Wednesday 8 April 2020

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi

Assalamualaikum...

Sudah tiga minggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan, maknanya sudah tiga kali solat Jumaat tidak dapat diadakan. Masjid dan surau ditutup, cuma laungan azan saja dibenarkan.

Godek-godek galeri pictures di laptop, ada gambar masjid ni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi di Putrajaya. Singgah di masjid ni masa balik dari Royal Floria bulan Ogos 2019. Alhamduilillah, kali kedua ke masjid ni, kali pertama, buat program NGO di sini.

tiang-tiang besi


di bawah kubah

nyaman..kolam air menyejukkan suasana

jambatan

perincian pintu masuk

dataran - ada yang buat photoshoot graduation day


ku lihat besi

Besi ialah satu logam yang disebut dalam Al-Quran dan menjadi tajuk satu surah iaitu Surah Al-Hadid (Besi).

Surah Al-Hadid: Ayat 25
Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (sumber : celiktafsir.net) 


Allah swt telah memberi mukjizat kepada Nabi Daud as kekuatan melentur dan melembutkan besi. Nabi Daud dapat membuat baju-baju dan lingkaran-lingkaran besi dengan tangannya tanpa melalui pemanasan atau pembakaran dengan api.

Dari situ, dibuat satu doa pelembut hati yang dipanggil doa Nabi Daud.

sumber : internet

Sekian, semoga bermanfaat..

22 comments:

  1. Ialah dah tiga kali tiada solat Jumaat sepanjang PKP. Takpelah jangan tinggal solat zohor pula ya...hehehe...

    Terima kasih atas perkongsian doa tu. Mrs. A selalu baja dalam bahasa melayu je Arab tak hafal InSyaAllah lepas ni boleh hafalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab wabak ni, tak dibenarkan solat Jumaat..semoga cepat berlalu..amiin..

      Sama2..menarik doanya..

      Delete
  2. terpandang sahaja masjid rasa rindu pulak nak solat jumaat..

    yang tak bestnya...teringat Covid-19 juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk hari ni dah 4x takde solat Jumaat...apa yg boleh dicegah, kita ikut, Islam itu mudah..

      Delete
  3. Lama tak singgah Masjid Besi. Terus-terang saya lagi tenang waktu PKP ni.

    ReplyDelete
  4. moga wabak ni segera berakhir dah dapatlah umat Islam mengimarahkan masjid dan surau seperti sediakala dan semoga kita terus tabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..semoga wabak ini segera berakhir..walaupun sukar, kita mesti menang..

      Delete
  5. masjid yg sgt cantik bhgia dpt mngimarahknnya

    ReplyDelete
  6. walaupun dekat dengan rumah.. huurm jauh sikit..
    tapi x penah sampai. masjid cantik ni..

    insyallah one day pergi solat disana =)

    ReplyDelete
  7. Rasa sayu semacam ja bila tengok gambar masjid di kala wabak akhir zaman sedang merebak ni kan..😢😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..terawih pun tak dpt buat di masjid tahun ni..semoga solat raya dpt berjemaah walaupun x dpt rapatkn saf..

      Delete
  8. Sayu rasa tahun ni tak dapat terawih di masjid. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul..solat di rumah..moreh sendiri2...hopefully, dapat solat raya berjemaah walau tak rapatkan saf..

      Delete
  9. Suka sangat kalau dapat solat kat masjid ini.. Sejuk je suasana dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk semulajadi..dgn angin bertiup sepoi-sepoi, mmg nyaman je..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!