Tuesday, 19 November 2019

Hat Yai : Kim Yong Market

Sarapan sudah, jom kita meronda bandar Hat Yai..jalan kaki ke Kim Yong Market.

Nipatuthit 1 Rd

kedai jual langsir

 Kim Yong Market

Tujuan utama ke Kim Yong Market nak beli kacang-kacang dan juga paste tom yam, untuk makan sendiri dan juga untuk souvenirs. Pasar ni dua tingkat. Mula-mula ronda tingkat satu. Di tingkat satu, banyak kedai jual barangan elektrik.

 meronda di tingkat satu
 
Buat tawaf satu pusingan di tingkat satu, takde beli apa-apa, turun balik ke tingkat bawah. Wallawei, banyak betul kedai jual kacang-kacang, kerepek-kerepek.

pistachio, walnut, gajus

kat kedai adik ni borong paste tom yam
dapatlah yang botol besar dengan harga THB 130 sebotol

macam-macam ada

borong-borong

barangan dari Malaysia

buah kurma dan buah berangan (yang peket kuning)

Di pasar ni, tak kira peniaga Muslim atau non-Muslim, ramai yang menjual buah kurma kering dan juga buah kurma asli, yang belum dikeringkan. Buah berangan goreng pun banyak dijual.

Dah selesai membeli-belah, keluar je dari dalam pasar, tengok di luar hujan turun. Duduk di tangga sementara menunggu hujan seriat (vocab orang utara), sambil-sambil tu jalan-jalan cuci mata tengok gerai. Sempat le sambar sepeket dua kacang, buat tambahan..

Hujan dah berenti, jalan kaki balik ke hotel..hohoho..

22 comments:

  1. Hehe terliur pulak tgk berbagai jenis kekacang tu..

    ReplyDelete
  2. ada jugak pegi pasar kat hat nyai hari tu tapi tak tau nama apa. ronda dalam tu sekali lalu je x beli barang sebab tak muat motor dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena gi naik kereta lepas ni..hehe..kt HatYai banyak beno pasarnya..

      Delete
  3. kudap-kudap tu wajib beli , boleh buat kunyah-kunyah nanti . Hehehe , paste tom yam tu saya pernah guna . Sedap tak payah tambah garam or perasa lain dah . Kalau tambah susu pekat sesudu atau dua lagi mengancam rasa dia .

    ReplyDelete
    Replies
    1. my mother belum pergi lagi dah kira nak beli berapa botol paste tomyam, nak bagi kat anak2..huhu..mmg sedap paste tomyam thai ni..kegemaran ramai..

      Delete
  4. Wahh... Yang ini best.. Macam-macam rasa nak beli kalau pergi area makanan kering macam ni. Paling nak beli kekacang tu lah. Seronoklah boleh jalan-jalan dekat dengan tempat penginapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..rambang mata, macam2 nak beli especially kacang2 tu..lokasi pasar2 kebanyakan dekat2 je..

      Delete
  5. Pergi Hadyai mmg wajib beli kacang gajus... pes tomyam... pulut dan mee utk buat kerabu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..mee je tak beli, yg lain2 tu mmg borong especially paste tomyam..

      Delete
  6. Hemmphh kalau cheq kat situ mesti nak borong pistachios dan biji janguih banyak2 punyalah 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg favourite dua tu..beli utk makan sendiri..hihi..

      Delete
  7. Seronoknya tengok makanan banyak-banyak macam tu. Yang suka kunyah-kunyah mesti suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambang mata, rasa nak beli semua kacang2 yg ada..

      Delete
  8. memang wajib borong!! hantu kacang suka dtg sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambang mata..kacang2, kerepek buah2an, rasa nak borong semua..

      Delete
  9. Menarik la area ni...kalau SA mmg memborong la kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, tak dpt menahan diri..mesti nak borong kacang2..

      Delete
  10. patutla tom yam dorang sedap..paste dia tu mmg x de jual kat msia eh..adehh sedap sgguh...satu lagi wajib beli biji gajus...tapi mahal la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jual di msia tapi mahal lah sikit...kacang gajus THB 320 (RM45) sekilo, mahal gak lah kan..tapi cuma beli sikit2..yg dah siap pack..jadilah buat makan sendiri..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...