Wednesday 31 July 2024

Fire Drill @ Menara Perak

Ada Fire Drill pagi tadi..

Selalunya HR akan inform awal tapi kali ni sonyap² je. Tetiba surprise! Semalam HR ada email tentang 'Evacuation Route & Assembly Area', ingatkan untuk general knowledge je, rupanya untuk Fire Drill hari ni...uhuk! uhuk! 

Hari Isnin dapat emel tentang Fire Drill, tapi Fire Drill bangunan sebelah (Menara Bank Islam). Pengurusan bangunan Menara Perak informed yang tenants Menara Bank Islam akan berkumpul dekat kawasan depan entrance semasa Fire Drill mereka minggu depan..so nak kami bagi kerjasama..

Around 10.15 pagi tadi, fire alarm dah start berbunyi...Fire Marshall arahkan semua turun tangga kecuali ibu mengandung, yang sakit...adehh turun tangga dari tingkat 10..Berkumpul depan Menara Bank Islam (assembly point), jiran sebelah, dengan tagline - jiran muafakat membawa berkat..

 
our company
 
Fire Marshall dan organiser Fire Drill
 
Ketua bomba sedang berucap
pelbagai jawatan - Assembly Point Controller, Incident Controller
Evacuation Controller, First Aider
 
Disebabkan letih turun tangga, untuk lunch, ramai2 order
nasi campur di kedai dekat office lama, Lalamove hantar
rinduuu...dah lama tak makan..lamalah sangat..haha..
baru 3 bulan..
 
lunch dalam office
rindunyaa..kuah masak lemak ketam..sambal belacan..

Alhamdulillah..

Zhang Lala Mee Tarik @ Bukit Bintang

Hola, masih lagi di Bukit Bintang...selepas gi Jalan Alor, berjalan semula ke Jalan Bukit Bintang, nak naik monorel di stesen depan Lot 10.

Lalu depan kedai mee tarik ni - Zhang Lala Mee Tarik namanya..

 
ralit tengok chopstick dan mee tarik ni, bergerak dengan sendirinya
dok naik turun, naik turun
 
 
kita close up sikit
 
ada alat mekanikal dalam lubang tu kot
sebab tu chopstik boleh terapung macam tu
 
Alang-alang dah sampai, jomlah dinner di sini
 
jom masuk
 
sekarang ni dah jadi kebiasaan ada menu di luar kedai
memandangkan dah banyak kali makan mee tarik
rasanya dah boleh hafal menu² mee tarik 
 
banyak menu nya..harga oklah..

Order signature dish kedai mee tarik - beef ramen (makan) 
dan tapau fried chinese chives pocket  
 
tempat buat mee tarik, suka tengok kayu api yang 
menyala-nyala kat bawah tu
 
beef ramen - enakk..
 
fried chinese chives pocket
 
overall, ok foods nya..recommended!

Tuesday 30 July 2024

Jalan Alor (sebelum kena angkut dengan DBKL)

Assalamualaikum semua..

Kisah pada petang 17 Julai 2024, selepas habis conference di Hotel Royal Signature, Bukit Bintang. Hotel dah dekat dengan Jalan Alor, seberang jalan je. Sebelum balik ke rumah, tetiba rasa nak pi Jalan Alor, nak check out tempat yang femes dengan tourist dari seberang..asyik fyp je di tiktok. 

Entahlah, bila dengar Jalan Alor je, perasaan tu rasa semacam je..mungkin dah sinonim dengan tempat makan orang Cina dan tempat 'red light district'..

Jom kita ronda-ronda Jalan Alor, tengok apa yang ada di sana, di sana..

suasana di sebelah kanan, 
selepas keluar dari lorong dari Jalan Bukit Bintang
 
Jalan Alor dah jadi pedestrian street

ok, kita jalan sebelah kiri dulu
 
dipenuhi dengan kedai makan dan gerai jual makanan Thai

Thai street foods
 
Tiger tu bukan biskut tiger ya..haha..
 
