Monday 26 June 2023

Drama China : Miss Buyer (2022)

Nihao..review drama China Mainland yang bertajuk Miss Buyer..

Drama yang berkisar tentang business dalam industri fesyen. Suka drama yang ada tsundere (character development)..

*spoiler alert*

menonton di iqiyi, 24 episod

Pada awal drama, female lead bernama Ding Yike sangat kecewa kerana hilang pekerjaan bila kena retrench di company IT. Esoknya pula kena dumped dengan boyfriend dia selama 7 tahun. Mak boyfriend suruh break dengan Yike dan berkawan dengan Wenwen yang lebih cantik, bergaya dan berjaya.
 
Mak boyfriend suka Wenwen sebab dia local (Shanghai), graduate overseas dan ada pakcik kerja fund manager, sama bidang dengan boyfriend Yike. Mereka putus dalam restoran, di khalayak ramai. Cringe je tengok Yike menangis meraung dalam restoran. 

Yike menangis meraung dalam restoran

Yike kemudian masuk satu rancangan realiti tv bertajuk Men & Women in Workplace dan menang. Hadiah untuk pemenang ialah kontrak kerja selama setahun dengan satu company dengan gaji 200,000 yuan setahun. 
 
Pemilihan company pula dengan undian roda pusingan. Yike kena kerja di AMAY, sebuah syarikat fesyen terkenal di Shanghai, yang menjual pakaian RTW  - ready to wear.
 
Yike menang tempat pertama
 
Yike tak minat bidang fesyen. Tapi dia tiada pilihan, nak tak nak dia kena lapor diri juga. Dia mulanya training di PR Department tapi terus terang tunjuk yang dia tak minat bidang fesyen, kemudian kena tukar ke Buyer Department.
 

Buyer Department diwujudkan oleh Director Lei, orang baru yang dihantar oleh HQ (Lingyun Group) untuk memulih imej syarikat AMAY. Sebelum ni dipanggil Purchase Department.

AMAY pada mulanya dimiliki oleh keluarga Du. Du Xiu Qi (Mr Du) ialah anak kepada founder AMAY dan bekerja sebagai General Manager di AMAY. Ramai staff tak suka Director Lei dan ramai juga diberhentikan kerja bila Director Lei re-structure AMAY.

Mr Du tak suka Director Lei mansuhkan Purchase Department dan wujudkan Buyer Department. Bagi dia sama je, purchase dengan buyer. Dia arahkan Yike training di Buyer Department untuk bagi masalah kepada Director Lei.


Director Lei
 
Dipertemuan pertama Yike dah kena tembak dengan Director Lei tentang buyer's jobscope, tentang fesyen, tentang material, tentang data analyst, marketing, dll.  Tapi Yike yang pernah bekerja sebagai analyst dapat menjawab beberapa soalan Director Lei dan bagi good reasons mengenai commercial gambling (decision to buy & choose design).

Director Lei semacam impress dengan Yike dan bersetuju ambik dia sebagai trainee. Kawan sekolah Yike bernama Jiang Jie juga bekerja di AMAY. Jiang Jie banyak mengajar Yike tentang kerja di bidang fesyen. Tapi biasalah perasaan dengki tu tetap ada bila Yike lebih maju dan mendapat perhatian boss.

Suka tengok perkembangan karier dan pertukaran imej Yike dibawah tunjuk ajar Director Lei. Director Lei seorang boss yang tegas dan berdisplin. Dia juga seorang yang scarcastic. Dia nak seorang yang betul-betul tahu tentang fesyen bekerja sebagai buyer.
 
"You can't even choose your own clothes and you still want to be a buyer for others?"

Director Lei bengang je dengan Jike bila dia buat silap sebab tak ambik iniatif bertanya dengan senior. Jike kena training di butik AMAY, jadi sales girl, kena jual baju dan kena dapatkan sales 50,000 yuan dalam masa 1/2 bulan.


Di butik inilah, Yike berselingkuh dengan hero, Mao Yuan, seorang pereka fesyen terkenal di luar negara tapi baru nak bertapak di China. Sebenarnya, hero pernah bertemu Jike semasa dia menangis meraung dalam restoran. Mao Yuan tengah kumpul bukti nak saman AMAY kerana ciplak rekaan dia.

