Hari ada dinner di Berjaya Times Square (BTS), saya book satu apartment di situ. Malas nak balik rumah malam-malam, kita berstaycation disini di hari minggu.
Selepas Zohor, bergerak ke Bukit Bintang. Biasalah hari minggu, heavy trafik, dekat sejam lebih jugalah dari Sentul nak menyampai ke BTS. BTS ni mixed development - shopping mall 5-tingkat, diatasnya ada 2 tower, West Tower (hotel) dan East Tower (apartment).
Entrance ke tower di ground floor. Ada entrance terus ke tower (dari luar bangunan) dan ada juga dari dalam mall. Bila parking kereta di basement, bahagian central, nak tak nak kena masuk dalam mall untuk ke entrance apartment. Ada laluan di tepi bangunan (balik dari dinner baru tahu ada laluan ni...huhu)
Tak perasan booking apartment, ingatkan hotel, tersliap masuk entrance ke hotel. Kena berjalan lagi melintasi mall untuk ke entrance apartment, jauh juga kena berjalan, dari hujung ke hujung...dah macam bersaei pula..hehe..
berjalan menuju ke entrance apartment
yang bertulis 'Service Suite'
Di pintu masuk, person-in-charge dah tunggu nak bagi kad lif dan kad pintu apartment. Di bahagian apartment ni, takde reception kaunter macam di bahagian hotel.
Sepatutnya kena call nombor hp yang ada pada borang booking. Tapi person-in-charge ni dah print senarai booking, ada nama kita, so deal dengan dia. Kena bayar deposit RM100. Dapat apartment di tingkat 18..oklah takle tinggi sangat, tower ni 43 tingkat ya..jomlah kita naik..
Selesa apartmentnya, walaupun perabut dan hiasan dalamannya old school. Apartment untuk 2 orang. Ada tambahan katil sebab check-in 3 orang dewasa. Harga semalam untuk 3 orang ialah RM424.93. Parking untuk 2 hari = RM30.
satu katil bujang
kitchenette ada microwave, peti ais, pinggan, gelas
Ada sofa, meja makan dan meja tulis. Fasiliti lain seperti seterika dan hair dryer juga disediakan. Di bilik air, ada toiletries seperti sabun, shampoo & conditioner dan set berus gigi & ubat gigi.
bilik air ada 2 bahagian dan 2 entrance
ada pintu ditengah-tengah, boleh buat 2 business at one time
di belah sana ada bathtub dan shower
view from apartment - TRX & kwsn Imbi
Dah berehat-rehat, kami pun turun, cari makan, cari lunch. Kami ke Restoran Ikhwan yang terletak di belakang mall, di Lorong 1/77a.
Restoran Bumiputera Islam di Bukit Bintang anak syarikat GISB Holdings, pengasasnya Ustaz Ashaari Muhammad
juga pengasas Pergerakan Al-Arqam
masa ni dah pukul 4, dah tak ramai customer
nasi campur...lauk pauk ni saja yang tinggal makan nasi campur
cawangan GISB Holdings di seluruh dunia "Bringing Delight with Full Spirit"
roti & kudapan keluaran GISB Bakery
Selesai makan, masuk mall untuk sesi window shopping..hehe..
aiskrim Kelava - plant based ice-cream
Teringin nak beli tapi lama pulak customer sorang ni
langsung ke sebelah, beli IlaoIlao
on the way balik apartment, nampak Four Fingers. Singgah sini beli ayam goreng korea..tapau, makan kat apartment..
hiasan dinding yang unik
Selepas Maghrib, turun gi ke West Tower untuk event dinner RISM.
malam minggu di Bukit Bintang kesesakan lalu lintas
Good night KL.
Esok pagi acara mandi-manda di swimming pool. Disertai oleh lebih ramai peserta, import dari Shah Alam..hihi..
Haaa... Best tu, lepas dinner terus tido hotel 😍😍😍
ReplyDeletebetul..taklah stress..peace of mind..
DeleteIdea yang bagus ni. Tak de la penat sangat balik dari dinner nak kena drive balik rumah lagi kan. Apartment pun nampak selesa.
ReplyDeletetak nak stress..kita chill di sini..apartment luas jg..
DeleteBagusnya legasi al-Arqam ni, sana sini ada bisnes mereka. Hotel pun dah ada, tapi saya belum pernah cuba.
ReplyDeleteSyok acara mandi manda ramai2 😃
maju business mereka..dah masuk pasaran antarabangsa...hehe, alang2 dah check-in sini, ajak anak saudara bermandi-manda...
DeleteAl-Arqam masih rancak berniaga...
ReplyDeleteAlhamdulillah, maju business mereka...
DeleteGISB ni adaa macam2 rangkain kan, bakery ada, pasaraya jual bahan basah pun ada
ReplyDeletebetul, ada byk anak syarikat..
DeleteHebat al-Arqam!
ReplyDeleteDulu ada bisnesnya di LD, tapi lepas tu tutup sampai sekarang.
hebat kan mereka, dah bergerak lama di peringkat antarabangsa...
DeleteDekat tempat saya pun ada Ikhwan ini.. ada dobi, kedai makan, kedai runcit dan hotel..
ReplyDeletebusiness mereka berkembang pesat...bagus kan, membangunkan ekonomi orang Islam..
DeleteSyok juga menginap disini.. semua ada, pasaraya, kedai makan.. memang best..
ReplyDeletebest..boleh jalan2, makan2...ada indoor theme park shopping mall...
Delete