Sambung citer travel ke Yunnan, China..
Dari Camellia Workshop, book Didi (grab China) untuk ke Old Street. Sampai di jalan masuk, ada peniaga buah-buahan. Singgah beli buah 'water chestnut'. Check kat internet, dalam Bahasa Melayu, dipanggil 'buah berangan air'...betul lah kot..
manis and juicy...enak..
Old street ni ialah kawasan bersejarah terakhir di Bandar Kunming. The last piece of historical area in Kunming City.
Ada lebih kurang 5 jalan yang masih mengekalkan bangunan-bangunan di zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing iaitu dua dinasti terakhir di negara China sebelum China menjadi negara republik. Kebanyakan bangunan-bangunan ni sekarang dah jadi restoran dan kedai-kedai souvenir. Aktiviti di sini, jalan-jalan sambil OOTD..
popular betul pokok pisang dijadikan objek deko cafe & kedai
photo-photoin
Sampai di simpang empat, ada dua bangunan lama yang menarik
Berjalan terus, ikut lorong yang kecil, meriah kawasan ni
sebab lorong kecil, bangunan dekat2..
Ternampak outlet Chagee disini
mereka dah nak balik malam ni
harga Chagee ni lebih kurang di Malaysia
Sambung berjalan menuju ke stesen metro
Ada banyak manhole yang papar bangunan-bangunan lama di sini
tapi tak jumpa pula on site
Sebenarnya di old street ni, ku mencari dua bangunan yang unik bentuknya
bentuk chalice..
baru jumpa...rupanya di jalan yang lain..
bangunan chalice yang dijadikan hotel
Moon & Chalice Boutique Hotel
Beginilah suasana di old street, tempat bersejarah
bersambung di next entry
bestnya jln2 ke china..slmt bercuti :) done follow
ReplyDeleteBangunan Chalice tu, unik dan slim ya. Thanks for sharing, boleh refer nanti.
ReplyDeletePokok Pisang di China, cantik dijadikan deco luar cafe.
Water chestnut tu sedap kan.
Tengok bangunan2 lama tu terasa kembali ke zaman dulu2 dalam drama cina, hihi. Kenapa eh banyak pokok pisang?
ReplyDeleteCantik bangunan lama, bangunan last yang jadi hotel tu agak pelik sedikit. Tak pasti bangunan lama atau baru tu.
ReplyDelete