Showing posts sorted by date for query nasi kapau. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query nasi kapau. Sort by relevance Show all posts

Sunday, 23 February 2025

JJCM edisi Nasi Padang : Padangs On Wheels

Assalamualaikum..

Disebabkan selalu fyp di tiktok orang review nasi padang, tak kira local ke, dari seberang ke, semuanya bikin ngiler...yang selalu keluar Pagi Sore, Ampera Raya..

Teman pun mulakanlah satu expedisi kuliner makan nasi padang di KL. Tapi tak pergi ke Restoran Sederhana dan Nasi Kapau sebab dah banyak kali pergi..kita cari restoran nasi padang yang baru pula..

Padangs On Wheels di Jalan Kamunting..

berdaceh tu tasty la maknanya
 
restorannya bertingkat macam ni
 
Jom kita masuk
 
cantik
 
Order guna menu, ada harga sekali
dibagi kertas untuk tulis order
 
lauk-pauk
 
 sambal-sambal nasi padang
 
menu tambahan
 
Sementara tunggu lauk datang, snap-snap apa yang patut
 
ada buffet buka puasa
 
unik bangunannya..terkopak, terkoyak..

sambal hijau dan sambal merah ada dijual di kaunter
ada lif untuk ketingkat atas
 
Makanan sampai berperingkat-peringkat
 
yang ni sampai dulu - masak lemak udang, sambal hijau, nasi putih
 
Bila dah lengkap macam ni, kita makan dulu..
ada satu lagi menu belum sampai
 
teh O limau ais, masak lemak udang, sambal hijau
tempe goreng tepung, nasi putih
 
ayam goreng bumbu
 
Sedap masakannya..adalah sikit vibes nasi padang 
mild je, tak heavy rasa 'kepadangan'..
 
Total damage
 
berbaloi
 

Ok, next..

Wednesday, 11 January 2023

Jom ke Panampuang Market

 Dimanakah Panampuang Market?

 Indonesia? Thailand? Vietnam?

Nehi-nehi..salah semuanya tu..

dekat jer, di Jalan Tuanku Abdul Rahman

disebelah restoran Nasi Kapau
 
Apa yang dijual disana? Serba aneka beg, keropok, keripik
raga, bakul, cantik-cantik wehh..
 
beg-beg
 
beg lagi 
 
bakul makanan & keripik
 
bekas-bekas rotan
 
barangan rotan
 
pelbagai keripik dari seberang

Belum habis explore, dapatlah idea untuk buat hamper buah untuk cenderahati

cantik bekas-bekas rotan, untuk buat bekas hamper & hadiah

Lepas shopping, boleh makan nasi padang di sebelah..hehe..

Monday, 18 October 2021

Nasi Padang @ Takana Juo

Salam sejahtera di petang Isnin..

cerita makan-makan..

Dalam bulan April, teman ada buat entry tentang filem Indonesia berjudul Tabula Rasa, filem mengenai masakan Minang (Nasi Padang), boleh check link ni.

Tabula Rasa (2014) : Seputar Kuliner Nasi Padang

Dalam filem ni, restoran Nasi Padang tu namanya Takana Juo. Yang maknanya dalam bahasa Melayu ialah terkenang jua. Orang Minang ramai yang merantau ke di nusantara, akan terkenang kampung halaman.

Rupa-rupanya ada restoran Minang nama yang sama di Kuala Lumpur ni...hehe..

Kedai makan ni letaknya di sebuah lorong kecik, off Jalan Balau, di Jalan Gombak. Lorong tu pula cul-de-sac (lorong mati), nak keluar masuk kereta memang payah sikit le...

Haritu selesai urusan di Kampung Sungai Mulia, teman singgah di sini untuk makan tengahari.

Lorong kecik ke kedai makan, 
parking bawah pokok depan kedai
 
kedai yang simple
 
kedai ni ada dua bahagian, kat luar tempat makan
kat bahagian dalam tempat ambik lauk-pauk
 
 
 bahagian dalam tempat ambik lauk-pauk
gulai keting - feveret dish takde
 

masak lemak jering (jengkol)
signature dish masakan Minang 

ambik ni je..ayam kampung, ikan kering
sayur kacang panjang, sambal sikit & air kosong
kena RM10..huhu..
 
 
Cerita lain masakan Minang :


Saturday, 5 June 2021

Rumah Makan Minang Salero

Hola..apa khabar semua? harap semuanya baik-baik di time lockdown ni..

