ia lahir dari dasar hati
Monday, 4 May 2009
Chemical Romance
ia lahir dari dasar hati
Tuesday, 28 April 2009
Panas Hati
Apa motif TV3 siarkan Kingdom of Heaven dalam slot Mega Movie Jumaat lalu? Panas hati. Pada yang menonton, khasnya orang Islam, ada terfikir apa-apa tak? [CTIEYZ:BHA14020]
Pertama kali menontonnya lantaran mendengar ceramah seorang ustaz yang berkata “amat jarang filem barat mempamerkan Islam sebagai agama yang cintakan kedamaian. Salahuddin Al-Ayubi (Saladin) digambarkan sebagai pemimpin Islam yang bertoleransi..”
Kali kedua menontonnya setelah membaca entry di Saifulislam.com bertajuk Medieval Europe: Selesai pada November 2007 dan tertarik dengan klausa ini..Paling penting, mengapakah Barat begitu aktif mengkaji Crusades sedangkan Muslim tidak begitu? Hal-hal ini memerlukan kepada kesediaan kita untuk mengembara, membongkar kembali banyak bahan yang tercicir dari mainstream.
Kali ketiga menontonnya setelah membaca beberapa review mengenai filem ini di Internet seperti Memorable Quotes for Kingdom of Heaven (2005) dan Kingdom of Heaven (Wikipedia) bagi memantapkan pemahaman mengenai filem ini.
Bila terbaca komen rakan BH diatas, saya terfikir adakah orang Islam terlupa sejarah? The Crusades memang ada, Perang Salib memang ada. Pembebasan Kota Jerusalem oleh Salahuddin Al-Ayubi memang benar. Filem itu berkisar di zaman the Crusades pada abad ke 12. Disebabkan filem ini, filem terbitan barat maka filem ini lebih banyak memaparkan usaha pihak Kristian mempertahankan Jerusalem dari ditawan oleh tentera Islam. Kebanyakan dari watak-watak dalam filem ini adalah benar berdasarkan sejarah zaman itu, seperti King Baldwin IV yang menghidap sakit kusta, Guy of Lusignon dan Salahuddin Al-Ayubi (Saladin).
Apa yang menarik tentang filem ini ialah ia menggambarkan Islam sebagai agama toleransi yang dipaparkan dalam babak ketika penawanan kota Jerusalem di antara Balian dan Saladin. Saladin menawarkan Balian menyerah Jerusalem kepadanya dan Saladin akan memastikan orang Kristian Jerusalem selamat dalam perjalanan ke tanah Kristian. Balian ragu-ragu lantas memberitahu semasa the Crusaders menawan Jerusalem beratus tahun dahulu, mereka telah membunuh penduduk Islam Jerusalem dengan kejam tetapi Saladin menegaskan bahawa dia adalah lelaki yang bermaruah dan berpegang pada janji lantas memberi laluan selamat kepada Balian dan orang-orangnya untuk meninggalkan Jerusalem.

Di dalam filem ini juga memaparkan the Alcazar of Seville iaitu sebuah istana diraja di Seville, Sepanyol. Dibina oleh Kerajaan Almohades merupakan satu contoh mudejar arkiteksur. Mudejar merupakan gelaran untuk orang Islam yang tinggal dibawah jajahan orang Kristian di Sepanyol selepas episod Reconquista sebelum dipaksa tukar agama atau dihalau dari negara Sepanyol. Didalam filem ini, Ridley Scott telah menggunakan courtyard di the Alcazar sebagai salah satu lokasi bagi istana untuk King of Jerusalem yang memakai topeng itu.
Thursday, 23 April 2009
Kisah dari Jerman
Bill dari Zoo Brno di Bruenn, Republik Czech bertandang ke kolam Lara di Jerman.

Courtesy of MSNBC
>
>
>
>
Ngerinya...seekor beruang kutub sedang menggigit seorang wanita yang terjun ke dalam kolamnya ketika petugas Berlin Zoo sedang memberi makan kepada beruang-beruang...
Mungkin dia ingat makanan dari langit...makanan tambahan...

