Tuesday 5 November 2019

Kenangan di Sri Utusan

Assalamualaikum..

Kita semua dah sedia maklum akhbar Utusan Malaysia dan Utusan Melayu edisi cetak sudah tiada lagi di pasaran. Sudah tamat penerbitan pada 9 Oktober 2019. Yang tinggal hanyalah suratkhabar lama dalam gerobok di dapur.

Sekarang ni, membaca suratkhabar fizikal sudah jadi a thing of the past, sesuatu yang boleh diceritakan kepada cucu-cucu, generasi milenium. Mungkin ada yang akan bertanya,  apa tu suratkhabar, tok? jom pi tengok kat muzium...

Bila dengar khabar Utusan dah berhenti operasi, teringat pada ucapan CEO Nokia, "we didn't do anything wrong, but we lost". Zaman berubah dengan pantas. Tapi masih ada lagi suratkhabar fizikal yang masih bertahan.

Berpeluang ke kilang Utusan di Bandar Baru Bangi pada bulan Januari lepas, hati rasa sayu. Masa ni dah terdengar desas-desus tentang penutupan Utusan. Abadikan disini sesi mengimbau kenangan di Sri Utusan, Bangi.

 Sri Utusan

 tinggal kenangan

dirasmikan oleh Dr M

pintu masuk utama

Di ruang foyer tingkat bawah ni menempatkan sejarah Utusan Melayu dan juga mesin-mesin pencetakan lama. Sungguh vintage dan klasik.

 bekas pengerusi Utusan


 Yusof Ishak - founder & first chairman


Mr Yusof Ishak ni juga ialah Presiden Singapura yang pertama dilantik pada 9 Ogos 1965, selepas Singapura berpisah dengan Malaysia. Jadi Presiden Singapura hingga tahun 1970.

bangunan Utusan Melayu di Singapura
 
ada yang kenal dalam gambar ni? TS Muhyiddin Yassin masa muda

jom tengok mesin-mesin pencetakan yang klasik & vintage..super cool..

Mesin Linotype Rumi digunakan pada tahun 1965 - 1977
sebelum penggunaan komputer, semua proses awal penerbitan akhbar dilakukan secara manual seperti menyusun huruf, paste-up, typesetter dan gambar

Enlarger digunakan untuk mencetak gambar hitam putih pada tahun 60an

Mesin Lud Low untuk buat tajuk-tajuk berita
digunakan pada tahun 1965 - 1977

Mesin Lynotype Jawi


tinggal kenangan zaman manual

Bersantai minum petang di cafeteria

You didn't do anything wrong..so long UM..

38 comments:

  1. Begitulah bila teknologi mengambil ruang dlm kehidupan manusia...byk perkara hilang satu demi satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dunia bergerak pantas..dah zaman digital..

      Delete
  2. Suratkhabar yang lain pun hidup segan mati tak mahu je kak..tu yang saya tanya keje kosong. Tapi tulah nak tulis resume makan masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..kalau ada resume, bolehlah submit ke HR..kalau ada kosong, depa akan panggil kalau sesuai..

      ramai yg dah tak beli akhbar edisi cetak, dah beralih ke online..

      Delete
    2. NST masih berkeras nak teruskan print. Tak taulah bertahan sampai bila. Saya nak email akak tapi tak tau alamat. nanti email saya ye kat salbiahm85@gmail.com. Nak tau jugak akak company apa. Huhu

      Delete
    3. NST pun dah jual bangunan di Bangsar & Bkt Jelutong..hopefully, masih bertahan, akk lebih suka baca edisi cetak..

      ok, nanti akak email..

      Delete
  3. Dah lama tak beli dan baca surat khabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama,dah lama tak beli, cume baca di pejabat je..

      Delete
  4. bila zaman serba canggih ni
    yg lama dilupakan...
    syg sgt utusan ditutup
    ya la kita dpt info pun dari online je

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman berubah, sekrg semua nk paperless, information di hujung jari...kini baca suratkhabar fizikal dah tinggal dlm kenangan..

      Delete
  5. Sayangnya utusan, dari kecik membacanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..dari kecik dah kenal utusan malaysia, mingguan malaysia...nostalgia..

