Memulakan catatan kenangan family trip ke Hat Yai, Thailand. Trip penutup tahun 2019.
Flight ke Hat Yai Airport smooth je, dengan sikit turbulance. Sampai di airport, proses imigresen dibantu oleh pegawai yang comel lote yang check arrival/departure card.
Keluar je pintu arrival, terus nampak yang ni. fuhh..apakah ini dong?
Raja Thai - King Maha Vajiralongkorn
Tak tahu lah acara apa ni. Ada buku warna emas di belah kanan, ada pen juga. Untuk tulis kata-kata ucapan kot, ntahlah tak tengok pun buku tu.
Terus berjalan ke arah pintu keluar, ada booth teksi. Ambik teksi ke Hat Yai town. Sepanjang jalan, penuh dengan gambar king. Nak kata birthday, bulan Julai birthday dia, nak kata coronation day, bulan Mei (siap check internet...hahaha). Mungkin King buat lawatan rasmi ke daerah Hat Yai ni gamaknya.
Long live the King
Dah check-in hotel, freshen up, baring-baring, rehat-rehatkan diri, kemudian keluar jalan-jalan cari makan. Tempat yang dituju ialah pasar malam yang famous di Hat Yai, iaitu yang depan Lee Gardens Plaza Hotel.
On the way ke plaza, ramai dah buka gerai jualan. Majoriti peniaga Muslim. Halalan toyibban.
udang galah dan ayam goreng
gerai roti
Dekat nak sampai ke plaza, hujan renyai-renyai. Maklumlah pergi di bulan November, nak masuk musim tengkujuh, maka hujan lah selalunya.
Masa ni masih petang, belum ramai lagi peniaga
Jalan-jalan dalam Lee Gardens Plaza dulu. Cuci mata. Lee Gardens Plaza ada hotel dan juga shopping mall.
cute chocolate
kenangan zaman belajar..huhu..Boots takde kat Malaysia
Turun di tingkat bawah pula, nak cari supermarket sebenarnya. Nampak food court, decided untuk makan di sini sebab selesa. Tak ramai orang. Budak-budak dah berlari ke sana kemari, main kejar-kejar.
Ada dua kedai halal, satu masakan panas, satu lagi kedai roti canai
kedai muslim
Saya order nasi goreng tomyam seafood. Kureng sikit rasanya. Yang kat Malaysia lagi sedap..hihi..harga THB 60 (RM8.40).
Dah selesai makan, pi jalan-jalan di luar, jamu mata, tengok apa yang best.
deretan gerai-gerai
Dah selesai makan, pi jalan-jalan di luar, jamu mata, tengok apa yang best.
deretan gerai-gerai
makanan wajib - pulut mangga
sate ayam
Beli udang galah goreng, 10 ekor = THB 300 (RM42), teringin nak rasa, tapi bila tengok penjual tu goreng balik, kasi panas, minyak goreng punyalah hitam. redho je lah. kakak beli pulut mangga. Tapau, makan di bilik hotel.
makan secara berjemaah, meratah udang galah
Singgah gerai buah kelapa, nak beli aiskrim kelapa
aiskrim kelapa dengan pelbagai topping
harga THB 50 (RM7.00)
Alhamdulillah, acara makan-makan di sini sangatlah meriah. siap duit je.
kalau baca travelog orang ke Hatyai ni memang keje telan ailiooo jele jawabnya. tingin nak pegi tapi tak pegi2 lagi bahaha.. memang takleh lari la dengan makanan2 diorang. the pulut mangga tu ohhhmai !!
ReplyDeletePenang dah dekat,weekend getaway pun boleh..hehe...Thai foods mmg sedap..pulut mangga yg terbaik..kegemaran ramai..
DeleteBelum sampai lg hatyai...sedapnya makanan kt pasar mlm tu
ReplyDeletesedap,kak..harus dicuba kalau ke Hatyai..
DeleteMemang merata nampak gambar raya dorang... Rakyat Thai memang sayang raja mereka dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan raja kekawasan kediamanan mereka.
ReplyDeleteMemang tak boleh tahan tengok udang galah besar-besar yang di jual di gerai2 tepi jalan tu.
lupa..depa sambut perayaan Loy Krathong malam Isnin tu..betul,rakyat Thai mmg sayang king mereka...
Deleteterliuq tengok udang2 besar..hehe..
Oh lupa... jumpa ramai org M'sia kat area Lee Garden Plaza tu... nohas tak nampak saya.. hheheheh.
ReplyDeleteooo..ada kt situ malam Sabtu tu ke?..hehe..jln menonong je sbb hujan..Isnin malam baru jln santai2 sbb tak hujan..Isnin malam tu ramai orang malaysia kt area Lee Garden..
DeleteSEDAPKE UDANG GALAH HATYAI
ReplyDeletesedap jg kak..
Deletesekarang ni musim orang malaysia ke thailand kot. ramai bebenor rakyat malaysia ke sana.
ReplyDeletesbb dekat kot, duit pun murah jg compared to Singapore..
DeleteMemang meriah betul makanan dekat Night Market tu. Keliur tengok. Kalau dapat pergi, maunya semuanya saya nak beli. Hahaha.
ReplyDeletemmg terliuq tengok udang galah melonggok mcm tu..hihi..yg pulut2 tu mmg kureng sikit, adik & anak saudara yg suka..
Deletecomel food court tu. saya kalau gi sini boleh naik berat.
ReplyDeleteaktiviti makan2 street foods mmg sangat best..takpe, lepas makan kita exercise jalan kaki..hehe..
Deletemacam manis jer penjual perempuan tu...
ReplyDeleteyang lain tak berminat sangat hehehehe
ohohoo..nmpk yg manis2 je..haha..saya minat makanan je..hehe..
Deletetak tahan tgk udang tu
ReplyDeletememanggil - manggil
terliuq hihi
udang galah tu mmg terliuq tengok...dah target nak beli masa tengok blogger2 lain dok share..hehe..
Deletekalau pergi pasar mlm ni mesti carik pulut mangga dan udang galah tergolek tu hihih
ReplyDeleteterliuq tengok udang galah tergolek..hihi..
Delete