Saturday, 26 June 2021

Drama China yang ada sebut 'buah durian' - Part 2

Assalamualaikum..sekarang ni musim buah durian..sana-sini nampak durian..

Tengok drama China pun ada durian. Ini entry Part 2, untuk Part 1 boleh baca di sini..

Jom tengok drama terbaru, drama tahun 2021 dari China Mainland yang ada sebut buah durian..

1. Miss The Dragon

Drama zaman dulu-dulu. Drama yang paling banyak sebut buah durian, daripada episod 1 lagi sampai episod 8. Ada dua produk durian dalam drama ni - candy durian dan biskut durian.

Tak sangka zaman dulu pun dah ada export buah durian ke negara China..hehe..siap puji lagi (a good thing) dan sebut dari Asia Tenggara..

Drama mengisahkan seorang dayang terjumpa seekor ular kecik yang tercedera di sebuah taman bunga. Dia bawa balik ular tu dan rawat di bilik tidur dia. Ular kecik tu sebenarnya Raja Naga (Dragon King) yang kacak.

Dia bagi ular kecik tu makan candy durian. Kelakar betul tengok reaksi ular tu...haha..

Ular tu nak muntah makan candy durian..haha..tapi tak jadi muntah..


Kali kedua, dayang tu bawa balik biskut durian pula. Dayang tu pelik kenapa ular tu suka makan durian.

Sebenarnya ular tu bukannya suka durian pun.

Episod-episod lain banyak scene/dialog mengenai biskut durian ni. Suami dayang tu pun suka makan biskut durian..


2. Love Scenery 

Drama mengisahkan percintaan junior (pelajar U) dengan senior dia (seorang penyanyi terkenal). Mereka juga couple dalam computer game.

Dalam episod 8, hero dengan kawan dia masuk pertandingan makan durian bakar (roasted durian) untuk dapat hadiah (plush toy).

Pertama kali tengok durian bakar..entah macamana lah rasanya..

pertandingan makan durian bakar dan minum air coke. 8 biji je..hehe..

surrender mereka berdua ni..kalau orang Malaysia, tak cukup 8 biji ni..

Drama ni not bad, suka aksi mereka dalam computer games. tapi fluffy sangat, belum habis menonton lagi..stop dulu, not good for your heart and mind..

 

3. My Dear Guardian

Drama mengisahkan percintaan, kerjaya, misi tentera, medical. Hero ialah kapten Special Forces dan heroin ialah doktor di hospital tentera. Action drama, memang best drama ni. Ala-ala kdrama Descendant of the Sun..tapi lagi intense plot drama ni..

Dalam drama ni, hero try buat kek durian untuk heroin. Hero tak suka durian, masa dia buat kek tu punyalah lilit muka sebab tak suka bau durian.

kek durian tak menjadi

akhirnya..jadi juga kek durian
 
hahaha..dah immune..
 
heroin paksa hero makan kek durian

ya betul..durian is delicious..
 
Recommended drama ni untuk tontonan..sebab best, suka military mission yang penuh aksi, penuh debaran..geram je tengok second couple..
 
 
Nampaknya durian ini femes betul di negara China. Bila tengok komen-komen di youtube, ada international fans yang tak tahu buah durian ni..
 
Harap-harap drama Melayu pun ada juga promote buah durian..ke tak payah promote sebab seantero Malaya dah tahu kesedapan buah durian..

Entry santai di hujung minggu..keep calm & eat durian..

44 comments:

  1. sedapnya durian.
    jom tukar link bloglist
    kembaraminda7.com
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for visiting here, dah masukkan dlm list..

      Delete
  2. Lawak pulak bagi ular makan candy durian & biskut. Itu makanan manusia. Lupa pulak ular jadian. Durian bakar macam pernah nampak orang Malaysia buat. Entah apa rasanya ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar reaksi ular tu..hehe..itulah rasa macam pernah dengar org Malaysia buat durian bakar tapi tak ingat kat mana..

      Delete
  3. Orang Tanah Besar China terlebih promosi durian.
    Hehe ada ke durian zaman dahulu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama mereka ada international viewers..mmg efektif promosi via drama..

      itulah kan..ada yang tak logik di situ..kot2 Hang Tuah pi ambik Puteri Hang Li Poh promosi buah durian sekali..hehe..

