Tuesday 16 July 2024

Internal Training #1: Geran Tanah

Assalamualaikum...

Hari Jumaat 5.7, sudah bermula internal training untuk technical staff. Idea daripada tuan director. Dimulai dengan perkara asas dalam bidang kerja kami iaitu How To Read A Title - bagaimana membaca hakmilik atau orang selalu panggil geran..apa informasi yang boleh didapati dalam sesuatu geran tanah..


Training dibuat secara hybrid - penyertaan fizikal dan juga online untuk cawangan di seluruh Malaysia.

Bila tengok geran tanah, apa maklumat yang boleh kita extract? Sebelum tu, geran tanah ni pun ada pelbagai jenis (di Semenanjung Malaysia), Sabah & Sarawak lain pula...ada yang tulis Geran, Geran Mukim, Pajakan Negeri, Pajakan Mukim, HSD (Hakmilik Sementara Daftar), HSM (Hakmilik Sementara Mukim).

Kalau dah title Geran dan Pajakan tu maknanya dah 'final title' tapi kalau masih HSD atau HSM, itu dipanggil 'Qualified Title'..title sementara..sebelum tanah diukur oleh pejabat tanah...

Ada dua tempat dimana maklumat geran tanah disimpan. Geran, Pajakan Negeri dan HSD di simpan di Pejabat Pendaftar (Registry of Title) manakala Geran Mukim, Pajakan Mukim dan HSM disimpan di Pejabat-Pejabat Tanah di daerah masing-masing, so kalau nak buat carian kenalah pergi ke tempat yang betul. Tapi sekarang ni sudah boleh diakses melalui online portal..Alhamdulillah, jimat masa dan tenaga..

Hal-hal tanah di Semenanjung Malaysia dikawalselia dibawah Kanun Tanah Negara 1965. Maklumat yang boleh di extract dari geran ialah nombor lot, luas lot, pegangan, cukai tanah, jenis kegunaan, kaveat, sekatan-sekatan, status (Rizab Melayu), charge bank, urusan pindahmilik, urusan pengambilan tanah, right of way dan urusan-urusan lain seperti 'surrender & alienation' (serahan dan pemberimilikan semula - pecah sempadan)..

Tuan director sedang beri penjelasan
 
kusyuk mendengar
 
dua orang director yang incharge
 
Selepas training, ada jamuan ringan..kuih-muih..
 
Alhamdulillah.

Semoga perancangan nak buat internal training sekali sebulan berjalan lancar

16 comments:

  1. Semoga acaranya berjalan sukses kak...Mbul itu terliut lihat snack dalam piringnya...kuih muih yang belum pernah Mbul jumpa tapi kelihatannya sweet dan enak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sukses!..kuih cara berlauk, kaswi dan vadai...satu je sweet, 2 lagi savoury...

      Delete
  2. Semoga perancangan sebulan sekali internal training itu dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan semuanya. Part paling best pasal training selain belajar bendar baru ialah jamuan makan hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...part makan2 free mmg sentiasa best..hehe..

      Delete
  4. Uish... kalau uncle training cam ni... alamat Zzzzzzz la....

    ReplyDelete
  5. Training ni memang makanan pun kadang banyak kali. Selamat training!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Training kt office makan sekali je...hehe..

      Delete
  6. ckp dgn tuan director lenkali kene buat training kat oversea la makcik., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tu kena byr sendiri²..hehe..company x sponsor..

      Delete
  7. Sambil training.. smbil ngunyah.. mmg best hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mkn² agenda last sekali, selepas hbs training..

      Delete
  8. Bagus juga ada training ni .at least daapt timba lagi ilmu pengetahuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah tujuannya - utk bagi ilmu pengetahuan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!