Sunday, 15 August 2021

Drama China : You Are My Glory (2021)

Nihao..

Review drama China Mainland yang bertajuk You Are My Glory..dalam bahasa Melayu, Kau Kebanggaanku. Memang bestlah drama ni..trending di WeTV Malaysia..

Semuanya 32 episod, sekarang baru episod 26. Drama ni based di Shanghai city. Suka tengok nightscape the Bund..

Drama gabungan genre MMO (massively multiplayer online) games, percintaan, kerjaya, slice of life, family. Yang bestnya drama ni takde watak dan adegan yang buat kita cringe, takde filler, more on matured love, career development, good dialog..content pun menarik terutama tentang kajian angkasa lepas..

Sinopsis

Hero bernama Yu Tu (lakonan aktor Yang Yang) sangat minat dengan bidang angkasa lepas. Seorang yang sangat handsome, pandai Mathematik dan popular di sekolah. Di universiti, dia ambik kursus Finance sebab ikut cakap mak dia. Dia ambik juga kursus yang dia minat iaitu Aerospace engineering, kiranya buat double degree lah. 

Hero bekerja sebagai aerospace engineer di institut penyelidikan milik kerajaan. Tetapi disebabkan masalah keluarga, dia berhenti kerja untuk mula bekerja di Investment Bank. Dia habiskan cuti tahunan, duduk rumah, main online game, Honor of King.

Heroin bernama Qiao Jing Jing (lakonan Dilraba Dilmurat), seorang artist terkenal. JingJing endorser untuk online game, Honor of Kings. Ada kejadian yang orang upload video JingJing kalah teruk dalam game tu. Habis JingJing kena kutuk dengan netizen sebab sebagai endorser, dia sepatutnya pandai main game tu. Manager JingJing bagi cadangan supaya JingJing belajar main game dengan professional gamer. Mula-mula, suami manager dia yang ajar tapi tak jalan juga. JingJing, kemudiannya ambil inisiatif sendiri, tukar ID game ke nama Handpicked Cotton dan register semula.

Gamer ID Jade Rabbit terajak Handpicked Cotton untuk main game Honor of King. Bila baca profile, Jade Rabbit ialah ID game Yu Tu. JingJing setuju sebab dia kenal Yu Tu. Dia dan Yu Tu ialah rakan sekelas di sekolah menengah 10 tahun yang lalu. Mereka sekarang berumur 30 tahun. Yu Tu ialah 'crush' JingJing. Ada flashback JingJing offer jadi girlfriend Yu Tu semasa sekolah tapi Yu Tu tolak dengan baik.

JingJing minta Yu Tu ajar dia Maths

Yu Tu pandai main game Honor of King, dah level King 50 stars. JingJing nak Yu Tu ajar dia main game sebab dalam masa sebulan, JingJing ada competition. JingJing trick Yu Tu dengan beli air purifier keluaran tempat kerja Yu Tu dan minta Yu Tu datang baiki. Yu Tu setuju ajar Jing Jing main game Honor of King. 

Yu Tu & JingJing bertemu kembali selepas 10 tahun
masing-masing masih single

Walaupun belum habis siaran, tengok review, drama ni happy ending. Hero & heroin berkahwin dan cita-cita hero tercapai bila dia melancarkan roket ciptaan sendiri.

....................................

Apa yang menarik drama ni?

Suka content mengenai angkasa lepas dalam drama ni, quite detail  juga. Dalam episod 10, Yu Tu pergi ke Xi'an untuk selesaikan masalah satelit. 

Technical team di Xian

Dalam episod 17-18, mereka test space explorer yang dipanggil Jade Rabbit.

 test Jade Rabbit di Shanghai
 
Test Jade Rabbit di gurun di Dunhuang

Semasa hero dalam dilema samada nak terus bekerja dalam bidang angkasa lepas atau start fresh dalam bidang Finance, heroin bagi sokongan supaya dia terus jadi aeraospace engineer, bekerja dalam bidang yang dia minat.

Yu Tu terjumpa dengan lecturer dia di restoran
Lecturer dia sedih Yu Tu nak berenti kerja
 

Suka tengok suasana depa balik kampung untuk celebrate New Year. Rasanya ni drama ke-4 yang ada scene sambut raya cina. Drama lain - Forever Love, Unrequitted Love, Crush. Negara China amalkan one-child policy. Setiap keluarga cuma ada seorang dua anak je..bila time raya cina, mak & bapa saudara dan sepupu berkumpul.

