Sunday 15 September 2019

Ayer@8, Putrajaya

Bulan lepas ada kerja di Ayer@8 di Putrajaya. Pertama kali ke sini. Menarik juga konsep bangunan perniagaan ni..


Dua blok bangunan

Sementara menunggu appointment dengan klien pukul 2.30 petang, mencari port untuk makan tengahari. Banyak pilihan restoran, kami pilih untuk makan nasi campur di Serabei.  

 Serabei yang jual nasi campur

Dah habis makan nasi, berjalan ke kedai sebelah yang ada tulisan Serabei juga. Rupanya Serabei ni ada dua kedai. Sebelah-menyebelah. Satu jual nasi campur, satu lagi jual makanan goreng-goreng dan juga kuih serabei. Teringin nak merasa kuih serabei, kami masuk ke Serabei yang satu lagi..

 Serabei yang menjual kuih serabei & masakan panas

pelbagai pilihan menu

signature desserts

kuih serabei - kuihnya tawar cicah dgn sekaya

kuih lompat tikam

Makan tengahari sudah, desserts pun sudah, jom kita jalan-jalan melawat kawasan di Ayer@8 ni. Banyak kedai makan, restoran, ada juga kedai emas di sini.

Kedai-kedai menjual tudung & perhiasan wanita

Turun ke tingkat bawah. Di sini lagi happening, sebabnya mengadap tasik. Ada banyak restoran juga, tapi kebanyakannya di buka di waktu petang hingga ke malam. Ada kedai ni..

boleh sewa pelbagai kenderaan utk bersantai ditepi tasik
kereta kayuh

basikal

beca

 monumen alaf baru

Masjid Sultan Zainal Abidin @ Masjid Besi

view Masjid Besi dari tingkat atas

Kerja sudah selesai. Masa untuk tea time pula sebelum balik ke pejabat. Kita ke restoran Thai yang ada lambang macam Thai Airways. 

 ada pelbagai jenis kuih-muih, pengat, bubur dan manisan lain
ada juga pulut mangga

menariknya badak berendam & puteri mandi

 puteri mandi & jus serai

 puteri mandi yang marvellous..secukup rasa..

Highly recommended kedai ni untuk minum petang. Masa pergi Royal Floria haritu, singgah disini untuk minum petang, makan bubur chacha. Sedap, memang terbaik.

Secara keseluruhan, banyak pilihan untuk aktiviti makan-makan di Ayer@8..check it out.

24 comments:

  1. seronoknya jadi officemate kak nohas ni, habis dijelajah semua alang-alang dah sampai.Sesetengah orang nak balik terus je. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. officemate ok, sama2 enjoy tmpt baru..hehe..letih kerja, kena byk berjalan..kita minum dulu..

      Delete
  2. Laa macam tu ka rupa kuih serabei dengan lompat tikam? Baru tau ni hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali jg tengok kuih serabei mcm ni...pernah beli kt pasar mlm, kuih serabei versi manis yg tkde kuah pencicah..mkn begitu saja..

      Delete
  3. hari tu ada lalu tapi tak sempat singgah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk tmpt makan di sini...next time boleh singgah..

      Delete
  4. wah habis dah jelajah Ayer 8 ya. Orang putrajaya pun pun tak habis jelajah pun. Banyak je kedai kat situ tak dan nak layan satu demi satu. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. part of the job mmg kena jelajah property yg nak dinilai & take photos..yg lain2 tu kerja sampingan..hihi..byk restoran & butik, best gak jalan2 di sini..

      Delete
  5. Serabei ke bukan serabai? Hehe..pernah dengar, tapi tak pwrnah tengok, makan apatah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jg yg panggil serabai...jarang jumpa kuih ni..

      Delete
  6. Replies
    1. mmg best..angin sejuk dari tasik bertiup lembut....waktu malam lg heppening katanya..

      Delete
  7. Replies
    1. menarik tempat ni utk bersiar-siar bersama keluarga..

      Delete
  8. Menariknya... lebih2 lagi kedai Thai tu... tak pernah tahu pun pasal Ayer@8 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih-muih kt kedai Thai tu sedap2 belaka...boleh singgah kalau ke Putrajaya..

      Delete
  9. Tak pernah cuba serabei tu.. nampak menarik..
    Wah ada kenderaan kayuh.. best nie bawa anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik ut dicuba...ada byk jenis kenderaan kayuh, ada yg sesuai utk kanak2..

      Delete
  10. Ahahaha..JM yg dokek ni pun..kalau pergi ayer8 tu sbb pegi bank jek..kedai makan serabei pun x pernah masuk....kedai2 mkn lain ada jgk masuk tp sekali jek la pastu x pegi dah..mlm2 nyaman jek jalan tepi tasik kat bwh tu tp x pernah pun kuar mlm ke sana 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dokek boleh gi bila2 teringin, yang jauh ni bila dah sampai kena explore..hihi.tapi Ayer@8 ni best konsepnya..teringin gak nak gi waktu malam..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!