Nak khabor yang teman dah jatuh cinta...haha..

Jatuh cinta dengan masakan Minang...restoran Minang kat KL yang dah try ialah Restoran Sederhana, Nasi Kapau, Minang Solero..Sari Ratu belum try. Ada banyak lagi di area Kampung Baru..nantilah try..InshaaAllah..

Jom kita review restoran Minang Salero di Jalan Sentul. Restoran ni dah lama ada tapi teman baru je try pada akhir bulan Mac (sebelum arahan tak boleh dine-in)..

Kalau hari bekerja, payah nak dapat parking depan kedai. Tapi jangan gusar dan gundah-gulana, tempat parking ada disediakan di bahagian belakang restoran. Gratis pak, percuma..

tempat parking
 
dari luar dah nampak menyelerakan

masakan yang menyelerakan
 
diantara specialty masakan Minang ialah masakan buah jering. Ada 3 jenis masakan jering di restoran ni.
 
jering masak lemak
 
jering berlado

Masakan jering yang ketiga, tak dapat dipaparkan disini sebab ramai pelanggan masa tu. Tak nak bersesak, tak dapek den nak snap.
 
ikan dari Danau Maninjau di Bukit Tinggi, Sumatera
 
Dulu masa pergi Bukit Tinggi, ada beli ikan ni bawa balik Malaysia. Besar sikit dari ikan bilis tapi rasanya tawar. Tak ingat pula habis makan ke tak ikan tu..
 
Teman ambik yang ni. Sarapan merangkap makan tengahari
Yang kaler gelap tu sedap giler, macam kerabu

gulai keting tidak dilupa, feveret ni
 
Memang terbaik le masakan Minang, bersalero den makan, puas hati sungguh. Harga takdelah mahal sangat, reasonable.
 
simple je dekorasi

jam gadang...terasa macam di Bukit Tinggi
 
Restoran ni ada juga jual kuih kering tradisi Minang yang diimport khas dari Bukit Tinggi
 
pisang salai kot, teman tak beli

Pencuci mulut - lepat nagosari
 
satu RM1.00
 
inti pisang
 
Overall, recommended restoran ni untuk merasai masakan Minang @ Padang asli yang enak dengan harga yang berpatutan.
 
Check it out.

Friday, 2 April 2021

Tabula Rasa (2014) : Seputar kuliner Nasi Padang

Assalamualaikum, welcome April..harap baik-baik semuanya....

Sudah makan siang, ibu-ibu, neng, bapak-bapak sekalian? jika udah, Alhamdulillah, jika belum, silakan menjamu selera..

Masih lagi seputar nasi padang/masakan Minang. Kali ini ulasan filem dari negara tetangga, Indonesia.

Filem berjudul Tabula Rasa. 

Pernah menonton filem ni di saluran Astro, tak ingat tahun bila. Teringat kembali filem ni bila makan di Restoran Nasi Kapau. Filem mengenai masakan minang, kemanusiaan dan halatuju kehidupan.


Menarik filem ni.

Kisah Hans, seorang pemuda di Papua, bercita-cita menjadi pemain bolasepak di sebuah kelab di Jakarta.

Hans & famili di airport Papua

Tapi nasib tidak menyebelahi Hans, dia cedera, kakinya patah. Kelab pula tidak membiayai pembedahan dan Hans dibuang dari kelab. Dia jadi gelandangan di kota. Pada suatu hari, dia hampir mau terjun jambatan tapi tak jadi. Dia tidur saja diatas jambatan. 

  Pemilik rumah makan Minang, dipanggil Mak terkejut tengok Hans tidur di jambatan. Dia kejutkan Hans, lantas diajak makan di restoran beliau.
 
Hans dijamu dengan masak lemak kepala ikan
 
terkesima Hans dengan keenakan masakan minang
 
Nama restoran Minang ini ialah Takana Juo

Rumah makan ni diusahakan oleh tiga orang, Mak (pemilik resto), Parmanto (juru masak) dan Natsir (tukang sanduak - juruhidang). 
 
Mak kesian sama Hans, tiada tempat tinggal, tidur tepi jalan. Setiap hari, Mak ajak Hans makan di restoran tapi Hans segan, dia ngga mau makan percuma. Dia ikut Mak ke pasar, tolong angkat barang2, mop lantai, cuci pinggan. Parmanto tidak suka sama Hans. 
 