Moral of the story:
1) Allah jadikan setiap sesuatu berpasang-pasangan; hidup pasangannya mati
2) Haiwan juga pandai menunjukkan kasih sayang mengikut fitrah kejadiannya..
3) Haiwan berkasih-sayang sesama species; menjadi musuh bagi berlainan species
4) Maut jangan dicari; jangan melompat ke dalam kolam/kandang binatang buas..
Friday, 17 April 2009
Blogger Terhebat
Semasa merayau-rayau di alam maya, saya terjumpa satu artikel yang mengatakan hamba Allah ini adalah BLOGGER TERHEBAT.Mula berblog pada tahun 2004 dan satu setengah tahun kemudian, blognya menjana pendapatan sebanyak USD30K sebulan dan artikel-artikelnya telah diterjemah ke lebih 12 bahasa dan dapat dimanfaatkan di 150 negara di dunia. Pengunjung blognya sekarang mencecah 2 juta sebulan..
Dengan keterujaan yang tinggi, saya terus klik ke laman blog beliau. Beliau menulis mengenai ‘personal development’, ‘self-help’ dan juga pelbagai tips motivasi. Memang diakui bahawa bidang motivasi, pembangunan diri, keyword ‘how-to’, etc, etc. sangat digemari ramai, all-times favourite, di alam maya dan juga di alam realiti.
Apabila membaca biodata beliau, saya rasakan sememangnya dia paling layak bercakap mengenai motivasi dan kecemerlangan diri. Pernah dipenjarakan pada usia 19 tahun kerana kes jenayah berat dan kemudian dibuang sekolah, beliau telah berusaha sendiri untuk bangkit dari kegagalan, membina kecemerlangan diri dan mencapai kejayaan di dalam hidupnya.
Beliau telah berusaha mengawal diri dari habit ‘kleptomania’ iaitu sikap suka mengambil barang-barang kecil di rumah orang (lebih kurang mencuri). Berjaya menggenggam ijazah dalam bidang komputer sains dan matematik dalam tempoh tiga semester sahaja, membuka syarikat perisian komputer, mencipta ‘award-winning’ permainan komputer, memasuki Los Angeles marathon dan seorang yang mahir dalam seni mempertahankan diri.
Memang hebat blogger ini dan artikel-artikelnya pun memang hebat. Namun, darjah kekaguman saya seakan surut sedikit apabila membaca satu artikel beliau yang bertajuk ’10 sebab kenapa anda tidak perlukan agama’ atau dalam Bahasa Inggerisnya ’10reasons you should never have a religion’…merujuk kepada semua agama di dunia.
Membaca artikel ini, logik akal mengiakannya. Minda berperang, hati resah menyebabkan saya beristighfar & mengucap kalimah syahadah berulang kali, lantas saya membacanya hanya untuk fakta ilmiah sahaja.
“Your intellect is a better instrument of spiritual growth than any religious teachings.”
Begitulah, pemikiran seorang atheis mengenai kehidupan beragama. Terlampau mengagungkan pemikiran intelek. Merasakan segala apa yang dicapai dalam hidupnya kerana usahanya/kepandaian diri sendiri. Semoga, hidayah Allah hadir dalam dirinya. Di dalam Al-Quran banyak ayat yang menyuruh umat sentiasa berfikir..
"Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir" (Surah Al-Baqorah, ayat 219)
"Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal" (Surah Ali-Imran, ayat 7)
Jauh di sudut hati, saya bersyukur kerana dilahirkan seorang Muslim dan nikmat iman dan Islam masih lagi Allah kurniakan. Diri sentiasa berdoa agar nikmat ini terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan memohon daripadaNya agar diberi kekuatan menjaganya serta meningkatkan tahapnya, menggunakan akal fikiran untuk mendekatkan diri padaNya.
Mungkin banyak lagi artikel-artikelnya yang lain yang bagus-bagus untuk dibaca lalu akur dengan ungkapan kata ini “jangan melihat pada siapa yang bercakap tetapi dengarlah apa yang diperkatakan”
Dan untuk pertama kalinya, saya mengetahui adanya ‘polyamorous marriage’, perkahwinan terbuka..hish pelik benar dia ni, ingatkan cuma ada poligami sahaja dalam perkahwinan. Mungkin kerana sudah terlampau pandai, pelbagai alasan dicipta untuk mewajarkan tindakan...the power of mind..
