus ke zaman sekarang (setelah 16 tahun berlalu). Wei Wuxian menjelma semula dalam badan Mo Xuanyu. Mo Xuanyu ni kurang waras sikit. Pada hari yang sama, mak Mo Xuanyu panggil beberapa orang cultivator (macam bomoh) dari Lan clan untuk upacara jampi-serapah untuk menghalau hantu di rumah keluarga Mo.
 
Cultivator – a person who trains in martial & mystical arts, generally in order to become powerful and increase their longevity. 
 
Selepas semua ahli keluarga Mo mati, Wei Wuxian keluar dari rumah, pergi mengembara dengan keldainya yang bernama Apple. Dia bertembung dengan Lan Zhan, Jiang Chen dan Jin Ling (anak Jiang Yanli - kiranya anak saudara dia juga).  
 
tiga saudara Jiang clan - Yanli, Cheng & Wei Wuxian
 
Jiang Cheng pukul Wei Wuxian dengan kuasa sakti dia. Wei Wuxian pengsan dan penonton dibawa kembali ke masa 16 tahun yang lalu, flashback kisah hidup Wei Wuxian, peristiwa-peristiwa yang berlaku diantara clan, peristiwa menyayat hati 'clan-cleansing' oleh ketua Wen clan yang jahat. Bagaimana Wei Wuxian digelar Yiling Patriach yang terkenal sebab jahat, dituduh bunuh suami Yanli dan buat havoc di Nightless City. 

Bila Wei Wuxian sedar dari pengsan, kita dibawa kembali ke zaman masakini. Wei Wuxian bergabung dengan Lan Zhan merungkai misteri di sebalik 'sword ghost' yang muncul di rumah keluarga Mo. Lan Zhan seorang saja yang percaya Wei Wuxian ni baik dan righteous.

Bila kebenaran demi kebenaran terbongkar, memang sangat kasihan dekat Wei Wuxian. Sanggup berkorban bagi ''golden core'' kepada Jiang Cheng sebab kuasa sakti Jiang Cheng dah dimusnahkan oleh anak ketua Wen clan semasa Jiang Cheng datang ke kediaman Jiang clan, nak ambil mayat mak bapak dia.
 
Wei Wuxian tahu yang Jiang Cheng lebih rela mati daripada jadi orang biasa (yang takde kuasa sakti). Biar dia yang jadi tak kuat sebab takde golden core. Sebab tu dia tak dapat melawan semasa dibelasah oleh orang-orang Wen clan dan kemudiannya dibuang di kawasan Burial Ground. 
 
Tapi it is a blessing in disguise bila dia dibuang di Burial Ground, Wei Wuxian belajar kuasa ilmu hitam dengan kuasa seruling, mencipta Stylian Tiger amulet, hidup bersama saki-baki Wen clan yang baik-baik. Terhibur dia dengan keletah budak kecik yang comel Ah Yuan. 
 
Tiga tahun kemudiannya, Wei Wuxian muncul kembali, balas dendam dengan Wen clan, tapi dia macam dah berubah, lebih serius, tak playful lagi, dah tak bawa pedang tapi bawa seruling. 
 
Lan Zhan tidak setuju dengan tindakan Wei Wuxian. Dia risau Wei Wuxian tak dapat control kuasa ilmu hitam itu. Tapi dia tetap sokong Wei Wuxian, sebab dia tahu Wei Wuxian ni righteous person.

Wen Ning (Ghost General) dan Lan Yuan (Si Zhui/Ah Yuan)
watak sampingan yang setia dgn Wei Wuxian


Drama ni  well wrapped-up jugalah. Semua persoalan terjawab walaupun  tak secara direct. Sendiri-sendiri faham siapa yang bagi clue kepada Wei Wuxian dan Lan Zhan semasa mereka menyiasat kes sword ghost
 
Ending yang sebenarnya is an open one. Wei Wuxian pergi mengembara dengan Apple, tetiba ada seseorang panggil nama dia dari belakang. Dia toleh dan senyum...habis.
 
Drama ni based on novel Mo Dao Zu Shi (Grandmaster of Demonic Cultivation) written by Mo Xiang Tong Xiu. 
 
Interesting dan menarik drama ni...recommended for viewing..boleh tonton di Netflix, WeTV, viu, dramacool..

18 comments:

  1. wah kak, baca akak punya interpretation on the story membuatkan nak tengok juga la. tapi hakikatnya tang mana dan bila masanya yang nak habiskan 50 episod tu. hehehehehehe...
    Tapi rasanya dah boleh tebak ending camno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best drama ni..tgk slow2..lama2 habis..hehe..open ending..

      Delete
    2. dekat netflix ATAU WETv ada

      Delete
    3. ya, betul..dua2 tu ada..

      Delete
  2. Baca sinopsis. Hendak tengok pin tidak tahu daripada mana.
    Menarik kalau cerita guna kuasa pedang dan lawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk channel boleh tonton drama online..netflix, wetv..dramacool yg paling popular..

      Delete
  3. Dah lama oii x tgk cite cina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best2 drama china..tukar angin drpd kdrama..

      Delete
  4. drama klasik kostum cantik nng ralit ditonton

    ReplyDelete
  5. Fuhh jenuh nak tengok 50 episod. Tapi once dah tengok, macam best haruslah diteruskan sampai habis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb cerita best, boleh bertahan sampai habis..hehe..

      Delete
  6. Terjebak tengok Word Of Honer. Youku Youtube sub eng till ep18. Totol ada 36ep. Sebelum ini rasa yikes nak tengok & genre xianxia nanti mengantuk. Blh dl app iqiyi or wetv certain drama ada sub malay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru start tgk Word of Honor..sbb ada Zhang Zhehan..hehe..tapi tgk at random di youtube, gambar tak brp cantik..mungkin sbb org lain yg upload..kena tgk yang youku youtube..

      samalah dulu x minat genre xianxia, wuxia..tapi bila tgk the Untamed rasa best pulak..mungkin sbb drama ni best..jrg tgk sub Malay..

      Delete
  7. Kak.. kalau suka drama ini, boleh cuba tengok Word of Honor.. Best..
    Untamed ini feveret Sha.. Ada dua filem berkiatan dengan drama ini..
    Tajuknya The Living Dead dan Fatal Journey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru start semlm..hehe..sbb minat Zhang Zhehan..nampaknya kena tgk yg di upload oleh youku, yg org lain upload x brp cantik gambarnya..

      oo..ada drama lain berkait dgn the Untamed..nanti nak cari..thanks..

      Delete
  8. Banyak kali dah ulang tengok cerita ni. Best sangat. Masih tak boleh move on lagi dengan lan zhan a.k.a wang yibo♥️

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat best..plot cerita pun menarik..haha..suka tengok bila Wei Ying usik Lan Zhan...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!