Thursday, 30 April 2020

Drama tontonan sepanjang PKP

Salam Ramadan hari ke-7. Semoga semuanya sihat walafiat.

Dalam tempoh PKP yang dah masuk satu bulan 14 hari dan akan ke 2 bulan ni, teman sempatlah juga menonton beberapa drama. Ada yang habis ditonton, ada yang masih lagi menonton, ada yang tengah cari mood untuk sambung menonton. Kebanyakan action genre, cerita askar-askar, polis-polis..kali ni banyak layan drama dari negara seberang tambak, drama Singapore.

Jom tengok review drama yang sempat ditonton.

1. Fauda - Season 1 (2015)

The human stories on both sides of the Israel-Palestine conflict

Terminat nak tengok drama ni sebab dekat netflix, depa letak gambar masjid. Drama terbitan negara Israel, rupanya. Fauda dalam bahasa Arab maksudnya 'chaos' atau suasana kelam kabut, ribut-ribut. Cerita mengenai Doron, seorang special force Israel yang dah bersara, kembali semula memburu seorang pemimpin Hamas yang bernama Abu Ahmad yang dia ingat dah mati. Doron menyamar jadi caterer di majlis kenduri adik Abu Ahmad tetapi tertangkap dan menyebabkan suasana 'chaos' yang berterusan. 

Interesting juga plot cerita ni. Full of action and suspense. Tengok perisik Israel yang asyik aim je target mereka. In term of revenge, macam balance juga, ada scene yang Palestin letupkan pub di Tel Aviv. Dalam drama ni dapatlah lihat suasana penempatan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, suasana kehidupan orang-orang Palestin yang sentiasa dicengkam dengan tentera/perisik Israel. Sesuka hati je tembak mereka yang tak bersalah, tembak orang awam..geram je tengok..

Drama ni ada 3 season. Belum habis tengok Season 1, masih di Episod 5, entah malas pulak nak sambung. Netflix siap hantar emel - 'don't forget to finish Fauda'. Suka hati teman lah nak sambung tengok ke tak..hehe..

Ada banyak review tentang drama ni. So, nak baca review dulu sebelum sambung tengok. Ada yang cakap yang drama ni tak menggambarkan keadaan sebenar di Palestin. Infrastruktur dan kemudahan asas di Palestin sebenarnya lagi teruk..entahlah..

Season 1 ada 12 episod.
 
2. Beijing to Moscow (2019)



Drama Singapore. Mengisahkan pengembaraan sepasang suami isteri dan seorang kawan mereka dari Beijing ke Moscow untuk mengembalikan ingatan si suami yang amnesia kerana kemalangan. Dalam pengembaraan, instead of mengembalikan ingatan kepada si isteri, si suami lebih ingat kepada kisah dia dengan ex-girlfriend.

Suami isteri ni bertemu di Ulan Bataar, Mongolia, lima tahun lepas. Masa tu si suami baru lepas putus dengan girlfriend dia dan mereka berdua pergi ke Moscow untuk mencari girlfriend tu.

Walaupun drama ni agak slow pace dan banyak 'flashback', tapi plot cerita sangat menarik ditambah dengan cinematografi yang cantik - old town Beijing, grassland di Mongolia, trans-Siberian train, Russian town Irkutsk, Red Square Moscow..suasana di Moscow.
 
Recommended? yes!! ada 13 episod.
 
3. Zero Calling Season 1 (2014)



Drama Singapore juga, mengenai seorang 'psycho' yang dipanggil Zero yang menelefon hero untuk membunuh mereka yang membuat jenayah. Zero mengugut akan cederakan keluarga hero sekiranya tidak ikut arahan dia. Ditambah dengan ex-girlfriend hero yang 'psycho' yang ugut hero suruh bunuh ex-boyfriend dia yang pernah rogol dia.

Zero Calling is the story of an ordinary man, David, who is coerced by a mysterious caller, Zero, to do his bidding by 'righting wrongs' in Singaporean society. David quickly realizes what he is doing is no more than gutter vigilantism - taking the law into his own hands. However, David cannot escape from Zero because this mysterious master has made him a slave: Zero knows where he is, what he does and even who he talks to. It seems like Zero also has the power to harm those he holds dear - his wife, Julie, and his teenager step-daughter Maddy, and will not hesitate to do it in the course of playing this twisted game.

