Sunday 29 December 2019

Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua..

Dah sampai ke penghujung tahun 2019. Tak lama lagi masuk ke alaf baru 2020. Akan bermulalah Tahun Melawat Malaysia 2020.

 new logo 

Jom kita mula awal. Melawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay. Di akhir tahun 2018, kita melawat Rumah Penghulu Haji Seman, kali ni Kompleks Kraf pula. Dua-dua bangunan ni di lokaliti yang sama iaitu di Jalan Conlay. 

Kompleks ni luas juga kawasannya. Tempat parking banyak. Bayaran parking RM5.00 per entry.
 
  
 Kompleks Kraf Kuala Lumpur

 bangunan utama

Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan destinasi persinggahan pelancongan berkonsepkan ikonik seni yang terletak di tengah pusat bandar. Pusat kraf setempat ini menawarkan produk yang berkaitan dengan pelancongan seperti produk berteraskan seni dan kraf, untuk pengunjung tempatan dan luar negeri. Kompleks yang bercirikan seni bina Melayu Terengganu ini menghimpunkan produk-produk kraf tangan tradisi dan moden kontemporari dari seluruh pelusuk negara.

Kompleks Kraf yang mengetengahkan panorama desa dengan landskap, membezakan bangunan ini daripada gedung beli-belah berprestij di sekitar Kuala Lumpur. Ianya berteraskan tiga konsep iaitu pendidikan, pemasaran dan pembudayaan. Mengunjungi Kompleks Kraf umpama menerokai kehidupan masyarakat Malaysia yang penuh dengan kegemilangan seni kraf turun-temurun - www.kraftangan.gov.my

Memang betul, tempat untuk meneroka kegemilangan seni kraf. Untuk itu, kita ke Muzium Kraf. Muzium ni letaknya di bahagian belakang. Kena masuk pintu utama yang di sebelah kiri dan terus jalan ke belakang. Bangunan ni ada dua pintu utama, yang belah kanan untuk ke butik jualan produk batik. Yang belah kiri, jualan barangan kraf.

pintu utama di sebelah kiri

laluan ke muzium
dipenuhi dengan pantun-pantun dua kerat

suasana kehijauan dibawah

Kain songket baju kebaya, pakai pula kerongsang suasa
Banyak harta digelar kaya, kaya lagi budaya bahasa

Kalau berkunjung ke negeri Pahang, singgah sebentar di Pulau Keladi
Kain tenun indah dipandang, jadikan kenangan kekal abadi

 labu Sayong

Muzium Kraf

masuk adalah percuma

Menarik muzium nya, mengambil suasana rumah kayu tradisional.

gambus dan gendang


alat tenunan songket

 peralatan untuk tenunan songket

kain songket, gambar klasik

 kain limar

 kain tenun Pahang

 Asal-usul kain tenunan Pahang
dari Tanah Bugis rupanya


tenunan kain pua kumbu dari Sarawak

kebaya nyonya

pakaian etnik Sabah

mengecop batik 

Ke tingkat atas pula. Yang tu kita sambung di next entry ya. Stay tuned.

18 comments:

  1. Replies
    1. banyak kali datang Jalan Conlay, baru pertama kali masuk..huhu..

      Delete
  2. Rasanya SA pernah masuk kat sini sekali dulu...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. akk pun baru pertama kali masuk sini, walopun dh byk kali ke Jalan Conlay..

      Delete
  4. Cantiknya kebaya nyonya tuu..😍🧡

    ReplyDelete
    Replies
    1. sulaman kebaya nyonya tu cantik..halus buatannya..

      Delete
  5. Teman sendiri tak pernah lagi sampai kat sini... Entrance free ya... boleh la masukkan dalam plan cuti-cuti tahun depan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik gak jalan-jalan di sini..haáh..tiada bayaran, cuma parking je kena bayar..

      Delete
  6. CANTIK TEMPATNYA SELESA MELAWAT SAMBIL MEMPELAJARI BUDAYA MASYARAKAT KITA

    ReplyDelete
    Replies
    1. selesa & luas kwsan dan bangunannya...seronok gak tengok industri seni yg ada..

      Delete
  7. Dah banyak kali pergi KL pun tak singgah² pun kompleks Kraf ni. One day kena pergi sendiri juga tengok apa yang menarik kat dalam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yg menarik..mmg kena gi kompleks ni..

      Delete
  8. Bagus kalau bawa anak2..biar lebih kenal budaya kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul..perkenalkan seni kraf yg ada di Malaysia..

      Delete
  9. Lalu aje dah beratus kali. Singgahnya tak pernah. Menarik gak ni. Saya suka sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, lalu byk kali, singgah nya idok..baru pertama kali masuk..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!