Merhaba...sambung aktiviti di petang hari pula..
Kami nak ke utara kota Istanbul, ke kawasan Eyub, nak ziarah makam seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari RA..
Perjalanan dengan tram dari Sultanahmet ke Karakoy, then naik vapur (bot) di jeti Karakoy ke jeti EyubSultan.
Aya Sofia dan Masjid Sultanahmet di kejauhan
Untuk ke Eyub, bot melalui the Golden Horn..ibarat menyelusuri sejarah penaklukan kota Konstantinople oleh Sultan Mehmet Al-Fatih.
teringat drama Turki 'Kiralik Ask'
Bot berhenti di beberapa jeti sebelum ke jeti EyubSultan
melintas jalan, kita ke kawasan rumah² kayu yang cantik di Eyub
the right time, the right man - merujuk kpd Presiden Erdogan
masuk lorong ke Eyub Camii (Masjid Eyub)
Makam Abu Ayub Al-Ansari dalam perkarangan Masjid Eyub
dalam bangunan yang penuh dengan jubin biru
Siapakah Abu Ayyub Al-Ansari?
Abu Ayyub al-Ansari RA.ialah seorang sahabat Rasulullah SAW dari golongan Ansar. Nama
sebenar beliau ialah Khalid bin Zaid bin Kulaib. Semasa peristiwa penghijrahan Nabi SAW, rumah beliau telah dipilih oleh Nabi SAW sebagai
tempat tinggal sementara di perkampungan Bani Najjar sehinggalah
pembangunan Masjid Nabawi selesai.
Kewafatan
beliau di kota Konstantinople adalah ketika menyertai pasukan yang
dipersiapkan oleh Khalifah Muawiyah dalam usaha menakluki Konstantinopel
di bawah pimpinan anaknya, Yazid. Ketika itu, usia Abu Ayyub mencecah
80 tahun.
sumber : Qalam Mufti#61 www.muftiwp.gov.my
Masyaallah, sebuah kisah semangat jihad yang luar biasa bagi mentahqiqkan hadis Nabi SAW yang bermaksud 'Kota Konstantinople akan ditawan oleh sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera'.
Pertama kali baca kisah Abu Ayyub Al-Ansari ni dalam blog Tuan Haji Muhtar Haji Suhaili bertajuk Motto Hidup: Infiru Khifafan Wa Tsiqalan!
"Berjuanglah kamu, sama ada senang mahupun susah..." (Surah At-Taubah, ayat 41)"
Boleh baca di sini..recommended for reading..
makam Abu Ayyub Al-Ansari
mereka yang membaca Al-Quran
Alhamdulillah, selesai ziarah makam sahabat, keluar ke arah kedai-kedai.
Alhamdulillah, selesai ziarah makam sahabat, keluar ke arah kedai-kedai.
Singgah bakeri lejen Akmanoglu Firini
Kami beli beberapa bun dan duduk makan depan water fountain
Hari pun dah gelap, masa untuk pulang ke sarang. Kami balik naik tram T5 dari stesen Feshane ke stesen Eminonu. Singgah Spice Bazaar, beli kekacang.
berjalan ikut lorong-lorong belakang ke Sirkeci, sebab nak makan nasi mandy, rupanya kedai dah tutup. Singgah beli balik ekmek dan midye dolma di Esmer Chef Fish House.
Saya nak makan nasi, balik ke Sultanahmet, tengok restoran Mado ada menu nasi. Order menu nasi & ayam kari, jom kita try kari style Turki.
Alhamdulillah, roti pun rotilah..
Rasanya tak cukup sekali jejak Turki. Harus datang beberapa kali untuk teroka segenap penjuru buminya yang unik dengan pelbagai tinggalan dan sejarahnya.
ReplyDeleteBetul, negara Turkiye ni sgt luas & byk tinggalan sejarah...
DeleteInsya Allah..bila ada rezeki nak juga menjejakkan kaki di bumi Turki. Aamiin...
ReplyDeleteAmiin..semoga makbul hasrat AK..
DeleteAssalamualaikum akak.. seronoknye ke turki. lady teringin nak tengok makam kamal attarturk tu.
ReplyDeleteWaalaikumussalam..seronokk..hehe...kami tak pi Ankara..
DeleteCantik rumah-rumah dia. Orang Turki malam-malam tak makan nasi, ye. Makan roti je. :D
ReplyDeleteDepa byk mkn roti..
DeleteSucuk memang sedap. Seronok baca trip Turkiye ni.
ReplyDeleteItulah..nmpk sedap tapi x beli..
DeleteWahhhh cantik betul seni bina dekat sanaa
ReplyDeleteCantik..blue tiles yg menarik..
DeleteCantik2 gambar untuk part ni...especially senibina kat sana...
ReplyDeletesenibina di sana macam2 jenis..maklumlah negara tua, byk legasi empire..
Delete