Sunday 8 September 2019

Royal Floria Putrajaya 2019

Salam hari minggu...
 
Semalam hari Sabtu, saya, mak dan kakak berkunjung ke event yang berwarna-warni, berbunga-bunga - Royal Floria Putrajaya 2019. Mother of Gardens. Orchids & Bonsai. Tema tahun ni ialah bunga orkid dan juga bonsai.


Lokasi Royal Floria 2019 ialah di Taman Botani Putrajaya, Presint 1. Luas taman botani ni 93 hektar termasuk tasik. Taman ni dah sememangnya cantik dengan landskap, bertambah-tambah cantik bila diserikan pelbagai dekorasi, bunga-bunga dan pop-up taman.
 
Bertolak dari KL pukul 8.00 pagi, guna Maju Expressway, sampai di Putrajaya pukul 8.40 pagi. Tengok dah ramai orang, rupanya ada Floria Fun Run 2019.

pokok bunga ati-ati

Nak menyampai ke kaunter tiket, lalu di gerai-gerai menjual pelbagai pokok-pokok, ada pokok bunga, pokok herba, pokok kaktus, pokok ulam-ulaman. Pokok orkid yang paling banyak dijual.


Bayaran masuk untuk warganegara Malaysia ialah RM5.00, warga emas RM3.00. Dibuka pukul 10.00 pagi, terpaksalah menunggu, jam baru pukul 9.00 pagi. Kaunter tiket pun belum dibuka, Sementara menunggu, godek-godek website Floria, beli tiket online sebab malas nak beratur.

Dah 10.00 pagi. Jom kita beriang-ria di Royal Floria. Pertama kali ke event ini dan juga Taman Botani Putrajaya. Event yang menempatkan pelbagai jenis pop-up taman dari negeri-negeri, pihak berkuasa tempatan, universiti-universiti. Yang pertama ditempuh ialah Pahang Royal Garden.
 
Pahang Royal Garden ditepi tasik

Berjalan di atas platform kayu, kelihatan sekawan itik berenang riang.


Landskap taman oleh universiti-universiti tempatan


Berjalan lagi mengikut jalan landai. Tak naik bukit-bukit di sebelah kanan, tak larat.

 
pop-up garden by Majlis Bandaraya Petaling Jaya 

beli air kelapa, duduk minum di tepi tasik di pameran Community Garden ni

Community Garden oleh kejiranan Presint 1 kot, tak ingat

 untuk kanak-kanak, ada juga basikal untuk disewa

batu bersurat Terengganu

garden by DBKL ..tempua bersarang rendah

Avillion Sepang dari tempurung kelapa

Pameran di kawasan landai, di tepi tasik berakhir di sini. Kena naik bukit untuk ke kawasan pameran yang lain. Berehat dulu.

kawasan foodtruck berjualan

Mother dah tak larat, so berpatah balik ke tempat buggy.

gerai-gerai

Alhamdulillah, dapat naik buggy. Tambang RM5.00.

pemandangan dari atas buggy

buggy naik bukit ke kawasan FAMA

di sini semua penumpang kena turun. Kawasan FAMA ada jualan buah-buahan dan juga foodtruck. Ramai yang makan durian, air kelapa muda dan buah-buahan lain. Kerusi meja di sediakan di kawasan redup di bawah pokok-pokok. Ada juga cafe dan servis refleksologi. Kami cuma beli keropok lekor dan makan di Taman Pepanjat (Vineyard Garden). Sejuk dan nyaman..



tengok ada signage Rose Garden. On the way ke Rose Garden, ada rumah ahli sihir..haha..ahli sihir omputih. Siap ada periuk rebusan..hihi..

rumah ahli sihir

Mother malas nak teruskan perjalanan, berpatah balik, nak cari toilet. Sister ikut mother. saya teruskan perjalanan ke Rose Garden.

 laluan ke Rose Garden

sampai di sini je, tak gi pun Rose Garden

Berpatah balik ke tempat tunggu buggy. Lama gak tunggu buggy. Orang semakin ramai. kena berebut ni, kalau tak kena tunggu lagi lama.

buggy

Pukul 12.30 tengahari baru sampai satu buggy. Alhamdulillah, dapat tempat duduk.

