Tuesday 28 May 2019

Pantai Batu Burok

Aktiviti di Kuala Terengganu pada hari Sabtu diteruskan ke Pantai Batu Burok.

Balik dari Pasar Kedai Payang, berehat di hotel. Cuaca panas, depa cakap dah lama tak hujan. Pukul 3 lebih, baru nak cari makan. Hasrat hati nak makan nasi kerabu paling sedap di dunia (mokcik driver teksi airport yang cakap) tapi bila riki-riki, rupanya kedai buka pagi sampai tengahari, petang tutup.

Diskus-diskus, cadang nak gi Pantai Batu Burok. Tengok kat grab, ada food court di sini. Makan nasi campur. Dah makan, gi jalan-jalan di tepian pantai.

 untuk kanak-kanak

Ramai yang berjualan keropok lekor, gorengan, nira kelapa, pelbagai jajan. Pengunjung pun ramai, berehat bersama keluarga di hari cuti. Beli keropok lekor, makan di tepi pantai.

Banyak aktiviti di pantai ni, bermain layang-layang sudah semestinya. Boleh naik kuda, kereta kuda, kereta dari tong drum. Meriah!!


 kereta kuda

 layang-layang

let's fly the kite


kereta kuda lagi

Kami cuma berjalan, menyusuri pantai. Sampai di kawasan A&W. Ada jualan ditepi jalan.


aiskrim gulung
pernah tengok kt pesta makanan Thai

keropok lekor pun dicelup tepung

Berjalan lagi, sampai di deretan kedai makanan. Singgah di sini. Nak tapau makanan untuk dinner pula. Singgah di Kedai No. 4. Ada jual seafood celup tepung dan coconut shake setambung.


Apa yang setambung? coconut shake nya. Tudia, setambung. Yang tak best, air batu nya tak dikisar, tak diblend..coconut shake terengganu style..

harga RM7.00

pilihan ramai

Beli juga yang celup-celup tepung ni.


Dah beli, ambik grab ke hotel. Malam, dah tak keluar.

14 comments:

  1. Pantai Batu Burok destinasi wajib kami anak beranak kalo balik teganu, macam2 ada kan, tinggal keluarkan duit jer.
    Setambung tu maknanya penuh merumbu macam bukit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, meriah dgn aktiviti...mmg setambung betul coconut shake nya..aiskrim sampai 3 scoop..

      Delete
  2. Teringin nak main layang2. Kecik2 dulu, buat layang2 sendiri.. koyak kertas dari buku sekolah bahagian tengah je. Confirmlah tak naik2 kan, tapi tetap seronok berlari keliling padang

    ReplyDelete
    Replies
    1. layang2 kt sini kalerful, nmpk best main tepi pantai sbb ada angin, cantik layang2 berkibar...

      kecik2 dulu, suratkhabar pun jadik, guna tali rafia..hehe..

      Delete
  3. PANTAI BATU BURUK MMG CANTIK..RASANYA NK BERAYA KE TEGANU TAHUN NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik pantainya..bersih & halus pasirnya...best kak, raya teganu..

      Delete
  4. Terkenang cari remis di pantai batu buruk ini dulu. Sekarang ini tak tahu masih ada lagi ke tak remis di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..ada banyak remis di sini..tk nmpk org kutip remis, dah takde kot..

      Delete
  5. Baru tahu ada jugak keropok lekor celup tepung ya...
    Teringin gak nak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah first time jumpa...tak best le celup tepung, suka yg asli..

      Delete
  6. wah.. kopok lekor pun celup tepung juga.. menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time jumpa nih..patut dicuba..hehe..

      Delete
  7. senang kan skrng.. naik grab je hehe.. xyah susah2 nak drive =D
    alahai rindu Terengganu.. masa arwah ayah ada memang each year wajib ke sana.
    mak ayah suka sangat Terengganu =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah nk ke mana2, pnggil grab, dtg ambik..hehe..
      Terengganu best, makan pun sedap..tentu byk kenangan di sini..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!