      Delete
  4. Tempoyak...pengat..wajik..apa2 yg berasaskan durian peberet akak..keropok perisa durian pun akak bedal haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..betul2 peminat durian ni...produk durian yg kureng minat ialah lempuk..

      Delete
  5. Syu suka durian.Tapi takdelah obses sangat.Takat makan seulas dua buat hilang kempunan tu boleh lah.Hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. durian mentah tu oklah kan makan 2-3 ulas...manis sangat..

      Delete
  6. Tak sangka ye durian famous di sana. Cerita nombor 3 tu macam best lah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama no. 3 best..cerita doktor2, askar...suspense, kelakar, aksi, romance..semua ada..

      Delete
  7. Hahaaa..xsangka durian dimana-mana..dalam negeri sendiri pn begitu..mana2 ada je durian ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. femes durian di peringkat international..dlm negeri lagilah femes, tak terbeli..mahal benor harganya..

      Delete
  8. Saya dah tak henti makan durian ni.. hari ni pun ada yang memberi durian lagi. Saya hantar sedikit ke rumah mak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki durian tak putus2..puas makan..

      Delete
  9. cite menarik... jemput singgah sini juga ya.. https://saripkay.com

    ReplyDelete
  10. wow menarik semua drama china dgn kisah durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik kak...rasa kelakar jg ada adegan ttg buah durian dlm drama China..

      Delete
  11. wah new info..bagus juga durian diperkenalkan merata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. promosi durian oleh Chinese dramas..hehe..

      Delete
  12. Aloloo...drama yang pertama tu nampak sangat comei. Nak kena tengok nih! 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama no. 1 tu oklah..tak habis lg menonton sbb kurang berkenan dgn plot cerita..

      the first 1-10 episod ok..lepas tu mcm boring sbb hero asyik kena selamatkan heroin je..

      Delete
  13. baru pas makan durian.pasni naik ler saham durian sebab dah terkenal seantero dunia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. org China je kot yg suka makan durian selain org Asia Tenggara..negara lain mcm tak berapa sangat..produk lain ok kot mcm aiskrim durian..

      Delete
  14. Famous gak durian ni dalam drama china hahaha.
    Yang drama my dear guardian tuuu nampakk macam best sebab ala ala DOTS hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..dah 6 drama China yg ada durian...hehe..

      My dear guardian tu sgt best walaupun ada watak yg annoying..lg best dari DOTS..lg intense plot ceritanya..

      Delete
  15. Done follow #289
    sudah dimasukan link dlm bloglist saya.
    tQ

    ReplyDelete
  16. Kita kat Malaysia ni tak penah merasa durian bakar…haha

    Setuju, patutnya drama/filem kita selitkan makanan kita. Kot la ada orang luar tengok…hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tak pernah try..lagi sedap kot durian bakar..hehe..

      kalau drama/filem kita ni femes, ada international viewers bestkan..boleh buat promosi..

      Delete
  17. Glamour betul buah durian.. hehehe
    Sha ada cuba tengok drama Miss The Dragon tu tapi bila tahu ending dia sedih, terus cancel.. hahaha.. Tengok yang part dia bagi ular kecik tu makan durian je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. org China suka sangat makan durian..

      tak habis lg tngok drama tu, dragon king tu kena jg heroin sampai 3 ke 4 dekad, setiap dekad cerita lain2..ntah rasa boring..ending sedih??..lg le malas nak sambung..hehe..

      Delete
  18. La, semua orang dah makan durian ke? Saya belum beli lagi. Hehe..
    Eh, durian mana bole makan dengan air coke. Movie kedua tu. :D
    Macam comel je, ular makan candy durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah rancak musimnya..sana-sini viral pasal durian..pesta durian le, durian penyebab covid le..

      ha'ah..drama kedua tu depa minum coke, mkn durian pulak..tak jadi apa2..comel ular kecik..

      Delete
  19. Replies
    1. depa tak biasa makan durian..tetiba kena makan, mcm2 reaksi..

      Delete
  20. Dasyat betul penangan durian. rasa seronok pulak bila tgk durian popular

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg popular durian di negara China..dah masuk drama lagilah popular seantero dunia sbb ramai international viewers..

      Delete
  21. Raja buah ni merata-rata org makan hehehe memang tak tahan baunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. popular di negara China...depa promosi..

      Delete
  22. Pandai promosi durian dalam drama, luas pasaran kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama China ada pasaran antarabangsa & fan base yg luas, medium terbaik utk promosi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!