Tuesday 17 August 2021

Dari jauh ku nampak Satu

Assalamualaikum semua..bersiaran dari pejabat..
 
Semalam dah mula kerja di pejabat. Staf yang dah melepasi 14 hari dari hari vaksinasi dos ke-2, dah boleh kerja di pejabat..Alhamdulillah, lega rasanya..
 
Nak cerita kisah tipah tertipu..hehe..bukanlah namaku tipah dan bukanlah 100% tertipu, tapi mataku yang kabur. Dalam entry Sushi Melayu, ada cerita yang teman jalan-jalan cari durian di Taman Dato' Senu, tetiba ternampak dari jauh, gerai jual sushi harga RM1.00..

Hari Jumaat lepas, teman adalah singgah gerai ni..nak beli sushi singgit tu..
 
meriah topping nya

tetiba penjual tu cakap - 5 biji RM6.00. Erkk, bukan seringgit ke satu? 

Check kat bunting..gini rupanya..

RM1.20 harganya..haha..
dari jauh nampak nombor satu tu je yang begitu menonjol
kaler merah lagi, marketing gimmick ke ni?
mungkin dulu jual singgit, sekarang dah naik harga
tak sempat buat bunting baru, bersangka baiklah kita kan


It's ok, it's alright..20 sen je pun..tolong bisnes kecil-kecilan..
 
cukuplah kot makan sushi melayu..haha..
pelik sikit topping nya, dah tak boleh nak telan
 
Ada juga jual bomboloni dan donut, nampak yummy. Disebelahnya, gerai jual karipap panas, saiz jumbo..harga RM2.00

ada inti ayam, daging & telur
beli yang inti telur rebus - sedap pastry nya

Bagus, berniaga secara sinergi, tawarkan pelbagai pilihan kepada pelanggan, persaingan yang sihat, semoga terus sukses!

46 comments:

  1. memang tak perasan 20 sen nya tu
    mungkin gimik untuk menarik pelanggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari jauh nampak RM1 je..baru naik harga kot ni..hehe..

      Delete
  2. Cinonet angka 20sen tu..tak apalah mungkin tu strategi pasaran dia..kalau dh oder takkan nk cancel ,kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dari jauh mmg tak perasan..redho je lah..

      Delete
  3. selalu kena mcm ni lah kan
    tipah tertipu he hee
    angka blkg dikecikkan supaya org tak nampak
    excited nmpk yg besau , kita pun terkenaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara psikologi, dlm minda ingat RM1 sbb angka tu yg nampak jelas..

      mungkin tak sempat nak buat banner baru..hehe..

      Delete
  4. eh betul la, klu kita pun kita ingat satu RM1 kan.. patut masa kita order, penjual alert balik harga tu, sbb kdg pelanggan ni x perasan yg nombor kecil2 tu hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, penjual kena inform awal..mmg x perasan harga kat banner tu..

      Delete
  5. Haha. Tidak boleh kaya tipu sebab tulis RM1.20 cuma 20 sen itu kecil.
    Hehe sushi Melayu. Atas itu letak apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau 20sen tu ditebalkan & buh kaler merah mungkin perasaan kot..
      atas tu ada ayam & daging cincang..yg lain2 tu tak dpt cam, sbb mayo yg byk..hehe..

      Delete
  6. sushi ni sy memilih sikit... kalau topping mcm pelik je mmg x berani nk beli takut pulak x masuk.. biarlah makan di sushi raja saja.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah try 2x..mula2 tu ok, yg kedua ni rasa pelik sikit topping dia..very heavy..

      sushi raja..hehe..pilihan ramai..

      Delete
  7. TEKAK KAK NI XBOLEH NK TELAN SUSHI HAIRAN JUGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak saya pun sama, tak boleh masuk jg..

      Delete
  8. sedap kan karipap jumbo ada telur rebus.. karipap kingkong hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sedap..dia punya kulit pun sedap..

      Delete
  9. Hmm..tak baik gimik camtu.
    Boleh je kot nak tulis lebih terang guna marker pen.
    Tak suka nak berurusniaga dengan penjual/syarikat yang guna gimik gitu.

    ReplyDelete
  10. pandai seller ni yg 20 sen dia tulis kecik je. mesti ramai yg singgah sebab fikir murah..

    ReplyDelete
  11. Baru naik harga 20 sen tu.. Tak sempat nak cetak bunting baru. Hehe

    ReplyDelete
  12. Saya pernah beli sushi begini tapi toppings yang saya pilih tak kena dengan selera. Oh, tapi karipap memang puas kalau dapat makan panas-panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sushi kali ni tak brp kena dgn tekak..rasa heavy sgt toppingnya..kulit karipap ni sedap...inti pun ok..

      Delete
  13. meriah betul toppingnya tapi tulah banyak kali juga dah tengok sushi macam ni tapi tak pernah beli lagi..kalau karipap tu confirm sedap panas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sushi melayu kali ni kureng sikit..tak kena dgn selera..karipap kulit & inti sedap..makan panas2 lg sedap..

      Delete
  14. Tiba naik harga pulak. Rasa macam baru je akak beli haritu. Mungkin ada barang naik harga, peniaga pun terpaksa naik harga tak sempat buat bunting baru agaknya. Takpelah, bersangka baik. Asalkan rasa dia maintain sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..yang ni gerai lain, dkt sikit dgn rumah..betul bersangka baik, mungkin bahan2 nak buat sushi, ada yg naik harga..sushi yg ni rasa dia kureng sikit..

      Delete
  15. Nampak satunya terang, nasib bukan tepi tu 99 dah nak dua ringgit hehe.. Karipap ada telur sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau 99 malas teman nak beli..hehe..karipap inti telur, sedapp..

      Delete
  16. Saya rasa marketing tu, sebab orang tengok kepala RM1.00 orang nampak murahh. Tapi tambah 20 sen pun still murah lagi la bagi saya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul RM1.20 still murah lg..mungkin baru je naik harga kot..

      Delete
  17. Lain kali kena tengok betul2..agar tipah tak tertipu lagi. Tahniah krna sokong peniaga kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dari jauh..hehe..ramai yg berniaga time ni..

      Delete
  18. wow sushi nampak sedapnya...

    aku suka juga pastel kak yang isi telur dan sayuran terutama potongan wortel

    kalau bombolini aku belum pernah dengar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sushi ni tak berapa enak..pastel isi telur mmg sedap..

      bomboloni serupa donut tapi ada inti nya..

      Delete
  19. Walaupun mungkin cuma gimmik tapi itu satu penipuan tanpa sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga baru naik rasanya..20sen tu kalau tulis besar2, mungkin dari jauh boleh nampak..

      Delete
  20. Sedapnya! Betullah, kecik benar .20 dia tulis tu, halussss

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah 2x makan sushi mcm ni..tekak dh tak boleh nk terima...huhu..

      yg 20sen tu kalau tulis dgn marker pen lg jelas..

      Delete
  21. iyeala..mungkin naik harga..sama la, xleh gak makan sushi melayu..tekak mcm tak kne je toppping tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2nd time makan, dah tak boleh nak telan..hihi..terlampau heavy topping nya..

      Delete
  22. Hehehee... saja jew nak tarik pelanggan. Apa pun bersangka baik sajalah.

    ReplyDelete
  23. kat sini pun ade nohas..mmg dah jual 1 pcs RM1.20 dah..saya pernah beli sekali..sbb saya ni pemakan sushi juga..tp tak kena tekak versi melayu ni huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..mmg harganya RM1.20 ya..hihi...first time boleh terima, 2nd time dah tak lalu..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!