Thursday 28 December 2023

Nasi Beriani Buluh

Kisah makan-makan..

Hari Jumaat lepas, ada kerja di Alam Damai. Masa nak balik ke pejabat, tersilap lorong. Di Jalan Mesra, sepatutnya ambik lorong kiri sebab nak masuk ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat tapi termasuk lorong kanan. 

Terpaksalah jalan lurus and cari tempat untuk U-turn. Masuk kawasan kilang di Bandar Tun Razak, tetiba ternampak 'Nasi Beriani Buluh'...tak boleh jadi ni, kena singgah ni...lunch time! hihi..

Alhamdulillah, rezeki di hari Jumaat, terjumpa restoran ni

Order & bayar di kaunter

Jom tengok menu yang ada

signature dish - lauk ayam masak merah, ayam beriani & kari kambing

ada lamb shank juga

masa ni tengah viral di KL, lamb shank Nasi Beriani Pakistan No. 1 Batu Pahat, sedang berjualan di Taman Tasik Titiwangsa..

yang set dulang ni untuk makan secara berjemaah


Order nasi beriani kari kambing dan air limau madu

nasi beriani buluh perindu

banyak nasinya

 The verdict : Nasinya sedap, kalau makan nasi saja pun ok, kari kambing terlebih masin, macam style kari India, yang takde santan. Jelatah kurang fresh & kering..kalau basah2, ada kuah sikit, lagi umphh..

Bagi saya, macam kurang cocok nasi beriani + kari. Next time pilih ayam masak merah atau ayam masak beriani...lamb shank pun ok...hehe..

Recommended...boleh repeat..

18 comments:

  1. wahh lain dari lain
    nasi beriyani dlm buluh tu
    mestiii sedapp. ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi nya sedap..makan nasi kosong pun best..

      Delete
  2. marketing strategy dia bagus, letak nasi beriani dalam buluh...

    ReplyDelete
  3. Dua kali sedap la nampak nasi beriani dalam buluh. Tapi betul, nasi beriani dgn kari tak ngam sangat rasa dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni nasi nya sedap...betul, dua2 kuat rempahnya..

      Delete
  4. Baca post ni LZ tak makan lunch lagi, nampak menu terus terbayang-bayang nasi buluh, haish.. Tak silap ada satu lagi Nasi Buluh famous area Perak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. siannya..ya betul, nasi bamboo di Sungkai..

      Delete
  5. Boleh bawak balik ke buluh tu...?

    ReplyDelete
  6. Pandai tarik perhatian pelanggan beriyani dalam buluh sesapa bbelum cuba mesti teringin. Macam ayam tongek tu dulu Mrs. A tertarik sebab dalam tin heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila buat kelainan..mcm menarik pula...ayam tongek tu x sempat nak try...dah takde rasanya..

      Delete
  7. Menarik ni. Nampak nasi pun dah sedap.

    ReplyDelete
  8. Silap jalan terjumpa kedai makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki di hari Jumaat...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!