Monday 29 July 2024

Turkish Cafe Istanbul @ TTDI

Salam hari Isnin..

Masih lagi cerita di Glo Damansara Shopping Mall. Selepas makan kenduri di Wild Garden Hall di tingkat 3, kami turun ke Ground Floor. Tujuannya nak mengopi di Turkish Cafe Istanbul. Alang-alang dah sampai sini, jom check out Turkish cafe pula..mengimbau kenangan di Turki..hihi..

dining area di bahagian luar
 
full house di bahagian dalam
 
Dapat tempat di bahagian luar. Jom tengok menu yang ada
hampir semua menu Turki ada
 
 dah 10 tahun cafe ni since 2014
 
Founder - Chef Deniz
 
menu kebab
 
menu breakfast - simit pun ada
 
comel je tisu cop restoran
 
Disebabkan dah makan kenduri, kami order pide dan kunafe, share 4 orang. anak saudara yang sorang tu tak join makan, dah kenyang katanya..
 
pide beef pepperoni datang sekali dengan sebotol minyak zaitun

ada bawang putih, cili kering dan daun rosemary
dalam minyak zaitun
 
 
pide beef pepperoni..so so je..

kunafa..bolehlah..

 Minuman pula iced lemon tea, iced chocolate, orange juice 
dan 3 plain water

sedap..iced lemon tea
 
Total harga + tax = RM101.50

Alhamdulillah, next time boleh try menu lain pula

sesekali bolehlah kan..xoxo..

dulu tahun 2015, pernah ke Turkish cafe di TTDI juga, mungkin restoran yang sama, sebabnya nama sama dan restoran tu dah takde di lokasi di situ, boleh check entry Turki dan Naelofar

18 comments:

  1. digambar pertama nampak sayup-sayup office lama dibelakang tu sebelum kami berpindah

    ReplyDelete
  2. Menarik ni, kalau saya saya akan order lentil soup dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..tak teringat nak order turkish soup..next time..

      Delete
  3. wowww feeling2 di Turki hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...harga pun lebih kurang mcm kt Turki..huhu..

      Delete
  4. Replies
    1. itulah..sampai 100 ringgit...sesekali bolehlah..huhu..

      Delete
  5. Mati2 ingat kak Nohas pi Istanbul...a bit pricey kan..but..apa je yang murah kalau kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengimbau kenangan...hihi...itulah harga on the high side..

      Delete
  6. Minyak zaitun tu nak kena tuang atas pide tu ke, sis? Aduh, kita tak pernah makan, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar sikit2...saya pun first time makan pide sekali dgn minyak zaitun, masa makan kt Turki takde pulak depa bagi minyak zaitun..

      Delete
  7. Sejak balik dari Istanbul rasa macam tak berapa kena pulak makanan di Turkiye dengan tekak kiteorang. Ke kiteorg yg salah pilih tempat makan masa kat sana, tak pasti la hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. generally, makanan turki ni sedikit bland, tawar..tapi semasa di Cappadocia, sedap makanan dia, ada rasa esp yg kat restoran bawah tanah tu..pide dia terbaikk..

      Delete
  8. Tahu tempat ini, pernah lalu masa check in kat hotel di area sini baru2 ni.

    ReplyDelete
  9. Boleh la lepas rindu pada turkey kalau ke sini hihihi.. harga tu tutup mata sebelah jer la.. sekali sekala hihii.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sesekali bolehlah...harga tak menahan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!