Wednesday, 20 October 2021

Baru dapat merasa..

 Dah lama berada di pasaran, tapi baru dapat merasa..

 

Roti kelapa pandan Gardenia

 
enak sih..promote kat officemates..
kemudian try yang toast, enak juga 

Bubblebee honey ice-cream

 
 sedap juga..combinasi dengan cornflakes

beli di outlet Bubblebee di One Maxim Sentul

Tuesday, 19 October 2021

Salam Maulidur Rasul 1443H

 Salam Maulidur Rasul 1443H

Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Surah al-Ahzab (56)

Selawat dan salam keatas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W
keluarga serta sahabat-sahabat baginda..

Monday, 18 October 2021

Nasi Padang @ Takana Juo

Salam sejahtera di petang Isnin..

cerita makan-makan..

Dalam bulan April, teman ada buat entry tentang filem Indonesia berjudul Tabula Rasa, filem mengenai masakan Minang (Nasi Padang), boleh check link ni.

Tabula Rasa (2014) : Seputar Kuliner Nasi Padang

Dalam filem ni, restoran Nasi Padang tu namanya Takana Juo. Yang maknanya dalam bahasa Melayu ialah terkenang jua. Orang Minang ramai yang merantau ke di nusantara, akan terkenang kampung halaman.

Rupa-rupanya ada restoran Minang nama yang sama di Kuala Lumpur ni...hehe..

Kedai makan ni letaknya di sebuah lorong kecik, off Jalan Balau, di Jalan Gombak. Lorong tu pula cul-de-sac (lorong mati), nak keluar masuk kereta memang payah sikit le...

Haritu selesai urusan di Kampung Sungai Mulia, teman singgah di sini untuk makan tengahari.

Lorong kecik ke kedai makan, 
parking bawah pokok depan kedai
 
kedai yang simple
 
kedai ni ada dua bahagian, kat luar tempat makan
kat bahagian dalam tempat ambik lauk-pauk
 
 
 bahagian dalam tempat ambik lauk-pauk
gulai keting - feveret dish takde
 

masak lemak jering (jengkol)
signature dish masakan Minang 

ambik ni je..ayam kampung, ikan kering
sayur kacang panjang, sambal sikit & air kosong
kena RM10..huhu..
 
 
Cerita lain masakan Minang :