Tuesday, 30 July 2024

Jalan Alor (sebelum kena angkut dengan DBKL)

Assalamualaikum semua..

Kisah pada petang 17 Julai 2024, selepas habis conference di Hotel Royal Signature, Bukit Bintang. Hotel dah dekat dengan Jalan Alor, seberang jalan je. Sebelum balik ke rumah, tetiba rasa nak pi Jalan Alor, nak check out tempat yang femes dengan tourist dari seberang..asyik fyp je di tiktok. 

Entahlah, bila dengar Jalan Alor je, perasaan tu rasa semacam je..mungkin dah sinonim dengan tempat makan orang Cina dan tempat 'red light district'..

Jom kita ronda-ronda Jalan Alor, tengok apa yang ada di sana, di sana..

suasana di sebelah kanan, 
selepas keluar dari lorong dari Jalan Bukit Bintang
 
Jalan Alor dah jadi pedestrian street

ok, kita jalan sebelah kiri dulu
 
dipenuhi dengan kedai makan dan gerai jual makanan Thai

Thai street foods
 
Tiger tu bukan biskut tiger ya..haha..
 
Ku lihat restoran bercampur-campur, tak sure halal ke tak, ada Restoran Kuning yang jual ikan bakar, pekerja nya approach, tunjuk-tunjuk menu..
 
Ada gerai yang jual pelbagai menu..
 
kambing golek
 
french fries panjang
 
gerai dessert Thai - suka tengok mesin pengisar ais tu
 
ada red ruby, yg lain x kenal
 
som tum..nyum, nyum.

pulut nangka pun ada
 
gerai mee tarik

gerai wagyu pun ada

gerai yang menjadi tumpuan ramai

tudia..black thorn @ duri hitam

ais krim kelapa & tanghulu

ramai juga yang jual ni- marshmallow ice-cream

yummy
 
Ok, kita ke Jalan Alor disebelah atas pula, belah kanan banyak kedai makan cina.
kita cuma survey gerai-gerai di sebelah kiri

pastry durian

buah nona

beli ni je - buah nenas + buah mangga/kedondong

Rata-rata yang berjualan di gerai-gerai semuanya warga asing 
 
-----------------------------------------

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barang perniagaan dan memindahkan halangan milik 16 penjaja di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, Rabu lalu (26.7.2024)..

DBKL dalam kenyataannya berkata, operasi itu dilaksanakan melalui Jabatan Penguatkuasaan serta pejabat DBKL cawangan Bukit Bintang serta Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.

"Hasil daripada operasi yang dijalankan, penjaja dikenakan tindakan sita serta-merta di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 yang membabitkan 15 penjaja warga asing tanpa lesen perniagaan yang sah serta seorang penjaja warganegara dikenakan notis di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974"

DBKL dalam kenyataan sama berkata tindakan dan pemantauan di lokasi tumpuan yang sudah dikenal pasti akan diteruskan.

sumber: Berita Harian

semua kena angkut

Memang kena pantau kawasan ni, kalau tak..patah tumbuh, hilang berganti..dah banyak kali DBKL buat operasi di sini..memang tak serik-serik mereka ni..

...........................

Pernah ke area ni pada tahun 2018. Cerita menarik di Jalan Alor Backstreet, sila baca entry Jalan Alor @ Bukit Bintang..

26 comments:

  1. meriahnya.. mmg rambang mata tgk mknn... tp window shopping pn not bad jugak la xleh nk diturutkan sgt nafsu mkn... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, meriah..berselisih dgn pelancong je..mcm2 ada...tapi takut gak, yg menjual mostly orang luar, rasa was-was juga...halal ke tak...

      Delete
  2. Jalan Alor ni famous tempat makan street food, selalu tgk influencer buat video pasal gerai makanan seafood kat sini tapi tak pernah jejakkan kaki lagi kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ofismate ramai yg review oyster kat sini...pertama kali ronda-ronda di sini...dulu gi, setakat pangkal jalan je....

      Delete
  3. ada orang cakap ada satu kedai sup ekor sedap kat jalan alor ni...tapi nak masuk situ pun macam hmmmm. dengan kiri kanan ada kedai jual juadah kataklah, yg tak halallah. macammmmmm hmmm takyahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..bercampur kedai halal and non-halal..kekdg yg operate kedai tu org luar, tu yg krik krik..

      Delete
  4. Bercampur2 gerai macam tu kita pun ragu2 nak membeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..lebih cari yg ditempat yg kita yakin ok..

      Delete
  5. Dah lama tak lalu area sini + Petaling street dan Chinatown.

    ReplyDelete
  6. "Tiger tu bukan biskut tiger ya" <-- teringat ada siapa entah share haritu 'Mari Mengenal Tiger' hehehe

    ReplyDelete
  7. laa dah kena. angkut rupanya
    patut la x berlesen adoiii
    baru nk ushaaa jga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg berniaga depan kedai...suka2 hati berniaga..

      Delete
  8. Tu la kena tengok betul2 kedainya yg halal....main duduk lps tu order.... sekali datang beserta botol rimau...tepuk dahi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kena masuk kedai yg betul, silap masuk, parah dibuatnya..

      Delete
  9. seriously ako pun x pernah sampai area tu hehehe... sejenis malas nak sesak2 kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. time lewat petang, x berapa sesak...malam baru ramai orang..

      Delete
  10. Tak pernah sampai ke sini... Bagus la sita peniaga asing yg tiada lesen.. kalau tak huru hara jadinya tmpt tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, pendatang yg ramai berniaga..nak beli pun rasa was-was..depa ni jaga ke halal haram..

      Delete
  11. buah nona ini kalau tempat mbul namanya sirkaya kak...mbul ada pohonnya ...manis walau tekstur dagingnya agak berpasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..wah bagus banget ada pokok sirkaya..susah nak jumpa buah ni..

      Delete
  12. Kalau campur2 gerai nie, linda pun tak berani... Tapi, kalau memang ada guide yang betul2 yakin.. Folo je.. Hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah rasa was2 jg..tapi kalau seafood bolehlah beli..

      Delete
  13. SA ni mencari buah Nona...sampai sekarang x jumpa..ke kena ke Jalan Alor jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg susah nak jumpa org jual buah nona...boleh try ke sini..haha..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!