Thursday, 1 July 2021

Ulasan buku FT : Cinta Hari-Hari Rusuhan dan Tuhan Manusia

Faisal Tehrani (FT) diantara penulis yang saya suka cara penulisan. Berilmiah, thought provoking dan very engaging. Pertama kali baca tulisan beliau ialah cerpen Senja Haram dalam Mingguan Malaysia pada tahun 1997.  

Ada buat entry cerpen ni. Boleh baca disini.

Diharamkan? meh baca Senja Haram

Senja Haram: The Debate

Entry kali ni nak review buku Cinta Hari-Hari Rusuhan dan Tuhan Manusia. Dua-dua buku ni dah lama saya beli, tapi nak menghabiskannya memanglah bercinta...

Sebabnya?.. 

Cinta Hari-Hari Rusuhan tu separa berat, Tuhan Manusia tu memang berat..itu yang ambik masa yang agak lama nak menghabiskan..hehe..

Cinta Hari-Hari Rusuhan

cover buku yang sungguh 'over'..
ini cetakan pertama pada tahun 2000, 
cetakan terbaru lain gambar covernya
ada 288 mukasurat
 
Novel tentang kisah hidup Basri pada dua zaman iaitu pada tahun 70an dan 90an. Basri ialah seorang pelajar di Universiti Malaya pada tahun 1973 dan seorang yang aktif dalam gerakan pelajar. 
 
Dia berasal dari keluarga susah di Kedah. Dia bercinta dengan Tengku Valizah, anak seorang ahli perniagaan yang kaya. Tengku Valizah juga pelajar di Universiti Malaya. Walaupun berketurunan bangsawan, Tengku Valizah berjiwa rakyat dan menyokong perjuangan Basri.

Pada tahun 70an, novel ni banyak mengisahkan aktiviti-aktiviti gerakan pelajar yang memperjuangkan pelbagai isu nasional dan antarabangsa seperti isu Palestin dan Zionis Israel, isu setinggan, isu petani. 
 
Gerakan pelajar dalam novel ini sangat aktif dalam mendesak kerajaan dengan demonstrasi jalanan, edaran risalah, rapat umum, pementasan drama, ucapan-ucapan panas pemimpin pelajar, perjumpaan dan perbincangan dengan Menteri. Banyaklah adegan kena kejar dengan FRU dan polis dan gambaran keadaan rusuhan.
 
Bila pihak berkuasa menggempur, ramai kawan-kawan Basri yang kena tangkap tapi Basri dapat melarikan diri ke luar negara, sebagai pelarian politik, mulanya di Sydney, kemudian di Paris dan akhirnya di London.

Kisah di tahun 90an pula berkisar kepada kisah hidup Basri di Scud Cafe, London. Scud Cafe ialah tempat berkumpul pelbagai manusia yang jadi pelarian. Ada yang lari dari serangan bom atom di Jepun, lari dari perang di Palestin. Scud Cafe juga tempat berkumpul pelajar-pelajar Malaysia di London, terutamanya kawan-kawan Basariah.
 
Basri mengenali Basariah apabila dia menyelamatkan Basariah dalam letupan bom di London. Basariah kemudiannya jatuh cinta dengan Basri. 
 
Siapakah Basariah? Bagaimana pula kisah cinta Basri dan Tengku Valizah yang ditinggalkan tanpa khabar berita? Apa yang terjadi kepada Tengku Valizah selepas pemergian Basri?
 
Novel yang menarik..kisah gerakan pelajar di tahun 70an dan kisah-kisah kemanusiaan..

Tuhan Manusia

340 muka surat
pertama kali diterbitkan pada September 2007

Novel ini mengangkat tema yang berat iaitu isu murtad, pluralisme dan liberalisme. Hampir separuh novel ni berbentuk naratif iaitu himpunan kenangan, peristiwa dan dialog yang berlaku kepada watak utama, Ali Taqi, seorang pelajar sekolah menengah.
 
Ali Taqi dalam perjalanan dengan teksi daripada lapangan terbang ke kampungnya yang jauh di utara. Dalam perjalanan tersebut, dia banyak memikirkan isu murtad serta pluralisme agama setelah abangnya, Talha menjadi murtad.

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama".
 
"Pluralisme adalah produk liberalisme dan liberalisme itu pula adalah produk sekularisme. Sekularisme ini  dari awal lagi, mahu menjadikan manusia Islam murtad secara konsepnya."
 