Recommended - oklah, so-so. 12 episod.

4. When Duty Calls (2017)




Drama Singapore juga. Drama to commemorate 50 years National Service di Singapura. Best drama ni, suka tengok latihan tentera darat, laut dan udara, quite detailed and entertaining. Disamping tu ada kisah keluarga, kisah suami-isteri, kisah persahabatan, kisah percintaan. 
 
Semuanya 20 episod, belum habis menonton. Recommended!! 
 
5. CLIF - Courage, Loyal, Integrity, Faith (Season 1 - 2011)



Drama Singapore juga. Cerita polis-polis. Ala-ala gerak-gerak khas. Semuanya sampai Season 5. Baru tengok Episod 1 of Season 1. Best juga, tapi tak tau bila nak sambung menonton.

6. Crash Landing On You (2019-2020)

Tidak ketinggalan drama Korea, drama popular, yang meletup-letup di pasaran. Make me wanted to go to North Korea Switzerland..hehe. Lakonan Hyun Bin oppa.


Kisah seorang ahli perniagaan wanita Korea Selatan yang tersesat landing di Korea Utara semasa naik paragliding. Diselamatkan oleh seorang kapten askar Korea Utara dan kemudian tinggal di perkampungan tentera di Korea Utara. Kelakar dan suspense drama ni. Flashback beberapa scenes di Switzerland memang awesome.

Huda, kena tengok drama ni, Donggu is alive and kicking! hahaha...Kim Soo-Hyun buat cameo dalam episod 10.

 Donggu - ejen Korea Utara dalam movie 'Secretly, Greatly'

ingatkan dah mati masa ending movie ni, rupanya hidup lagi..hahaha..

Yang kelakarnya, masa kesemua lima orang Korea Utara tu kena tangkap di Korea Selatan, depa ingat depa akan kena torture. Sarjan Pyo Chi-Su teringat kat Donggu. Dia ingat Donggu kena torture dgn electric shock sebab tu perangai dia macam tu, terlompat-lompat macam orang sakit mental...hahaha..kelakar scene ni..


Ada juga menonton legal drama dari tiga negara..yang tu kita cerita di lain entry ya. Sekarang ni dah start kerja di pejabat semula, MITI dah approved, so less time spent at home. Tambahan pula bulan puasa, nak kurang-kurangkan aktiviti menonton drama. 

Jom melayan Ramadan, bulan penuh barokah..

51 comments:

  1. Semua belum pernah tengok.
    Tak tahu bila dapat tengok. Hehe di mana masa itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua pilih at random je kecuali no. 6 tu mmg nak tengok..
      bulan puasa ni lebih baiklah tak tengok..hehe..rebut big offer bulan Ramadan..

      Delete
  2. Banyak drama menarik ni..

    Jemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq...akk tak kreatif nk join segmen ni..😢

      Delete
  3. banyak drama tapi semua belum tgk lagi..hehheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh masuk dlm list, bila lapang boleh tgk..

      Delete
  4. Jujur aku belum pernah sekalipun nintin perfilman Singapore, kak ☺️.
    Penasaran juga pengin nonton setelah beberapa filmnya direview disini.

    Lihat posternya sih keren-keren.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time nonton drama Singapore, not bad, best juga.. recommended..

      Delete
    2. Siiip ...
      Akan kucoba menontonnya :)

      Delete
    3. sila kan menonton 🤗

      Delete
  5. Kena marathon tengok semua.
    Banyak movie best sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak movie menarik..subscription fee pun murah je, both viu & Netflix..

      Delete
  6. Banyak kan drama2 untuk bulan puasa ni, tapi bunda belom sempat tapau semua..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnyk drama menarik..tak pe bunda, bulan puasa ni kita kurangkan tengok drama2 ni semua..

      Delete
  7. Tak tengok sangat cerita yang baru2...yang mana keluar kat njoi yang tu lah tengok...tapi ala2 4 dan 5 memang suka tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni semua drama lama2 cuma no. 6 tu je yg baru..no 4 & 5 mmg best..

      Delete
  8. Akak kalau layan drama2 mcm ni..jap la bedebuk hp jatuh atas muka sbb tertido..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..drama aksi tak boring, kak..sentiasa suspense je..

      Delete
  9. Crash landing on you best kan..sama la banyak gak layan movie ngan series netflix musim pkp ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..best 👍..netflix siap offer nk repeat 😁..

