Namaste..calling all women, jom tengok filem hindustan ni di Netflix..
Filem tentang benda yang sangat dekat dengan kaum wanita. Filem yang memecah 'taboo' dalam masyarakat seantero dunia atau mungkin dunia ketiga je kot, tentang sesuatu yang jarang dibincang secara terbuka...malu wehh..tapi kita orang Islam, ada je ustaz-ustaz yang bagi kuliah tentang hal ini, satu cabang ilmu yang orang lelaki juga patut tahu..
Filem ni berdasarkan kisah benar yang berlaku di negara India. Kisah bagaimana seorang lelaki mencipta tuala wanita yang berkualiti untuk dijual dengan harga murah supaya ramai wanita dapat menggunakannya. Lelaki ni namanya Arunachalam Muruganantham. Dalam filem ni, hero guna nama lain. Diakhir filem, ada penampilan Arunachalam.
Di awal filem, hero bernama Lakshmikant Chauhan (lakonan Akshay Kumar) berkahwin dengan Gayatri (lakonan Radhika Apte). Lakshmi seorang suami yang penyayang, bekerja di kilang besi. Mereka suami isteri tinggal bersama ibu dan dua orang adik perempuan Lakshmi. Mereka semua rakyat marhaen, orang biasa-biasa je..
Pada satu hari, isteri dia datang bulan (datang haid). Zaman dulu-dulu kan, kebanyakan guna kain, samalah juga dengan isteri dan adik perempuan Lakshmi. Tuala wanita ada dijual tapi dengan harga yang mahal, tak mampu mereka nak membeli. Duit yang ada lebih baik digunakan untuk keperluan lain. Masa ni kita nampak mereka jemur kain tersebut dilapik dengan kain sari yang jarang, supaya orang lain tak nampak..menggamit kenangan betul, very relatable..
Tapi Lakshmi berkeras nak beli juga tuala wanita untuk wife dia. Kelakar betul masa dia nak beli pad tu, biasalahkan nak cakap kat pekedai pun malu...haha..dengan duit tak cukup, siap pinjam dengan kawan...hehe...bila bagi kat wife dia, tengok harga, wife dia suruh Lakshmi pulangkan semula tuala wanita ke kedai.
Tuan kedai pula tak nak beli balik tuala wanita tu. Terpaksalah Lakshmi simpan dalam poket, bawa pergi kerja. Tiba-tiba ada kemalangan di tempat kerja Lakshmi, kawan dia tercedera. Disebabkan takde plaster, Lakshmi ambik tuala wanita tutup tempat luka....kelakar giler scene ni....sakit perut gelak..
Bila gi hospital, doktor cakap memang betul tindakan Lakshmi letak tuala wanita di tempat luka sebab tuala wanita adalah benda yang bersih untuk menyerap darah. Kendian doktor tu pun cakap tentang kebaikan guna tuala wanita untuk wanita yang sedang haid dan keburukan guna benda-benda lain. Sejak tu Lakshmi bersemangat untuk cipta tuala wanita yang murah untuk kegunaan wanita golongan marhaen...semangat waja..
Macam-macam cara Lakshmi guna, trial and error. Pada mulanya dia suruh wife dia try tapi gagal teruk sebab first day kan heavy flow, habis sari kena darah haid. Wife dia bengang, semua orang perempuan dalam rumah Lakshmi bengang dan malu dengan tindakan Lakshmi sampaikan nak pindah rumah. Jiran-jiran kata dia seorang 'pervert'..
Lakshmi minta tolong pelajar-pelajar perubatan
untuk cuba pad yang dia cipta
Akhirnya, dia sendiri yang test, guna darah kambing. menjerit tengok darah membasahi seluar Lakshmi...heboh sekampung..kata dia dirasuk syaitan..akhirnya kena halau dari kampung..wife dia pun tinggalkan dia, kena paksa dengan ahli keluarga.
Lakshmi semasa diadili oleh orang-orang kampung dia sebelum kena halau
Walaupun kena halau dari kampung, hidup seorang diri, Lakshmi tetap tidak berputus asa. Semangat tidak luntur. Duduk di bandar, tak berjaya juga tapi dapat ilmu tentang bahan-bahan untuk buat pad.
Kemudian pindah ke kampung lain, dapat ilham untuk cipta mesin. Akhirnya Lakshmi berjaya cipta mesin buat pad yang berkualiti, yang sama seperti dipasaran tapi tak tahu nak cari sapa nak suruh try...haha..
yeayy!! pad yang praktikal berjaya dicipta
Satu hari, ada konsert tradisional di kampung tempat dia tinggal. Seorang pemuzk wanita, bernama Pari Walia (lakonan Sonam Kapoor) cari pad malam-malam, tapi semua kedai dah tutup. Dia terjumpa Lakshmi di jalanan. Lakshmi pun bagi pad yang dia cipta. And the rest is history.
Pari Walia mula-mula tak percaya tapi akhirnya dia yang banyak tolong Lakshmi sampai dapat anugerah, Amitach Bachan yang bagi hadiah, masuk suratkhabar. Orang kampung tempat dia tinggal semua seronok, Laskhmi dah mengharum nama kampung mereka. Mereka pun beramai-ramai, lelaki perempuan gi jumpa Lakshmi di kilang dia.
Tapi orang kampung cuma tengok gambar muka depan je, gambar Lakshmi dengan Amitach Bachan, tak baca berita penuh kat mukasurat belakang, tak tau pun apa produk yang dia buat.
Masa Lakshmi tunjuk produk tuala wanita dan bagi percuma pada anak perempuan ketua kampung, terkedu budak tu, terus lari keluar..yelahh benda 'taboo', bagi lak depan orang ramai, depan orang lelaki...haha..habis kena hentam dengan orang kampung...hehe..
Memang best filem..highly recommended, silalah tonton ya. Bagaimana dengan mencipta mesin, dia memberi peluang pekerjaan pada wanita-wanita kampung untuk menjana pendapatan..yang juga jadi jurujual...women to women...
wanita kampung pulang ke kilang selepas sesi jualan
Tapi kesian dekat Pari Walia yang banyak bantu dia disaat dia tiada apa-apa, yang sanggup bersusah-payah bersama...well, cinta tak semestinya bersatu...