"Sekularisme, istilah yang dicipta George Jacob Holyoake pada pertengahan abad ke 19, bermula sebagai satu sistem etika sosial yang bersikap neutral terhadap sistem kepercayaan agama. Faham ini berkembang dan menjadi antagonistik dan dengan jelas menidakkan peranan dan kepercayaan agama dalam apa jua bidang kehidupan"
 
Novel ni memang sarat dengan ilmu, sarat dengan penerangan, diskusi ilmiah dan perdebatan mengenai kenapa Islam menolak pluralisme dan liberalisme dan bahaya fahaman pluralisme.  
 
Menarik dibaca, untuk diskusi intelek.

Tuesday, 29 June 2021

Mari bercucuk tanam

Tajuk je gempak..tapi ciput je hasilnya... 
 
ini pun kakak yang tanam, mak yang rajin siram...
 
bayam brazil
 
Alhamdulillah, pokok kunyit dah besar daunnya
masa nak raya baru ni, dah ambik daunnya utk masak rendang ayam

inilah saja tanaman yang ada, urban farming..urbanlah sangat..hehe..
tak tau sampai bila nak work from home..

#staysafe everybody

Saturday, 26 June 2021

Drama China yang ada sebut 'buah durian' - Part 2

Assalamualaikum..sekarang ni musim buah durian..sana-sini nampak durian..

Tengok drama China pun ada durian. Ini entry Part 2, untuk Part 1 boleh baca di sini..

Jom tengok drama terbaru, drama tahun 2021 dari China Mainland yang ada sebut buah durian..

1. Miss The Dragon

Drama zaman dulu-dulu. Drama yang paling banyak sebut buah durian, daripada episod 1 lagi sampai episod 8. Ada dua produk durian dalam drama ni - candy durian dan biskut durian.

Tak sangka zaman dulu pun dah ada export buah durian ke negara China..hehe..siap puji lagi (a good thing) dan sebut dari Asia Tenggara..

Drama mengisahkan seorang dayang terjumpa seekor ular kecik yang tercedera di sebuah taman bunga. Dia bawa balik ular tu dan rawat di bilik tidur dia. Ular kecik tu sebenarnya Raja Naga (Dragon King) yang kacak.

Dia bagi ular kecik tu makan candy durian. Kelakar betul tengok reaksi ular tu...haha..

Ular tu nak muntah makan candy durian..haha..tapi tak jadi muntah..


Kali kedua, dayang tu bawa balik biskut durian pula. Dayang tu pelik kenapa ular tu suka makan durian.

Sebenarnya ular tu bukannya suka durian pun.

Episod-episod lain banyak scene/dialog mengenai biskut durian ni. Suami dayang tu pun suka makan biskut durian..


2. Love Scenery 

Drama mengisahkan percintaan junior (pelajar U) dengan senior dia (seorang penyanyi terkenal). Mereka juga couple dalam computer game.

Dalam episod 8, hero dengan kawan dia masuk pertandingan makan durian bakar (roasted durian) untuk dapat hadiah (plush toy).

Pertama kali tengok durian bakar..entah macamana lah rasanya..

pertandingan makan durian bakar dan minum air coke. 8 biji je..hehe..

surrender mereka berdua ni..kalau orang Malaysia, tak cukup 8 biji ni..

Drama ni not bad, suka aksi mereka dalam computer games. tapi fluffy sangat, belum habis menonton lagi..stop dulu, not good for your heart and mind..

 

3. My Dear Guardian

Drama mengisahkan percintaan, kerjaya, misi tentera, medical. Hero ialah kapten Special Forces dan heroin ialah doktor di hospital tentera. Action drama, memang best drama ni. Ala-ala kdrama Descendant of the Sun..tapi lagi intense plot drama ni..

Dalam drama ni, hero try buat kek durian untuk heroin. Hero tak suka durian, masa dia buat kek tu punyalah lilit muka sebab tak suka bau durian.

kek durian tak menjadi

akhirnya..jadi juga kek durian
 
hahaha..dah immune..
 
heroin paksa hero makan kek durian

ya betul..durian is delicious..
 
Recommended drama ni untuk tontonan..sebab best, suka military mission yang penuh aksi, penuh debaran..geram je tengok second couple..
 
 
Nampaknya durian ini femes betul di negara China. Bila tengok komen-komen di youtube, ada international fans yang tak tahu buah durian ni..
 
Harap-harap drama Melayu pun ada juga promote buah durian..ke tak payah promote sebab seantero Malaya dah tahu kesedapan buah durian..

Entry santai di hujung minggu..keep calm & eat durian..