Wednesday 7 December 2022

Asam Pedas Ayam @ Warung Kampung

Assalamualaikum semua..

Kisah terjumpa warung makan kampung semasa hantar barang di Kampung Batu Muda.  Kisah di hari cuti, hari Jumaat sebelum PRU.

Warung kampung di Persiaran 1/12, Kpg Batu Muda
 
menarik - ada claypot asam pedas and masak lemak cili padi
 
Jom singgah, kita makan tengahari di sini. Order asam pedas ayam, dah lama teringin nak makan, nak masak..hurmm..

suasana di warung

suasana sekitar, ingatkan bengkel keta, rupanya rumah orang
haha...banyak sangat barang-barangnya..
 
Yang dipesan sudah tiba..
 
set asam pedas claypot
 
lengkap - nasi putih, telur dadar, sambal belacan, ikan masin, timun
 
masak on the spot, panas berasap - bubuh kacang panjang
Kurang umphh - kurang masam, tak terasa lada hitamnya, kuahnya rasa pedas kosong je..tak habis, tapau bawa balik, kita improvise kat rumah
 
Oklah, next time kita try masak lomak pula..ooh harganya RM10 satu set ni..

18 comments:

  1. Rupa dah nampak sedap, tapi kurang ummph pulak ye. Klu sedap boleh jugak serbu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try, mungkin menepati citarasa Carneyz..

      Delete
  2. satu set 10 rm ja ok sgt tu sepadan rasa

    ReplyDelete
  3. Kuah dia nampak pekat.. Balik ruma ubahsuai bagi kena citarasa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekat jg...ha'ah, ubahsuai bg rasa best sikit...hehe..

      Delete
  4. Terasa sedap asam pedas tu walaupun tengok gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jg tapi kurang umphh...set dah lengkap...

      Delete
  5. Alamak, rupa tu ada dah. Asam pedas ni nampak macam senang, tapi kena masak betul-betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..tengah mencari asam pedas yg sedap...kena gi Melaka lah nampaknya...hihi..

      Delete
  6. Macam boleh cari je kedai ni....

    ReplyDelete
  7. Uihhhhh set asam pedas yg nampak pekat sedap. Masak balik kat rumah mesti lagi sedap yummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. set dia dah ok, complete semua...cuma main dish x brp ok, kena try asam pedas ikan pulak lepas ni...

      Delete
  8. Nampak menggoda, tambahan pulak dihidang dalam claypot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berasap-asap asam pedasnya...set dia complete...

      Delete
  9. complete set..asam pedas memang gu dia la telur dadar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...pasangan serasi - dgn telur dadar, sedap je cicah kuah asam pedas..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!