Tuesday, 7 January 2025

Kunming, China - Melawat Bangunan 'Victoria'

Assalamualaikum...sambung kisah travel di Kunming, China..aktiviti di sebelah petang...

Masa scroll app Trip.com, ternampak ada yang up Pure Jade Bookstore..suka tengok bangunan kedai buku ni...bangunan lama, style bangunan Eropah zaman 'victoria'. 

Bila riki-riki, oo..dekat jer, 2 stesen metro je. Dari Wuyi Road station, ambik Line 3 ke Tuodong Stadium station, bangunan ni 200m dari Exit D. Jom kita explore.

Hujan renyai-renyai semasa kami sampai di Tuodong Stadium station. Keluar ikut Exit D, tak tahu nak belok kanan ke kiri sebab tak sebut dalam info. Sib baik ada mentioned nama bangunan, Camellia Workshop. Try search dalam google map, Alhamdulillah ada. Jom berjalan, dekat je..

Camellia Workshop building
 
Camellia Workshop ni dulunya bangunan kilang TV brand Camellia (untuk pasaran China je kot). Facade guna red brick, di bahagian atrium dipasang transparent ceiling separa bulatan ala-ala bangunan Eropah zaman dulu
 
Dalam entry tu tulis Pure Jade Bookstore, on site signage C & F Bookstore.
dalam google map, ditulis 'Pu Yu Bookstore'
 
the venue
 
Bahagian depan ni jual buku, ada juga tempat membaca. Yang menarik ialah bahagian atrium yang menyambung dua blok bangunan
 
glass ceiling for natural lighting
 
gaya eropah
 
Kunming's very own Victoria building

cantik lak deko macam ni
 
walkway with arch
 
Bookstore ni luas. Ada banyak section, ada juga bahagian audio-visual
early child education class
 
bahagian buku keluarga
 
Bahagian jualan buku pula
 


Ada bahagian untuk pelanggan duduk membaca, menelaah pelajaran
 

kusyuk semuanya

Selesai tour kedai buku, hujan pun dah berenti, meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..Kunming Old Street. 
 
Untuk kesana, kita guna khidmat 'Didi' e-hailing china, ambik dalam app Alipay. Musah guna sub-app ni, ada English. First time guna Didi..
 
Disebabkan tak habis belajar travel backpack di China, ingatkan free for first time, perasan..hahaha, rupanya kena tunggu keluar e-invoice, baru bayar online..huhu..

kenapalah China ni advance sangat...Malaysia baru nak implement e-invoice..
 
dalam Didi ke Old Street
 
Yang bestnya Didi ni, semua guna China made car
macam2 brand, nama pelik2 - BYD, Aion, Beijing, Iconiq
 
nak beli BYD tak mampu, jadilah merasa naik Didi..haha..
bersambung di next enty..

22 comments:

  1. MasyaAllah besarnya kedai buku dia.
    Kan majunya negara China ni tapi ntah kenapalah depa suka pi Mesia eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, besar kedainya...byk facilities yg ditawarkan...mereka suka kelainan sbb tu dtg Mesia..

      Delete
  2. China memang cepat sangat advance nya. Kalau kami ke bookstore dengan anak2, mau 2-3 hari diajak ke sana. Besar betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, China yg pertama guna digital payment, QR code..advance sungguh depa...selain jual buku, ada macam2 facilities lg - ada bilik audio visual, ada muzium..semua utk pembelajaran

      Delete
  3. Baru tahu China ada e-hailing sendiri Didi

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain e-hailing, mereka ada whatsapp sendiri, google map sendiri, facebook sendiri..tak bergantung dgn apps dari negara barat...maju mereka ni..

      Delete
  4. wahhhh besarnya kedai buku dia! mcm dlm auditorium hehe

    ReplyDelete
  5. Cantik rekaan kedai buku ni. Luas pulak tu. Tak membeli tapi tour kedai buku pun dah cukup seronok.

    Mengelirukan sungguh nama yang berbeza tu. Mujur tak susah cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. luas, mcm2 facilities ada...itulah..mungkin translation ke bhs inggeris jd pure jade...

      Delete
  6. Besarnya, bookstore. Siapa yang suka buku, boleh berjam-jam duduk dalam tu.
    Menarik, bangunannya, terutama bahagian glass ceiling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tempat utk baca buku...ramai yg lepak kat situ, baca buku, buat kerja sekolah..ada cafe, boleh minum2..glass ceiling jd daya penarik..ada jg yg OOTD time kami tour bgn..

      Delete
  7. seronoknya..bagus die buat bridge yg bercantum dekat kedai Buku tu kan

    ReplyDelete
  8. Bangunan tu lawa mmg tiru design Victoria tu huhuu.. Naik e hailing didi tu dpt e invoice baru bayar huhuu.. Hebat hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpk mcm kat europe pula...masa first time naik didi, bila sampai di tempat, kita nak byr tapi driver suruh turun...rupanya kena tunggu e-invoice...haha..advance China ni..

      Delete
  9. Bestnya kalau ke China. Macam-macam ada di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best...view mcm kat europe tapi versi murah...

      Delete
  10. Kedai buku dia besar dan sangat cantik

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!