Pada suatu hari, Parmanto kemas-kemas beg dan keluar dari restoran, dia berhenti kerja. Dia berbalah dengan Mak. Pelanggan tak ramai, Mak lagi mau ambil Hans jadi pembantu. Parmanto mahu turunkan mutu masakan dan turunkan harga. Mak tak setuju, Mak nak pertahankan mutu masakan/resepi.
 
BIla Parmanto tiada, Mak ajar Hans masak masakan Minang dan beli barangan basah di pasar.

mengulek cili dan bawang
Mak ajar Hans masak rendang daging tacabiak
 
Mak masih guna cara tradisional..guna dapur kayu, perah santan sendiri. 

perah santan

 
dapur kayu
 

Suatu hari, Mak dan Hans melihat satu bangunan sedang dibina di sebelah restoran mereka.
 
bangunan dalam pembinaan
 
Rupanya bangunan itu ialah restoran masakan padang yang besar
 
Restoran Caniago - masakan Padang
 
Ramai pelanggan di restoran baru ni
 
Mak, Hans dan Natsir datang makan di restoran baru
yang jadi pesaing mereka
 
Mak merasa makanan, tiba-tiba Mak merengus dan berhenti makan
Mak bangkit dan berjalan ke dapur
 
Mereka semua masuk ke dapur Rumah Makan Caniago
 
rupanya Parmanto jadi jurumasak restoran baru
Mak meradang Parmanto guna resepi dia
 
Mereka kembali ke restoran Takana Juo. Hans beri cadangan restoran mereka buat  masak lemak kepala ikan sebagai resepi baru. Mak naik angin. Hans tak faham kenapa Mak tak terima cadangan dia. 
 
Natsir bilang sama Hans yang masak lemak kepala ikan ialah makanan kegemaran arwah anak Mak. Kebetulan pada hari pertama Hans makan di restoran Mak, ialah sama hari arwah meninggal.

Akhirnya Mak mengalah. Dia ajar Hans masak lemak kepala ikan kakap. Mak juga buat resepi baru.

oo..patutlah sedap masak lemak minang
ada daun ruku-ruku
 
Mak masak dendeng batokok bakar lado mudo
sedapnya..masakan minang..
 
lauk-pauk Minang
 
Adakah rumah makan Takana Juo mampu bersaing dengan rumah makan Caniago? Adakah Hans mampu jadi koki (chef) di Takana Juo?

Saksikan filem kuliner mengugat rasa ni di www.bioskopkaca21.com. Tapi ngga ada sarikata, boleh aja difahami, mereka sering berbicara dalam bahasa Minang. Gambar-gambar yang ada sarikata itu diambil dari youtube, tapi macam dah takde.
 
Selamat menonton..

...................

Surprisingly Tabula Rasa bukanlah bahasa Melayu/Indonesia..tapi bahasa Latin..
 
Tabula rasa is a Latin phrase often translated as "clean slate" in English and originates from the Roman tabula used for notes, which was blanked by heating the wax and then smoothing it. This roughly equates to the English term "blank slate" (or, more literally, "erased slate") which refers to the emptiness of a slate prior to it being written on with chalk. Both may be renewed repeatedly, by melting the wax of the tablet or by erasing the chalk on the slate.  

Di wikipedia, ada beberapa falsafah tentang Tabula Rasa - antaranya dari Ibnu Sina (Avicenna), Ibnu Tufail, Sigmund Freud..

tabula rasa
/ˌtabjʊlə ˈrɑːzə/
noun
noun: tabula rasa; plural noun: tabulae rasae 
 
an absence of preconceived ideas or predetermined goals; a clean slate. 
"the team did not have complete freedom and a tabula rasa from which to work"
  • the human mind, especially at birth, viewed as having no innate ideas.
 
Kalau check di internet/youtube, banyak betul judul Tabula Rasa ni, ada muzik, instrumental, drama US, drama Belgium..

Di netflix, drama Tabula Rasa ialah drama Belgium. Teman ada juga tengok. Pening lalat tengok drama ni, rasa confused, buat stress je, last2 drop..
 
 
Tabula Rasa is an excellent psychological thriller. The acting is top-notch, particularly from the three lead actors: Veerle Baetens, Stijn Van Opstal, and Jeroen Perceval. This is a show that will keep you guessing, with so many twists, layers, and hidden connections. There's a fantastic air of creepiness and menace -IMDb

Bolehlah nak tonton..