Ku lihat restoran bercampur-campur, tak sure halal ke tak, ada Restoran Kuning yang jual ikan bakar, pekerja nya approach, tunjuk-tunjuk menu..
 
Ada gerai yang jual pelbagai menu..
 
kambing golek
 
french fries panjang
 
gerai dessert Thai - suka tengok mesin pengisar ais tu
 
ada red ruby, yg lain x kenal
 
som tum..nyum, nyum.

pulut nangka pun ada
 
gerai mee tarik

gerai wagyu pun ada

gerai yang menjadi tumpuan ramai

tudia..black thorn @ duri hitam

ais krim kelapa & tanghulu

ramai juga yang jual ni- marshmallow ice-cream

yummy
 
Ok, kita ke Jalan Alor disebelah atas pula, belah kanan banyak kedai makan cina.
kita cuma survey gerai-gerai di sebelah kiri

pastry durian

buah nona

beli ni je - buah nenas + buah mangga/kedondong

Rata-rata yang berjualan di gerai-gerai semuanya warga asing 
 
-----------------------------------------

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barang perniagaan dan memindahkan halangan milik 16 penjaja di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, Rabu lalu (26.7.2024)..

DBKL dalam kenyataannya berkata, operasi itu dilaksanakan melalui Jabatan Penguatkuasaan serta pejabat DBKL cawangan Bukit Bintang serta Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.

"Hasil daripada operasi yang dijalankan, penjaja dikenakan tindakan sita serta-merta di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 yang membabitkan 15 penjaja warga asing tanpa lesen perniagaan yang sah serta seorang penjaja warganegara dikenakan notis di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974"

DBKL dalam kenyataan sama berkata tindakan dan pemantauan di lokasi tumpuan yang sudah dikenal pasti akan diteruskan.

sumber: Berita Harian

semua kena angkut

Memang kena pantau kawasan ni, kalau tak..patah tumbuh, hilang berganti..dah banyak kali DBKL buat operasi di sini..memang tak serik-serik mereka ni..

...........................

Pernah ke area ni pada tahun 2018. Cerita menarik di Jalan Alor Backstreet, sila baca entry Jalan Alor @ Bukit Bintang..

Monday 29 July 2024

Turkish Cafe Istanbul @ TTDI

Salam hari Isnin..

Masih lagi cerita di Glo Damansara Shopping Mall. Selepas makan kenduri di Wild Garden Hall di tingkat 3, kami turun ke Ground Floor. Tujuannya nak mengopi di Turkish Cafe Istanbul. Alang-alang dah sampai sini, jom check out Turkish cafe pula..mengimbau kenangan di Turki..hihi..

dining area di bahagian luar
 
full house di bahagian dalam
 
Dapat tempat di bahagian luar. Jom tengok menu yang ada
hampir semua menu Turki ada
 
 dah 10 tahun cafe ni since 2014
 
Founder - Chef Deniz
 
menu kebab
 
menu breakfast - simit pun ada
 
comel je tisu cop restoran
 
Disebabkan dah makan kenduri, kami order pide dan kunafe, share 4 orang. anak saudara yang sorang tu tak join makan, dah kenyang katanya..
 
pide beef pepperoni datang sekali dengan sebotol minyak zaitun

ada bawang putih, cili kering dan daun rosemary
dalam minyak zaitun
 
 
pide beef pepperoni..so so je..

kunafa..bolehlah..

 Minuman pula iced lemon tea, iced chocolate, orange juice 
dan 3 plain water

sedap..iced lemon tea
 
Total harga + tax = RM101.50

Alhamdulillah, next time boleh try menu lain pula

sesekali bolehlah kan..xoxo..

dulu tahun 2015, pernah ke Turkish cafe di TTDI juga, mungkin restoran yang sama, sebabnya nama sama dan restoran tu dah takde di lokasi di situ, boleh check entry Turki dan Naelofar