Wednesday, 6 December 2023

Turkiye 2023 | Suleymaniye Camii

Meneruskan berjalan-jalan di area Beyazit...

Dari Beyazit State Library, jalan ke kawasan kedai di belakang library. Nampak ada kedai jual makanan, take five, break sekejap, makan borek, sejenis makanan Turki..

pelbagai jenis borek
 
spinach borek
 
meat borek
 
Lepas makan sambung beli souvenir, murah-murah di sini. Kemudian sambung berjalan menyusuri kedai-kedai di belakang Grand Bazaar.

Turkish sand coffee

Di persimpangan jalan, nampak signboard tunjuk arah ke Suleymaniye Mosque. Jom ke masjid tu pula, hari melawat masjid hari ni. Kena mendaki bukit..yeah, yeahh..
 
burung-burung di halaman garden
 
Suleymaniye Mosque ialah masjid terbesar di Istanbul sebelum pembinaan Masjid Camlica. Lokasinya di atas bukit, Third Hill, mengadap the Golden Horn. Sultan Suleyman the Magnificent mengarahkan arkitek tersohor Empayar Uthmaniyah, Mimar Sinan membina sebuah masjid untuknya selepas Mimar Sinan membina Masjid Sahzade untuk anak kesayangannya, Sahzade Mehmed.
 
view the Golden Horn dari tebing perkarangan Masjid Suleymaniye
 
 
rear view of Masjid Suleymaniye
 
Masuk ke perkarangan masjid dari pintu belakang akan jumpa kawasan kubur lama dan makam Sultan Suleyman dan isterinya, Hurrem Sultan. 
 
Teman secara jujurnya malas nak ziarah kubur sultan dan isterinya, bila mengenangkan kisah mereka yang dot, dot...sanggup seorang ayah bagi arahan bunuh 2 orang anak kandungnya dan juga cucu-cucu lelaki dia..ramai lak tu yang kena bunuh..(baca di wikipedia)..
 
Kakak saya masuk, saya tunggu diluar, melihat-lihat kubur-kubur lama, unik dan menarik batu nisannya..
 
lawa kubur-kubur lama di sini
 
di sepanjang lorong dari bahagian belakang menuju ke depan masjid, kiri-kanan ialah kubur-kubur lama, nampak cantik pulak..
 
sumber dari googlestreetview
 
Dah sampai di bahagian depan, jom kita masuk masjid 
 
Suleymaniye Camii
 
interior masjid 
lebih kurang sama je masjid kat Turkiye ni
 
dari pintu masuk
 
Menuju keluar pagar, kami mencari makam Mimar Sinan, arkitek & engineer tersohor. Menurut maklumat, makamnya direka sendiri oleh Mimar Sinan.

makam Mimar Sinan dibelakang octagonal water dispenser
jalan masuk ditutup, ada renovation work
 
gambar makam dari wikipedia
 
bangunan Suleymaniye Library

restoran depan bangunan library

menuruni bukit menuju ke Grand Bazaar

penjual kebab jalanan

dah sampai di luar Grand Bazaar

lepak di dataran ni, rehat dulu, makan simit
 
 Kemudian ambik tram, balik hotel, landing atas katil..letihh..

Sambung aktiviti petang pula

12 comments:

  1. Macam-macam jenis borek yang dijual ye. Bolehlah beli yang berkenan di mata dan selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua nmpk sedap..cuba dulu, sib baik sedap jg..

      Delete
  2. Tak cuba Turkish sand coffee tu ke?
    Cantik architecture dia orang ye. Walaupun kawasan kubur. Dalam masjid, apatah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak beli yg ni..ada try turkish kopi yg lain..kubur² lama yg ada di sini unik² batu nesannya..

      Delete
  3. sedap nampak borek cantik masjidd Suleyman

    ReplyDelete
  4. Bapa 'borek', anak rintik...? Hehehehe

    ReplyDelete
  5. Cantiknya masjid Sulaimaniye tu..borek tu pastry ye...nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik² masjid Turkiye..ya, pastry...sedap jg..inti masin sikit..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!