Monday 18 November 2019

Hat Yai : Restoran Rahmatullah

Ahad, 10 November 2019

Hari baru. Mulakan dengan sarapan pagi. Sebab tak ambik sarapan di hotel, kenalah cari makan sendiri. Jom jalan-jalan cari sarapan. Keluar pintu hotel, belok kiri, jalan terus.

heritage building di sepanjang jalan

 bangunan peninggalan baba nyonya

Jalan ikut kaki melangkah, dalam fikiran nak gi foodcourt yang kat corner Niyomrat Rd. Tetiba berhenti depan satu restoran orang Islam, tak jauh dari hotel. Tengok ramai sungguh orang Melayu sedang makan kat dalam. Suasana sangat meriah, tak menang tangan pekerja melayan. Kami pun masuk bersarapan di sini. Tak pernah tahu ada restoran halal ni, dalam peta takde tulis. Restoran Rahmatullah namanya.

 macam-macam menu ada, pelbagai nasi goreng

ada roti canai juga

Ahli kumpulan ramai yang order nasi goreng, sarapan terus makan tengahari. Saya order nasi goreng seafood. Adik order roti canai juga. Lama sungguh menunggu, baru makanan sampai. Roti canai langsung tak kunjung tiba, cancel terus.

nasi goreng seafood - not bad, sedap juga
harga THB50 (RM7.00)

Makan sudah. Moh ke pasar pula. Ke Kim Yong Market.

 tersenyum manis

 pemandangan biasa, naik pick-up ramai-ramai

 Nipatuthit 1 Road

tuk tuk Aloha team

Sebelah malamnya, selepas balik dari Klonghae Floating Market, dinner di sini juga. Makan besar.

suasana dalam restoran, tak ramai pengunjung

deretan telefon lama

makanan yang dipesan
tomyam kelapa, siakap steam, kari thai

masa untuk membayar

Selepas makan, ahli kumpulan berpecah, kakak dan adik pergi cari 7-eleven kat area Lee Gardens. Saya dan mak tunggu roti canai, mak teringin nak makan  roti canai. Yang lain-lain berjimba dalam bilik hotel.

pejabat Hat Yai Top Tour di sebelah restoran
rasanya sama owner sbb wifi restoran pun guna nama Hatyai Top Tour

destinasi bas Hat Yai Top Tour

Senang bonar nak ke Hat Yai, dekat je tempat nak naik/turun bas dengan Hotel Aloha

18 comments:

  1. Owh! saya sarapan di gerai dekat Niyomrat Road berdepan dgn Tamrad Restoran. Ramai juga orang Malaysia. Tak jauh dari Rahmatullah restoran ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hajat hati nak sarapan kat gerai yg kt corner jalan Niyomrat, tersangkut di tengah jalan, sebab dkt dgn hotel, ahli kumpulan ajak makan kt sini je..

      Delete
  2. menggedik2 rasa hati nak pi. ntah kan bila lah buleh sampai. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe plan dulu, Inshaa Allah, akan sampai jg nanti..

      Delete
  3. Baru sekali ja smp kt Siam..teringinnya nk kesana lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah, dah sihat nanti boleh ke sana, dari Kedah dah dekat..

      Delete
  4. Sedapnya tomyam kelapa tu. roti canai thai sama tak macam kat sini kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tomyam kelapa tu mmg sedap...roti canai di sana lebih crispy, depa bubuh gula + susu..ada jg gulai utk cicah..

      Delete
  5. Saya suka kalau jalan-jalan tu tempat dia senang nak tuju. Lepas ni, dah ada fulus sendiri, bolehlah nak jenjalan ke Hat Yai nanti. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoran halal byk jg di kwsn ni..mudah nk gi Hat Yai, syarikat bas tepi hotel je..

      Delete
  6. Sedapnya nampak tomyam kelapa tu..

    ReplyDelete
  7. CANCEL ROTI CANAI?? MESTI ramai yg order tu x cukup tangan..tomyam!!! adehh...terasa nak masak tomyam lak tgh ni..tom yam letak santan..slurpppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..roti canai tk sampai2, dah habis, ramai sungguh pelanggan pagi tu..

      tomyam letak santan/susu mmg sedap..syum,nyum..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!