Yu Tu nasihatkan sepupu dia, semasa family gathering 
'dont waste our genes, science runs deep in our family'

Pertama kali tengok orang korek rebung (bamboo shoot) time raya cina. Mengikut kepercayaan, rebung lambang kekayaan. Makanan yang terbaik untuk start tahun baru.

Bamboo shoots (竹笋尖; zhú sǔn jiān) - wealth (term sounds like "wishing that everything would be well" - xǔyuànchí), new start.

Jing Jing & sepupu mengorek rebung di kawasan bukit
 
rebung untuk diberikan kepada saudara-mara
 
Bagi saya drama ni lain sikit, sebab ada elemen angkasa lepas. Ada juga scene di Xi'an. Masa hero nak pergi kerja di Xi'an, heroin cakap 'the food is famous. eat all you can, for me'..Xi'an popular dengan makanan sedap..teringat foods kat Xi'an..
 
 
Tasik Daicheng, Yixing
 

Recommended for viewing, minggu depan dah habis..

24 comments:

  1. Jalan cite lain dr yg lain walau cinta tu tetp ada kan tp bkn la jenis cinta yg melalut2 heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada citer ttg aerospace ni rasa mcm best pulak, tk pernah tengok drama genre mcm ni...movie mat saleh byk le..kisah cinta tetap ada..makes your heart flutter..hehe..

      Delete
  2. menarik ulasan nohas drama yg menarik ditonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka drama yg ada content..takdelah kosong je..

      Delete
  3. Menarik kisah trending, releven dengan zaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama yg ada content yg menarik ditonton...dahlah visual both hero & heroin off the chart..

      Delete
  4. Bagus tambah pengetahuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila scene ttg angkasa lepaa je, rasa mcm wow..dialog pun tak brp nak faham..hehe..engineering term..

      Delete
  5. Boleh tengok! Sekarang tengah tengok my girlfriend is an alien hehehe. Nanti akak recommend lagi eh cdrama sebab tak tahu cdrama apa yang best, tak kenal pelakon pun satu hal jugak >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Recommended! oo..drama tu belum tengok lagi..cdrama yg tngah tengok - You Are My Hero, Miss Crow and Mr Lizard, Crush (baru habis tgk), Falling into Your Smile, the Ideal City (ttg construction & QS)..pelakon cina ni ramai benor..susah nak cam..hehe..yg kenal 2-3 orang je..

      Delete
    2. Cdrama alien tu cerita kelakor bagi saya, macam santai santai je cerita dia hahaha.
      Banyakkkk! Kalau ada dekat wetv ni boleh download siap siap, tengok kemudian. Harap harap memang ada lah dekat wetv. Ramai tu memang ramai, muka macam lebih kurang semuanya, nak nak kalau berlakon drama history gitu, rambut ikat tu memang sepesen je muka saya tengok >.<

      Delete
    3. santai2 oklah..tak stress tengok..hehe..selalu tengok kt wetv & iqiyi..haáh..kalau drama lama2, muka mcm lbh kurang sama je..hehe..

      Delete
  6. Teman nie, seboleh-bolehnya tak nak terjebak dalam drama bersiri nie... ajer jenuh nak habiskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..jenuh nak habiskan..ada 2-3 drama yg dah 3 bulan tak habis lg...tapi ok je..rileks2 je tengok, no rush..

      Delete
  7. Kisah kehidupan yang menarik untuk ditonton. Banyak juga episod drama ni. Kalau cerita dah best memang boleh layan sampai habis.

    ReplyDelete
  8. alamak dah nk abis
    tidak leh layan he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah habis release semua episod for viewing..
      boleh marathon layan sampai ending..hehe..

      Delete
  9. Ni gara2 suntikan sinovac ke kak..layan filem/drama Cina..hehehehehe

    ReplyDelete
  10. chemistry Yang Yang dan Dilraba dalam drama ni awesome giler :)
    dah habis tengok tapi belum update lagi review. lately ni malas giler nak menulis..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..best tengok depa berdua berlakon..
      samalah kita..ada bbrp drama dah habis tengok, malas pulak nak tulis review..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!