Nihao...
Drama review kembali lagi. Kali ni nak review business, work drama yang awesome. Drama yang ada kaitan dengan kerja ahkak, so memang layan habis..menggembirakan minda dan menambah pengetahuan..
Drama berkaitan bidang hartanah iaitu sektor pembinaan. Watak heroin yang kuat pendirian dan berusaha memajukan diri dan syarikat.
The Ideal City (2021)
Drama mengisahkan watak utama, seorang cost engineer wanita bernama Su Xiao. Di negara China, depa panggil cost engineer. Di Malaysia, kerjaya ni dipanggil Quantity Surveyor, panggilan femesnya QS. Tugas QS ialah buat anggaran kos untuk projek pembangunan dan mengawal selia kos ketika pembinaan sedang berjalan.
Su Xiao bekerja di ZJ Construction, sebuah syarikat pemaju yang besar. Dia incharge projek perumahan awam. Di awal drama, pekerja sub-contractor mogok depan pejabat ZJ kerana tak dibayar gaji. Sebenarnya, ZJ dah bayar kepada kontraktor utama iaitu TK Construction tapi main-con ni tak bayar kpd sub-con. Bos-bos ZJ panik sebab pada masa yang sama, pegawai besar local authority ada lawatan kerja ke pejabat ZJ dan kemudian lawatan tapak di projek perumahan awam.
Kemalangan kecil berlaku di tapak pembinaan semasa lawatan pegawai local authority. Su Xiao dikambinghitamkan dan diberhentikan kerja. Masa ni Su Xiao down betul, dahlah kena buang kerja, boyfriend pulak curang, main kayu tiga dengan kawan sepejabat.
Su Xiao kemudian bekerja di TC Construction. TC dan TK Construction ialah anak syarikat Yinghai Group. Yinghai Group ialah syarikat konglomerate yang ada pelbagai jenis perniagaan, ada lima syarikat kontraktor kecil yang digelar T- subsidiaries iaitu TK, TC, TH, TT & TS...
Drama ni berkisar pada urusan-urusan kerja dan staff di TK, TC dan Yinghai Group, persaingan untuk dapat tender, strategi perniagaan, masalah yang dihadapi oleh kontraktor kecil, office politik dan bagaimana Su Xiao buat perubahan di TC dan naik pangkat hingga jadi Director of Reform Group di Yinghai Group.
Plot drama ni interesting, flowing dan tak boring. Banyak yang dapat dipelajari dari drama ni..
1) Jika hendak maju, kita mesti berani buat perubahan - to develop, we must level up. if market force us to change, it is late already..
2) dalam pejabat, ada golongan yang toxic, yang tak suka kalau kita tunjuk pandai terutama mereka yang dah lama bekerja..
3) Semasa melobi projek besar All-Stars, client tanya boleh ke construction period dipendekkan..Su Xiao jawab dia dah buat simulasi BIM...pertama kali dengar BIM ni..Building Information Modelling..
BIM is a process for creating and managing information on a construction project throughout its whole life cycle. As part of this process, a coordinated digital description of every aspect of the built asset is developed, using a set of appropriate technology.
As the project enters the construction stage, the information developed can be used to plan and build more efficiently. Where revisions to the design are required, any changes can follow the agreed process in a transparent and recorded way. (source: www.thenbs.com)
4) business strategy - management buyou (MBO), initial public offering (IPO), merger. Bila president umum nak gabungkan semua 5 syarikat T-subsidiaries jadi satu syarikat besar, semua bantah. Tapi argument Presiden sangat tepat iaitu "industri sekarang sudah berubah, projek semua besar2, kontraktor bersaiz kecil, tak dapat bersaing untuk melobi projek-projek besar".
Presiden Yinghai Group ialah seorang yang value talent. Bila dia tahu ada staff di anak syarikat yang outstanding, dia akan offer bekerja di HQ untuk majukan Group. Dia dengar proposal Su Xiao nak convert Debt to Loan dan All Employees Share Ownership Scheme.
Mula-mula President offer hero, Xia Ming tapi hero tak minat kerja di HQ. Dia awal-awal lagi dah nak keluarkan TK dari Yinghai Group. Tapi dia seorang yang intelligent dan penuh strategi, sampaikan President kena buat deal dengan dia...
Recommended sangat drama ni untuk tontonan..rasa puas hati tengok drama yang beri banyak pengetahuan..
Kalau saya tengok pun mesti tambah pengetahuan baru. Rasanya orang tiada later belakang QS pun boleh faham kan?
ReplyDeleteBetul..yg bukan QS pun boleh faham..byk yg boleh dipelajari dari drama ni..
DeleteKontractor, pemaju bangunan dan hartanah berkaitlah kan.. ramalan projek nak siap. HQ ambil staff ok lagi, jangan pesaing yang ambil..cerita berinformatif.
ReplyDeleteBos company subsidiary tak puas hati HQ ambik staff dia..subsidiary pun nk maju jg..
DeleteDrama ni best..
Best jugak tengok cerita tentang kerja. Ada pengajaran yang boleh diambil. Tak boring, tu yang best layan tu.
ReplyDeleteseronok layan walaupun 40 ep..hehe..
DeleteCerita kena dengan jiwa dan relate dengan life kita memang seronok layan kan :)
Deletebetul..tak terasa walaupun byk episod..
Deletebagusnya drama berinformasi macam ni. takdelah setakat buh dialog "Papa nak Daniel ambil alih syarikat Papa". Adehh
ReplyDeletetu dialog drama Melayu..hehe..
Delete40 episod? Panjangnya!
ReplyDeletewalaupun pjg..tapi jln cerita dia best..
Deletewow ada Mark Chao, macam best :)
ReplyDeletebest tengok dia berlakon..
DeleteSebab tu saya suka tengok drama-drama luar negara. Diorang memang buat research dalam-dalam untuk hasilkan sesebuah cerita. Kita yang takde ilmu ni bila tengok, boleh dapat ilmu baru.
ReplyDeletebetul, skrip mereka lebih details & ada isi..kita pun dpt tambah ilmu..
Deletemak aii 40 eps tu yang tak tahan tuu..
ReplyDeletetengok pelan2..hehe..
DeleteDrama yg byk bagi info utk QS tp episod panjang sgt. Haha
ReplyDeletetengok slow2..cerita best, tak terasa byk episod..
DeleteDrama yang boleh relate dengan diri sendiri memang syiok layan hehehee...
ReplyDeletebetul..rasa seronok tengok drama ni..
DeleteTT tu ingat short form Teh Tarik Session...hehehehehe..
ReplyDeleteKlu kat R, staff branch yg berkaliber HQ panggil untuk trainning..bg mantap..
Tapi kalau branch ada masalah panggil staff HQ untuk settlekan...hehehehehe...
HQ jadi pemantau..kena tengok performance anak2..hehe..
Deletegolongan toxic memang ada dimana mana hahah
ReplyDeleteya, betulll..ada je org berfikiran negatif, tak nak berubah utk kebaikan..
DeleteBelum tgk lg drama ni
ReplyDeleterecommended utk ditonton..
Delete