Nak dijadikan cerita, Mao Yuan buka butik di bawah rumah Yike. Mao Yuan bergaduh dengan bapa dia dan tidur di butik. Disebabkan Yike ketuk lantai, habuk bertaburan di butik Mao Yuan. Mao Yuan  kena serangan athma dan dimasukkan ke hospital. Yike rasa bersalah, dia pun memasak makanan dan melawat Mao Yuan di hospital. 
 
Mereka menjadi rapat, selalu bertukar pendapat dan Mao Yuan banyak membantu Yike tentang industri fesyen. Mao Yuan pula menghadapi saingan daripada bekas rakan kongsi yang sering beri masalah.
 
Mao Yuan dan Director Lei pernah belajar di universiti yang sama di luar negara. Director Lee dulunya seorang diva dalam kursus fashion designer tetapi disebabkan satu insiden menyebabkan Director Lei tukar nama dan imej serta tidak lagi jadi pereka fesyen. Ada unfinished business diantara Mao Yuan dan Director Lei. Kisah hidup Director Lei juga menyedihkan bila dikhianati dan difitnah oleh kawan rapat dan rakan sekerja di syarikat lama.

Fashion show gabungan AMAY dan Mao Yuan di episod akhir sangat wow..setting dan venue yang menarik...
 
fashion show gabungan syarikat AMAY & Mao Yuan
 
Memang best plot drama ni, dapat ilmu tentang industri fesyen, politik pejabat, team work, pengurusan organisasi dan butik pakaian dan how to handle betrayal. Pacing pun ok, tak slow. Ada elemen komedi juga...yang paling kelakar bila hubungan baik Director Lei dan Yike disalahertikan sebagai 'couple'...hahaha...suka tengok dressing Director Lei...cuma yang tak best, ending dia tergantung, open ending..
 
Drama ni sebenarnya dah siap 4 tahun lepas, di tahun 2018, tapi baru ditayangkan pada tahun 2022. Sebabnya hero sebenar ada kes plagiat tesis PhD. Daripada drama kena cancel, producer guna teknik Artificial Intelligent (AI) untuk ganti muka hero dengan muka pelakon lain (face swapping). Tak perasan pula masa menonton...haha..
 
Recommended for viewing..

16 comments:

  1. Syoknya layan drama Cina begini. Boleh tambah banyak ilmu pengetahuan tentang dunia lain selain dunia sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, drama ni saya boleh repeat sbb plot yg best...

      Delete
  2. wah, nohas tengok cerita drama Cina takde subtitle ke? Jalan ceritanya menarik, tapi plot twist guna AI untuk ganti wajah hero tu yg paling menarik perhatian saya hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada subtitle English...saya pun x tahu, bila check di internet baru dapat maklumat ttg ganti wajah hero..

      Delete
  3. Serius la, muka pelakon boleh tukar. Jadi, dia kena lakonkan balik babak hero aje ke macam mana tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. teknik AI ni sgt advanced...rasanya x lakon semula cuma ganti muka je...ada a few drama China yg guna kaedah ni sbb pelakon ada isu..

      Delete
  4. Tertarik pula tengok fesyen rambut dia yang seakan botak tu. Teringin pula nak buat. Ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang, tak panas...hihi..jangan ditiru..

      Delete
  5. Hahhaa... spoiler betullah tapi Mrs. A pun suka citer macam ni nanti nak nonton jugak di Iqiyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk tarik minat...membaca tak sama dgn menonton...selamat menonton..

      Delete
  6. drama cina pemainnya cantik cantik..dan fashionable tentunya..terutama yang jadi tokoh utama

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, cantik2 pakaian dlm drama ni..male lead ganteng sekali..

      Delete
  7. Level drama cina yg telah berada jauh kehadapan.. Thank you for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka dah ke peringkat internasional...

      Delete
  8. Halah.. Baru cadang nak layan tapi bila open ending ini macam spoiled pula.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni best..mmg recommended, tang ending tu abaikanlah, walaupun sakit hati je...drama ni saya boleh repeat tengok & still enjoy it..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!