Dah malas nak jalan-jalan lagi, kena naik bukit kalau nak tengok pameran yang lain-lain, kami pun bergerak pulang. Sebelum balik, makan di khemah yang menempatkan gerai-gerai jualan makanan.

Secara keseluruhan, menarik juga event Floria ni. Cuma cuaca yang berjerubu memanaskan keadaan. Kalau pergi di waktu malam, lagi menarik, ada pesta lampu, ada pameran lampu stail Avatar. 

In shaa Allah, tahun depan boleh ke Floria lagi.

22 comments:

  1. Event ni berapa lama? Menarik betul tengok bunga-bunga yang ada. Teringin nak jenjalan. Tapi, itulah. Fulus sendiri tak ada lagi. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni 8hb habis..in shaa Allah, tahun depan ada lg, boleh plan..

      Delete
  2. Acaner kat M'sia ada rumah ahli sihir?

    saya suka tengok bunga-bunga... terutama rose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..just for fun kot..

      tgk bunga2 satu terapi..rasa gembira je..

      Delete
  3. Bestnyaaa teringin nak pergi juga tapi jauh huhuhu, lambat lagi plan cheq nak turun KL 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jg rombongan dari negeri2 lain..sambil2 tu jln2 putrajaya..

      Delete
  4. cantik. tapi tak berkesempatan nak datang. ini datang boleh update instagram ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun baru pertama kali ke floria....takde instagram..huhu..

      Delete
  5. Lokasi baru ni.... alaaaa tahun ni tak sempat nak pergi tenguk....selalunya tak miss. Kalau tenguk keadaan semakin besar kawasannya dan semakin banyak bukit bukaunya...ahakss.. apa pun cantik jalan ke taman rose tu. Tenguk bunga hati pun bermunge-munge. hehehehe terapi minda dan jiwa juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali ke floria, dah 11 tahun baru nak pi..cantik tempatnya, ditambah dgn hiasan floria bertambah cantik...tapi kwsn berbukit-bukau, tk larat nak mendaki, cuaca panas..naik buggy je..

      sebenarnya cari tmpat Yang Dipertuan Agung berpegangan tangan tu..rasanya kat Rose Garden...terapi minda tengok bunga, tasik..

      Delete
  6. wahhh best nye pergi event macam ni.. memang sedap mata memandang. kemas teratur je bunga2 diorang ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best melihat bunga-bunga pelbagai species..dgn kawasan yg indah lg nyaman di tepi tasik..

      Delete
  7. Bestnya cuci-cuci mata kalau Mrs. A wajib naik buggy ni jalan-jalan lama-lama lutut belah kanan kondem huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun jalan2 kwsan landai je, yg bukit2 tu tak larat nak daki...naik buggy jg tapi buggy tak lalu kawasan pameran di atas bukit..huhu...

      semoga cepat sembuh..nak main netball nih..

      Delete
  8. bestnya.. cantik dan menenangkan bila tengok bunga dan pokok-pokok ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best event ni, pertama kali pergi...terapi minda, exercise kaki..hihi..

      Delete
  9. mesti cantik kan rose garden tu. Saya dan mak suka tengok bunga-bunga tapi tulah kalau bawak dia takut tak larat jalan jauh-jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tak sempat nak gi rose garden...memang kena banyak jalan, mendaki bukit kalau nak tengok semua garden, buggy cuma jalan ditepi saja..

      Delete
  10. MERIAHNYA FLORIA DGN PELBAGAI FLORA CANTIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kak..taman botani ni dahlah sediada cantik..

      Delete
  11. Floria ni tiap2 tahun..last year pergi tp lokasi kat presint 3..so this year dh malas 😬 mmg x mengecewakan la kalau pergi..landskap lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk baru pertama kali ke event ni..dah yg ke-11..mmg betul, cantik landskapnya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!