      Delete
  6. sedih jugak perasaan sebab mengenangkan para pekerja utusan tu la. semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah Taala

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya pergi ni pun dah tak ramai pekerja..bhg majalah bangunan dah kosong..ya,betul, semoga mereka diberi rezeki yg lebih baik..

      Delete
  7. Memang sedih bila mengenangkan UM yang gah suatu ketika dahulu jatuh tersunggur jua akhirnya.
    Adehh! over ko Mrs. A hoi.
    Mrs. A pun baca yang bercetak kat office je.
    Kadang-kadang mintak yang recycle nak buat alas itu ini kat rumah hahahaa...
    Mungkin sedikit hari lagi nak buat bungkus nasi lemak pun dah takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UM ni kira legend, seblm merdeka dah ada...sedih gak kan bila dah takde..yg lama2 mmg selalu buat alas itu, ini, lapik siang ikan le...huhu..tak lama lg takdelah nasi lemak bungkus dgn suratkhabar..semua tinggal kenangan..

      Delete
  8. tolong comeback utusan dan perbaharui semuanya. pergi ke arah digital

    ReplyDelete
    Replies
    1. utusan online pun dah tak beroperasi, akan kembali katanya..

      Delete
  9. sedih la bila x mampu baca Mingguan Malaysia lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 menunggu hari ahad sbb nak baca Pacaindera..hehe..

      Delete
  10. Seri utusan ini dulu menempatkan mesin percetakkan dan pejabat untuk bahagian majalah2 seperti Wanita, URTV, Mastika, Saji dan beberapa lagi. Untuk akhbar seperti Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia dan Utusan Online pejabatnya di Jln Lima/Jln Enam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa sy pergi ni, pejabat bhg majalah dah kosong...

      Delete
  11. Nak buat camane, zaman berubah, teknologi dah menguasai..nak tau perkembangan pun cuma di hujung jari je, saya pun dah lama tak beli paper, majalah pun tak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, akur dgn perubahan zaman..saya pun dah lama jg x beli paper, baca kt pejabat je..

      Delete
  12. sedih dengan penutupan UTUSAN moga akan menyerlah kembali dibawah pengurusan baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suratkhabar legend ni..rasanya dah tk keluarkan suratkhabar edisi cetak..

      Delete
  13. Utusan nie salah satu surat khabar yang padat dengan content selain berita harian dan harian metro . Sedih dengan penutupan utusan nie . Tengok video pekerja-pekerja utusan pack barang masing-masing hari tu sedih sangat . Sekarang dah jadi tinggalan sejarah je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada industri yg kalah dgn ledakan internet, auratkhabar salah satunya..sedih mengenangkan mereka yg terpaksa berhenti, cari kerja lain...life must go on...

      Delete
  14. Tinggal kenangan.. Tak merasalah nak pegang UM lagi.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayonara..sayang pulak nak buat lapik suratkhabar2 lama...tinggalan sejarah..

      Delete
  15. huuurmmm kalau diorang teruskan as digital kenot ke ? sedihnya. masa arwah ayah ada hari2 dia akan beli semuaaa surat khabar. both malay n english. semua dia baca.. time tu sy rajin jugakla baca. skrng ni mmg semua hujung jari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni ramai yg baca online je..zaman edisi cetak dah berlalu..tgk kt website UM, they will come back..mungkin akan kembali semula..

      Delete
  16. Surat Khabar Utusan Malaysia ni bukan ke surat Khabar pertama ke sejak merdeka???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum merdeka dgn nama Utusan Melayu...tahun 1967 tukar nama Utusan Malaysia..

      Delete
  17. TETAPI apa REASON dia ek di berhentikan cetakan..then wartawan2 utusan perlu pergi ke pubisher lain ke mcm mana? apa jadik dgn kilang tu ke...SEDIH dgr

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni mcm dah tak profitable nk cetak suratkhabar fizikal, sbb ramai dah tk beli, bertukar ke online...pekerja kena cari kerja lain, dapat VSS, sedih kan..bangunan2 ada yg dah dijual kpd orang lain..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!