Thursday 16 May 2019

Taman Tamadun Islam & Kg Losong

Sambung aktiviti jalan-jalan di Kuala Terengganu.

Dari Muzium Negeri, bergerak ke Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man.

Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.
 
Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia. Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India). Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.

sumber : MPKT

Ikon TTI ialah Masjid Kristal. Kami cuma ziarah ke Masjid Kristal. Tapi tak dapat masuk sebab ada kerja-kerja renovation.

ada imam & bilal

Masjid Kristal

motif bunga

Kawasan yang ada monumen replika tu di kawasan khas, dikenakan bayaran. Masa tu ada promosi RM17.00 je tapi semua ahli jemaah malas nak pi, dalam kepala nak gi Pasar Payang je, so tak pergi le tengok monumen tu semua.  Ada juga river cruise, pun malas nak gi.

 bayaran utk taman monumen & river cruise

Dah semua tak pegi, jomlah meneruskan perjalanan membeli keropok lekor di Kampung Losong. Layan rumah-rumah di sepanjang jalan.

 rumah Terengganu - memang atap style macam tu kot

comel rumah ni

Dah beritau pada pemandu teksi tu yang kami nak beli keropok di Kampung Losong. Ingatkan orang tempatan tahulah mana tempat nak beli, tetiba dia tanya nak beli kat mana? bhahaha....my sister cakap berhenti lah kat mana-mana kedai pun boleh..dah nak sampai ke hujung kampung..so berenti lah kat kedai ni..

 KML Food Enterprise

Di seberang jalan depan kedai ni ada rumah klasik dan antik

rumah tradisional - milik siapakah rumah ini

Dah sampai kedai, terus shopping spree keropok lekor, keropok kering, sos pencicah..untuk sendiri, untuk adik-beradik


dua jenis - yang rebus & yang goreng

favourite nih - yang rebus

 beli ni juga tambah stok, 
yang kat rumah ada 2 bungkus belum digoreng

 sos pencicah tidak dilupa

tester
 
Sambil tunggu mother & sister membeli, check lokasi Rumah Warisan Haji Su. oo..dekat dah, selang dua lot je dari kedai ni. Mother pulak tak bagi pergi..huhu...kecewa..

Meneruskan perjalanan ke bandor, ke Kampung Cina.


Bersambung..

14 comments:

  1. Dah sampai ke Taman Tamadun Islam, ngapa tak pegi masuk jelajah saja... jauh-jauh datang... Nie teman kongsikan entry masa teman jenjalan kat Taman Tamadun Islam tu...

    Taman Tamadun Islam - Taman Monument @ Monument Park

    Taman Tamadun Islam - TTI River Cruise

    ReplyDelete
  2. Cantiknya masjid kristal 😎

    ReplyDelete
  3. Sha masa pergi dulu pun tak masuk taman monumen tu.. dah yg lenlain tak nak masuk, takkan nak masuk sensorang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila lenlain tk nk masuk, kita pun terpaksa ikut...sayangkan dah sampai, tak gi melawat monumen2 tu semua..

      Delete
    2. Betul tu.. rasa macam rugi lak tak masuk.. tengah rancang nak gi lagi kalau ada rezeki..

      Delete
    3. memang kena gi lagi nih..hihi..

      Delete
  4. keropok lekor tu tergugat
    pose2 ni
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..keropok2 lekor tu semua sedap2 belaka..

      Delete
  5. ya Allah yang rebus !!!! nikmat. panas2 tu celup sos merah tu ngap. sedappppnya !!

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!