Friday, 13 December 2019

Random Photo #2

 Salam Jumaat semua.

Random photo #2, kesibukan melanda, Alhamdulillah rezeki hujung tahun..

 yang kanan untuk umat Islam Malaysia, dah tukar dari wadiah ke wakalah
yang sinun untuk Bumiputra

menara jam di Jalan Tun Razak

clown di Matta Fair bulan Mac
nampak dia tukar baju, sorang diri je, tetiba boleh berdiri macam ni

first time dine-in di Sushi King, sup tauhu & cendawan

Brickfields,KL


nasi lemak daun pisang @ kuala kangsar


sedap, banyak isinya, ada telur dadar

bunga christmas

Patin tempoyak @ Swiss Cafe, Menara MIDF

 new year, new car??..nayy..

Till then, have a nice day..

Monday, 9 December 2019

Capsium | Jalapeno | Sweet Palermo

Cili oh cili..

Baca entry wak Warisan Petani, katanya lada benggala (capsicum) ni ada jantinanya - jantan dan betina


Haritu, lepas hantar report ke advisor di Solaris Mont Kiara, singgah Cold Storage. Nampak banyak lada benggala. Sungguh meriah, pelbagai warna.

hijau merah

 merah, kuning, oren, ungu...all capsicum..

Yang ni pula cili pedas dan cili manis

yang hijau - hot jalapeno,  yang kuning merah - sweet palermo

Pertama kali jumpa cili rasa manis. Sweet palermo ni rasanya manis (menurut maklumat), ingatkan diimport, rupanya ditanam secara hydroponic di Cameron Highland...boleh tahan juga harganya...

Mont Kiara ni kawasan ramai expatriat, ramai omputih, dekorasi untuk sambut krismas begitu meriah


kesimpulannya: siapa makan cili, tak semuanya rasa pedas..

Friday, 6 December 2019

Ayam dan Itik Angsa + Kucing

Di satu petang yang permai, dari kejauhan, dari jalanraya, ternampak gerai ni di Kampung Batu Muda. Dah lama juga dok lalu-lalang, perati gerai ni, tiada kesempatan nak singgah.

Akhirnya dapat juga singgah...


Menu yang ada nasi lemak bungkus, mee bandung, yong tau fu goreng dan masakan western. Order mee bandung dan yong tau fu goreng.

 
 ok juga rasanya

yang menarik gerai ni, ada banyak jenis haiwan berkeliaran, cari makan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ibu ayam, bapak ayam, kucing, semuanya jinak-jinak belaka. Ayam-ayam pun santai-santai jalan sana-sini.

kucing sedang bersantai

ayam jinak

pandanglah, lihatlah

kucing sudah bangun, tengah cat walk
kucing kaler oren ni, duduk senyap tepi bangku


bapak ayam

bapa ayam bersama ibu ayam

 Dah habis makan, nak pi ke kereta, nampak sekawan itik angsa sedang berjalan-jalan, berlenggang pulang petang. 

comel je, itik pulang petang, dalam satu barisan

 Kampung Batu Muda ni bukanlah kampung tradisi, semuanya rumah-rumah banglo, besar-besar. Bila nampak ayam, itik bebas berkeliaran, terasa bagai di kampung halaman sendiri.

Dari mana semua haiwan ni datang? mungkin ada tempat ternakan ayam itik di sini.

Till then, happy weekend.