Monday 18 October 2021

Nasi Padang @ Takana Juo

Salam sejahtera di petang Isnin..

cerita makan-makan..

Dalam bulan April, teman ada buat entry tentang filem Indonesia berjudul Tabula Rasa, filem mengenai masakan Minang (Nasi Padang), boleh check link ni.

Tabula Rasa (2014) : Seputar Kuliner Nasi Padang

Dalam filem ni, restoran Nasi Padang tu namanya Takana Juo. Yang maknanya dalam bahasa Melayu ialah terkenang jua. Orang Minang ramai yang merantau ke di nusantara, akan terkenang kampung halaman.

Rupa-rupanya ada restoran Minang nama yang sama di Kuala Lumpur ni...hehe..

Kedai makan ni letaknya di sebuah lorong kecik, off Jalan Balau, di Jalan Gombak. Lorong tu pula cul-de-sac (lorong mati), nak keluar masuk kereta memang payah sikit le...

Haritu selesai urusan di Kampung Sungai Mulia, teman singgah di sini untuk makan tengahari.

Lorong kecik ke kedai makan, 
parking bawah pokok depan kedai
 
kedai yang simple
 
kedai ni ada dua bahagian, kat luar tempat makan
kat bahagian dalam tempat ambik lauk-pauk
 
 
 bahagian dalam tempat ambik lauk-pauk
gulai keting - feveret dish takde
 

masak lemak jering (jengkol)
signature dish masakan Minang 

ambik ni je..ayam kampung, ikan kering
sayur kacang panjang, sambal sikit & air kosong
kena RM10..huhu..
 
 
Cerita lain masakan Minang :


22 comments:

  1. Meriah nampaknya deretan lauk pauk yg terhidang..

    ReplyDelete
  2. lauk minang memang sedapp. ni
    biasa mkn kat melawati. restorzn minang. kat gombak ekk blh terjah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. lauk minang mmg tak mengecewakan..ha'ah, area gombak..

      Delete
  3. Memang ada nama kedai macam dalam filem, terkenang jua ceritanya hehe.. panjang menu tu, pilihan nohas menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah popular perkataan terkenang jua...pilih lauk yg biasa-biasa..yg feveret takde..

      Delete
  4. SEDAP JAMU SELERA MASAKAN MINANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak, dapat kuah lemak pun dah best..

      Delete
  5. Dekat kalau teringin makanan Minang.

    ReplyDelete
  6. Banyak betul susunan lauk dia.. meriah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak dah tinggal sikit2..datang lambat..

      Delete
  7. Replies
    1. ayam kampung yg mahal..redho je lah..hehe..

      Delete
  8. dah jatuh chenta dengan masakan minang ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah lama jatuh chenta..hehe..sejak ke Bukit Tinggi dulu2..

      Delete
  9. Rindu masakan Minang.
    Sedap-sedap lauknya.

    ReplyDelete
  10. Banyak pilihan lauk yang ada. Tapi boleh tahan mahal jugak harganya tu. Harga standard makan di KL walaupun kedai biasa biasa je. Ke sebab nama je hype terus makanan auto mahal dari biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..byk lauk-pauknya..tapi itulah harga mahal, kedai biasa2 je..redho je lah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!