Monday 31 May 2021

Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit

Assalamualaikum semua...esok dah start PKP total lockdown..

Di musim pandemik sedang berleluasa ni, disamping jaga SOP, ikhtiar kita orang Islam ialah berdoa dan bertawakkal kepada Allah swt. Nak introduce buku baik bertajuk 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab' oleh Al-Marhum Tuan Guru Dato' Dr Harun Din, pengasas dan penasihat Darussyifa'.

Rasanya ramai yang sudah memiliki buku ni. Buku edisi ke-2 ni, saya beli pada tahun 2009.

 

Buku yang lengkap dengan panduan berdoa dan terjemahan doa-doa.

 

Ayat-ayat amalan untuk benteng pendinding diri

Selawat Tafrijiyyah diantara selawat yang baik untuk hafalan 
disamping Selawat Munjiyyah, dua-dua selawat ni ada dalam buku ni

 
Al-fatihah (dibaca) untuk Al-Marhum Tuan Guru diatas usaha beliau menyusun doa-doa dalam buku ini untuk amalan kita bersama.

Selamat ber-pkp 3.0. Semoga pandemik Covid-19 cepat berlalu dari bumi Malaysia dan dunia..amiin..

#staysafe  #kitamestimenang

30 comments:

  1. Ada. Mak saya masih menyimpan buku ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamduillah..buku himpunan doa2 yg lengkap..

      Delete
  2. Doa untuk orang datang mengadu pun ada ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk mereka yg merawat pesakit..doa dinamakan Doa 'Ilaj Ilahi..

      Delete
  3. Saya juga miliki naskhah ini, kak.
    Selamat PKP 3.0. Moga kita sama-sama kuat dan sentiasa dilindungi Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      amiin..semoga covid-19 cepat terhapus dari bumi Malaysia..

      Delete
  4. Ya selain mengamalkan SOP, tidak lupa berdoa dan tawakal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, semoga kita kuat dgn byk berdoa kpdNya..

      Delete
  5. panduan doanya lengkap kak, semoga yang sedang diberi ujian sakit dapat kemudahan setelah membaca buku ini dengan bacaan doa doa terdapat di dalamnya, amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin...mudah2an doa2 kita dimakbul Allah swt..

      Delete
  6. Semoga arwah tenang di sana.. nice sharing, bagus diamalkan sentiasa

    ReplyDelete
  7. Buku yang bagus dari insan hebat.

    ReplyDelete
  8. nampaknya kena dapatkan jugak buku ni utk amalan dan panduan masa depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sgt recommended..buku yg lengkap..

      Delete
  9. Alhamdulillah tinggalan khazanah ilmu ulama memanfaatkan semua

    ReplyDelete
  10. menarik buku ni nohas..semoga bermanfaat sekiranya dpt memiliki..byk cara dan ikhthiar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yg diamalkan daripada buku ini..samada utk rawatan sendiri atau merawat orang lain.

      Delete
  11. Macam2 doa untuk macam2 penyakit ada dalam ni.. banyak manfaat dari buku ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..ada translation bahasa Melayu buat kita lebih faham maknanya..

      Delete
  12. Rasanya rumah saya ada buku ni. Kena cari balik

    ReplyDelete
  13. Saya takde buku ni. Boleh cari nanti, bila kedai buku dibuka semula.

    ReplyDelete
  14. Buku yang sangat bermanfaat untuk kehidupan kita seharian. Saya ada himpunan buku doa juga cuma versi lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak hafal semua doa mmg tak mampu..ada buku senang nak refer..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!