Saturday 4 April 2020

Muzium Negara : Istana Satu dan Tengkolok

Sambung kisah lawatan di Muzium Negara..tak habis lagi...hehe..

Dekat dengan tiang keliering tu, ada satu bangunan tradisional daripada kayu dipanggil Istana Satu. 
 
tiang keliering dan Istana Satu

 
tangga Melaka

 Istana Satu

Istana Satu ini didirikan oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III, Sultan Negeri Terengganu pada tahun 1884 di dalam kawasan Kota Istana Maziah, Kuala Terengganu. Senibina bangunan ini adalah berbentuk rumah Melayu tradisional di negeri Terengganu yang disebut sebagai 'rumah tiang duabelas'. Kayu yang digunakan ialah kayu cengal. Bangunan ini didirikan di kawasan Muzium Negara pada bulan April, 1974.

 posing dulu sebelum masuk

interior


Yang duduk di istana, mestilah sultan-sultan, raja-raja. Salah satu pakaian rasmi sultan dan raja ialah tengkolok/destar. Di Malaysia, ada lapan negeri yang ada sultan dan raja. Setiap negeri, lipatan tengkoloknya berbeza dan ada nama yang diberi.

pelbagai lipatan tengkolok

Tengkolok Dendam Tak Sudah (Kedah)
di sebelah kanan tengkolok Dendam Tak Sudah negeri Perlis

Tengkolok Ayam Patah Kepak (Perak)

Destar Ketam Budu (Kelantan)
crab sauce, terjemahan ke Bahasa Inggeris

Sekian, lawatan ke Muzium Negara Kuala Lumpur. Banyak benda menarik yang dapat dipelajari di muzium. Walaupun nampak macam bosan je gi muzium, tapi sebenarnya, ia adalah aktiviti yang enjoyable. Recommended!

18 comments:

  1. Rupanya ada berbeza cara lipatan tengkolok.

    ReplyDelete
  2. Macam kelakar pulak nama tengkolok tu..hihi

    Akak suka jugak melawat muzium2, dpt byk pengetahuan am.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..kelakar jg nama2 nya..hehe..

      Betul, banyak info yg dpt di muzium..

      Delete
  3. Dendam tak sudah itulah tengkolok yg di pakai oleh Agong sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dendam tak sudah nmpk cantik lipatannya...raja sehari pun pakai tengkolok ni..

      Delete
  4. Memang cantik seni bina tradisi istana lama

    ReplyDelete
  5. Wah.. cantiknya.. Nama tengkolok tu menarik sangat..

    ReplyDelete
  6. saya last pergi sni time sek men rasanya..
    time tu pameran antuuu ayah la tingin nau nak pi..

    balik tu demam T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..dulu ada pameran hantu kt sini..seramm..

      Kesiannya..terkejut kot tgk hantu2..dahlah muzium ni suram je pencahayaan nya..

      Delete
  7. itu cat nya memang warna hitam ya? filosofinya apa ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan sudah lama, warna hitam nampak klasik..ngak tau filosofinya

      Delete
  8. No Tema terbaru ke.. mama pun lupa la dulu pegi muzihm negara Ada jmpa x semua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama ada, mamapp..nanti bolehlah pi melawat..👍

      Delete
  9. best nye,, minat gak pergi ke tmpt mcm nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok gi Muzium Negara..mcm2 boleh dipelajari..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!