      Delete
  10. bilaaa la Kim Soo Hyun nak comeback drama baru !! asyik cameo je dia skrng..
    eeeeee.. dalam banyak2 list ni saya tengok CLOY je.. yang lain x penah dngr pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subscribe netflix sbb nk tengok CLOY 😅 yang lain2 tu pick at random kt viu & netflix..dlm hotel del luna pun dia buat cameo..blm ada drama yg sesuai kot..

      Delete
    2. hehe he got the highest pay untuk each epi dia berlakon.. o sbb baru kluar army dia nak relax2 dlu. eheheee xpela kita tunggu je comeback dia =D

      Delete
    3. bila dia buat cameo, orang ingat akan ada season 2 utk hotel del luna & secretly, greatly..best jg kalau ada season 2

      Delete
  11. Semua belum tengok tapi Serious lah ada Kim Soo-Hyun dalam Crash landing on you tu. Kena tengok ni sebab dah tengok Secretly, Greatly tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka ada Donggu dlm CLOY.. hehe..tapi sekejap je..best drama ni..recommended 👍

      Delete
    2. ala sekejap je ke..suka watak donggu tu.

      Delete
    3. ha'ah..sekejap je..3-4 minit je..

      Delete
  12. kalau di netflix tu sy tgok filem je. tu pun 2 ke 3 kali nonton baru abis. too busy with other tasks. yg drama x tgok langsung sbb lambat abis n bersambung2. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok drama kena byk sabar sbb byk episod..hehe..

      Delete
  13. Saya tak ada Netflix. 😭 best pula tengok no.2. Ala² macam travel kan. Drama korea ada banyak yg tunggu turn nak tengok. Hehr

    ReplyDelete
    Replies
    1. No. 2 mmg ala2 travel..tapi cerita dia pun menarik jg..drama Korea ada byk yg best2..

      Delete
  14. KADANG JE SEMPAT TONTON DATUK DR NOORHISHAM BUAT LAPORAN COVID 19 HEH..HEH..TAPI MMG XDAN NK TONTON WALAU TRINGIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 pkp dulu selalu juga tunggu pkul 5..

      Delete
  15. Semuanya tak tgk lagi. Tapi macam menarik aje semua. Dah boleh start marathon nihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best drama2 tu bagi akk lah.. recommended..

      Delete
  16. Drama2 singapore boleh tahan menarik..haha dlm byk2 list..crush landing on you je dah hbis tengok. Tp bukan masa pkp..before pkp dah kahatam..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..drama2 Singapore boleh tahan menarik..ha'ah drama tu start sebelum pkp, tapi tak sempat nak tengok.. cuti pkp baru ada masa tengok..

      Delete
  17. SS jarang tengok cerita singapore. maybe boleh masuk list... heheh banyak dah list terkumpul nak tengok ni... sampai tak tahu nak tengok mana satu dulu. heheheh tak pe la. pelan2 kayuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru first time tengok drama Singapore..dulu tgk sitcom pua chu kang je.. tak pe, pelan2 tengok..

      Delete
  18. Tak pernah layan drama singapore to be exact tak jumpa kot huhuhu... menarik jugak tu nanti nak try tengoklah zero calling tu.

    Wah! baca review Nohas ni macam tak sabar nak nonton Kdrama crash landing on you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun baru pertama kali layan drama2 singapore ni...tengok kat Viu..
      crash landing on you mmg best..kelakar & suspense..

      Delete
  19. I love secretly greatly and CLOY

    ReplyDelete
    Replies
    1. both are enjoyable to watch...comedic, suspense, cerita kehidupan..

      Delete
  20. aida baru settle tgk both seasons - dr. romantic ticer kim.
    esok baru nak suruh anak2 cek apa drama korea yg menarik di tonton :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr romantic ticer kim mmg best for both seasons..ada geng menonton, mmg layan..hehe..

      Delete
  21. drama menarik mmg layan sampai 3 seasons..akk nk habiskan 1 season pun payah 😔

    ReplyDelete
  22. Zero Calling tu macam menarik nak tengok..
    Crush landing on you tu dah tengok.. best.. Part Donggu muncul tu memang kelakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zero Calling tu bolehlah best jg..tak sangka ada Donggu..hehe..CLOY mmg best..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!