Friday 2 December 2016

China : Xi'an - Terracotta Army (Part 1)

Hari ketiga di Xi'an...hari ni nak pergi jauh sikit, ke daerah Lintong, ke timur bandar Xi'an..nak pergi ke tempat yang popular seantero dunia - Terracotta Army & Horses Museum, sebuah tapak warisan dunia UNESCO.

Terracotta army ialah beribu-ribu patung-patung askar Emperor Qin Shi Huang, maharaja pertama negara China. Patung-patung ni diperbuat dari tanah liat. Ditanam sekali semasa kemangkatan emperor, bagi menjaga beliau di alam barzakh..gitu le lebih kurang. Patung-patung ni saiz manusia biasa begitu juga rupa paras mereka..sangat unik..

Emperor Qin meninggal tahun 210 - 209 BCE...maknanya, lama sungguh benda2 ni berada dalam tanah..

---------------------------- 

Nak pi sini, naik bas, kena ambil tourist bas #5(306) di Xi'an Railway station..

Sebelum keluar, prepare sandwich, untuk breakfast dan bawa bekal. Keluar pukul 8.30 pagi, on the way ke jalan besar akan jumpa monumen ni..

penanda permulaan Beiyuanmen Street

penerangan mengenai Beiyuanmen Muslim Culture Street

di belakang monument tadi, akan jumpa patung-patung ni

muka berlagak giler

Sebab tak tau nak naik bas apa ke railway station, decided jalan kaki je ke sana. Cuaca sangat sejuk, berjalan kaki memang best. Jauh juga, 30 minit berjalan kaki..

 simpang empat - menyeberang di sini dan jalan ke arah timur

roundabout untuk pejalan kaki

Semakin hampir ke railway station, ramai 'ulat-ulat', lelaki perempuan, datang menyapa sambil sebut 'bing ma yong'..'bing ma yong'..sebab tau pelancong mesti nak pegi sini..malas nak layan, jawab 'wo pu cer tau' sambil jalan laju-laju...

Xi'an railway station


Dh nampak tourist centre ni, berjalan ke kanan, menuju ke stesen bas, mula-mula nampak bas kaler biru, macam bas express..petugas tu pun panggil-panggil..'bing ma yong'..dah nak sampai depan pintu bas dah, my sister pulak panggil dari belakang, suruh naik bas #5(306) jugak..

adehh..macam bas rapidKL je..naik bas ni..

tambang 7 yuan..tak best langsung, kerusi keras
tapi tetap jg dapat tidur, cuaca diluar agak sendu

Ingatkan express, rupanya bas henti-henti..sampai di satu tempat, ramai yang turun..rupanya depa pergi Huaqing Hotspring, salah satu tourist attraction di Xi'an. Tempat Emperor Xuanzong of Tang Dynasty berehat dengan gundik dia..ada istana di sini. Tempat ni cantik, di kaki Mount Lishan.

source: www.topchinatravel.com

Huaqing Palace - source: www.pandaguides.com

Bas meneruskan perjalanan ke stesen terakhir di Terracotta Museum. Dah turun, macam lost sikit, tak nampak signboard, ikut je orang ramai berjalan ke kanan. Rupanya signboard dah terhadang oleh peniaga-peniaga buah-buahan yang berderet di sepanjang jalan..

 signboard ke Terracotta Museum

Ternampak restoran Muslim ni..dah berkira-kira nak makan di sini balik nanti macam SS..


Sebelum ke ticket office, pergi toilet dulu. Masa ni sejuk sangat, sebab hujan renyai-renyai. Berdebar juga nak masuk tandas awam...first time ni..hahaha..Alhamdulillah, tandasnya bersih sebab ada cleaner yang bertugas..

 berderet kaunter tiket

 tiket masuk 150yuan, utk tiga pit dan mausoleum Emperor Qin

 Entrance #1

 seperti biasa, scan ticket, bag & body

Masih lagi hujan renyai-renyai, buka payung, nampak buggy, malas nak menapak, jauh juga dari entrance #1

 naik buggy, 5 yuan

 menuju ke entrance #2, scan tiket sekali lagi

 yeayy..sudah sampai

 kawasan luas, petugas guna ni untuk bergerak

Jom, jom..menuju ke Pit 1..impian menjadi kenyataan..ada tiga pit yang mesti dilawati di sini..

Masuk je pintu Pit 1, nampak bontot manusia bersusun, tapi dapat juga ruang kosong untuk snap gambar ni..

ada mitos mengatakan mereka semua ni ialah manusia betul yang menjadi patung? Bila emperor mati, semua tentera pun ditanam sama? betul kot..

Pit 1 ni dijumpai dalam bulan Mac, 1974 dan dibuka untuk orang ramai pada tahun 1976.  Kerja-kerja cari gali masih lagi berjalan, maknanya ada banyak lagi 'terracotta army' yang masih berada dalam tanah..


ada banyak penerangan sebegini di sekeliling gelanggang

 terracotta army yang masih dalam proses baikpulih

Dah habis mengelilingi kawasan Pit 1, jom bergerak ke pit lain pula. Kita pergi pit yang paling kecik, Pit 3.

Bersambung

14 comments:

  1. ada jumpa jackie chan acting tak? ngeee...

    ReplyDelete
  2. Seronok pulak kakak ikut makan angin
    Kisah raja zalim dulu memang ada dlm sejarah kan.
    Cuma betul ke tak tu wallahu'alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. raja2 yg zalim mmg ada dlm sejarah..tapi yg ni hanya mitos shj..

      Delete
  3. Fuh, tengok pics yang sis tangkap ni je dah boleh bayangkan sejuknya tu macam mana, mendung je. Kalau baju tak cukup tebal ni, memang seksalah... brrr

    4 gambar last kali tu, waaah... tahniah sis. Ada rasa sedikit seram sejuk tak masa tengok geng Terracotta army tu? :'3

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni hujan renyai2, cuaca mmg sejuk...seram jg tengok banyak betul patung terracotta..

      Delete
  4. tengok cuaca dgn tak ada matahari sikit pun rsa sendu nk jalan kaki. hehee
    patung tu nampaknya tahan lama betol.. tabik dgn penciptanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya sgt best jalan kaki dlm keadaan cuaca sebegini sbb tak panas..rasa nyaman je..hihi..

      tahan lama kan patung2 tu..tanah disimpan di dalam tanah..

      Delete
  5. bestnya tengok orang2 pergi xi'an . saya tak ada rezeki lagi nak pergi sana. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, ada rezeki tu, akan tiba, sooner or later..

      Delete
  6. luas kawasan ni...kalau warga tua pergi jenuh jugak kan nak berjalan jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg luas, nak ke entrance no. 2 tu pun jauh, sib baik ada buggy, tapi time balik mcm takde buggy...warga tua kena fit, ada jg servis wheelchair..tp kena bayar..

      Delete
  7. Mau ngigau tgk patung bebanyak ni kak.

    Ada unsur2 mistik x

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 seram jg tengok..takde kot, kalau gi malam2 lg seram..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!