Salam sejahtera di petang Isnin..
cerita makan-makan..
Dalam bulan April, teman ada buat entry tentang filem Indonesia berjudul Tabula Rasa, filem mengenai masakan Minang (Nasi Padang), boleh check link ni.
Tabula Rasa (2014) : Seputar Kuliner Nasi Padang
Dalam filem ni, restoran Nasi Padang tu namanya Takana Juo. Yang maknanya dalam bahasa Melayu ialah terkenang jua. Orang Minang ramai yang merantau ke di nusantara, akan terkenang kampung halaman.
Rupa-rupanya ada restoran Minang nama yang sama di Kuala Lumpur ni...hehe..
Kedai makan ni letaknya di sebuah lorong kecik, off Jalan Balau, di Jalan Gombak. Lorong tu pula cul-de-sac (lorong mati), nak keluar masuk kereta memang payah sikit le...
Haritu selesai urusan di Kampung Sungai Mulia, teman singgah di sini untuk makan tengahari.
Lorong kecik ke kedai makan,
parking bawah pokok depan kedai
kedai ni ada dua bahagian, kat luar tempat makan kat bahagian dalam tempat ambik lauk-pauk
bahagian dalam tempat ambik lauk-pauk
gulai keting - feveret dish takde
masak lemak jering (jengkol)
signature dish masakan Minang
ambik ni je..ayam kampung, ikan kering sayur kacang panjang, sambal sikit & air kosong
kena RM10..huhu..
Cerita lain masakan Minang :