Monday 20 September 2021

Aiskrim Gula Apong

Salam semua...selamat hari Isnin..

Minggu lepas, ada urusan bank di Taman Melawati. Sehari sebelum tu dah riki-riki tempat makan best di sini, tetiba nampak ada kedai aiskrim..yeayy...boleh cuba, jarang ada kedai aiskrim local..

Alhamdulillah, urusan bank tak lama sebab dah buat appointment. So masa yang ada, kita terjah kedai aiskrim ni..M Ice Cream di Jalan Bandar 11, Taman Melawati.

Delicious Sarawak's Homemade Ice Cream..

dah buka, jom masuk


ada 5 pilihan
Chocolate Belgium, Red Velvet Honey Bee, Gula Apong Sarawak,
Red Velvet Apong Mix & Chocolate Apong Mix

 

 Topping nya pun banyak pilihan - 2 percuma
chocolate rice, peanut, nestum, cornflakes and choco crunch

yang special ada topping 'honey comb', yang rongga-rongga madu
yang tu kena tambah RM5.00
 
Kita order yang original Gula Apong Sarawak, topping kacang & cornflake
saiz medium harga RM4.70 

sedap, tak berapa manis ais krimnya
manis-manis gula apong

Cafe ni takde dine-in, so kena take-away, ada foodpanda juga

Gula Apong terhasil daripada nira pokok nipah atau dikenali sebagai pokok Apong oleh penduduk lokal negeri Sarawak.

 Recommended, sapot produk tempatan..

40 comments:

  1. Pandai Nohas pergi tempat menarik, foodie instinct, nampak sedap gula apong, campuran etnik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari dlm peta sebelum pergi..sedap & tak brp manis..

      Delete
  2. sedap nampak tu, pandai akak cari tempat ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak dlm peta, tengok dekat dgn bank..tu yg pi check out..hehe..

      Delete
  3. x sabar nak maan ais krim gula apong ni. dah lama dgr ttg perisa ni..

    ReplyDelete
  4. Myum nyum..suka kalau tak berapa manis sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..tak brp manis, ok..memenuhi citarasa..

      Delete
  5. Wah dalam pada kedai boba bertambah sebelum ni, ada juga kafe aiskrim. Nampak menarik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiskrim all time feveret, tua & muda...jarang ada kafe aiskrim lokal..
      recommended...

      Delete
  6. byk pilihan.. sedapnyaaa!
    kalo yg mokti's ice cream tu gula apong jgk tp manis.. hihi

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan. Wahh. Tak tahu pulak kat Malaysia ada kedai-kedai macam ni. Selalu tengok oversea je banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang ada outlet aiskrim local, recommended to try!

      Delete
  8. Pengalaman baru makan gula aiskrim gula apong. Ingatkan manis berdentang. Hehe harap dapat cuba kalau ada di sini. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. just nice manisnya...harap dpt mencubanya..

      Delete
  9. Sedap tu ada gula apong dan kekacang. Banyak pilihan. Harga pun macam okaylah berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sbb tak brp manis..haáh..harga pun ok..

      Delete
    2. Yep, tengok harga pun okay lagilah kan. Biasa aiskrim macam ni macam mahal juga

      Delete
    3. Alhamdulillah, yang ni reasonable harganya..

      Delete
  10. kat taman. melawati dkt je ni
    he hee boleh try nanti bw anak2
    sedappp. layan. aiskrim

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended..boleh try pelbagai flavour..hehe..

      Delete
  11. Replies
    1. sedap kak, tak brp manis..memenuhi citarasa..

      Delete
  12. Sukanya saya dengan gula apong. Dulu time rajin pernah buat kuih cara inti gula apong. Sedap sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..baru first time rasa gula apong..sedap jg dibuat kuih..

      Delete
  13. dekat dengan rumah ni. bolehlah pergi nanti. saya suka aiskrim gula apong

    ReplyDelete
  14. Haritu ada beli kopi gula apong.. Tak berapa nak pergi kat tekak. Aiskrim taktaulah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ada kopi gula apong..mungkin aiskrim boleh diterima..

      Delete
  15. Wuihhh specialnya ada topping honeycomb lagi tu 🤓

    ReplyDelete
  16. Sedappp pulakk tengokk hahaha. Tak pernah lagi setakat ni jumpa kedai aiskrim yang homemade macam ni, bagus lah ada jugak produk aiskrim daripada local kita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ori ni sedap, belum cuba yg lain2 lg..Alhamdulillah, ada jg kedai ygjual aiskrim local..kalau ada dine-in lg best!

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!