Hmmm..with that, I rest my case..
Klik di sini untuk ke laman blog beliau (enter at your own risk)…
Monday, 13 April 2009
Racun
Li Li pergi berjumpa dengan teman ayahnya, Sinshe Wang yang mempunyai Toko Ubat Cina. Dia menceritakan situasinya dan meminta Sinshe Wang membuat ramuan racun yang kuat untuk membunuh ibu mertuanya. Shinshe Wang berfikir keras sejenak dan berkata “Li Li, saya mahu membantu kamu tetapi kamu mesti mendengar dan menuruti segala arahan saya”
“Baik, Pak Cik Wang, saya akan menuruti segala yang pakcik suruh” kata Li Li.
Shinshe Wang masuk ke dalam dan kemudian keluar membawa sebungkus ramuan lalu berkata “Kamu tidak boleh memberi racun yang kuat untuk membunuh ibu mertuamu secara serta-merta kerana itu akan menimbulkan rasa curiga. Saya telah membancuh ramuan beberapa jenis tanaman yang secara perlahan-lahan akan menjadi racun dalam tubuhnya” Shinse Wang berkata selanjut. “ Setiap hari sediakan makanan yang enak-enak dan masukkan sedikt ramuan ini kedalamnya. Kamu harus berhati-hati dan supaya tiada yang curiga sehingga saat kematiannya. Bersahabatlah dengannya, tunjukkan sikap yang baik, jangan berdebat dan melayannya seperti ratu”
Li Li sangat senang hati dan terburu-buru pulang bagi merencana untuk membunuh ibu mertuanya. Minggu demi minggu, bulan demi bulan, setiap hari, ibu mertuanya dijamu dengan makanan yang enak-enak yang sudah dibubuh dengan ramuan Sinshe Wang. Dia teringat tentang pesanan Sinshe Wang untuk mencegah rasa curiga lantas dia mengawal kemarahannya, menuruti segala perintah ibu mertuanya dengan baik dan memperlakukannya seperti ibunya sendiri.
Setelah enam bulan, suasana di rumah ibu mertuanya bertukar secara drastik. Li Li sudah mampu mengawal amarahnya sehingga menemukan dirinya yang sudah tidak pernah marah atau kesal. Dia sudah tidak berdebat dengan ibu mertuanya di dalam masa enam bulan yang terakhir. Dia juga merasakan sikap ibu mertuanya juga sudah berubah, semakin ramah dengannya dan melayan Li Li seperti puterinya sendiri. Malah, ibu mertuanya memberitahu jiran-jiran dan sanak-saudara yang Li Li adalah menantunya yang paling paik.
Li Li dan ibu mertuanya saling bersikap seperti ibu dan anak dan situasi ini menimbulkan rasa bahagia di hati suami Li Li. Sekali lagi Li Li pergi berjumpa Sinshe Wang meminta bantuan. “Sinshe Wang, saya mahu ubat yang menawar racun di dalam tubuh ibu mertuaku. Dia telah berubah menjadi wanita yang baik kepada saya dan saya sangat mencintainya. Saya tidak mahu dia mati kerana racun yang saya berikan.”
Sinshe Wang tersenyum sambil berkata “Li Li, tiada apa yang perlu kamu khuatirkan. Saya tidak pernah memberi kamu racun. Ramuan itu adalah ramuan penguat badan untuk menjaga kesihatan beliau”.
“Satu-satunya racun yang ada, adalah yang terdapat di dalam fikiranmu sendiri dan juga dalam sikapmu terhadapnya dan semuanya telah disapu bersih dengan cinta yang kau berikan kepadanya..”
Monday, 6 April 2009
Friday, 3 April 2009
Mertua vs Menantu
Tiada yang lebih menggembirakan bagi pasangan yang berkahwin apabila diri diterima oleh keluarga dan sanak-saudara pasangan. Menerima sebagai ahli keluarga tanpa syarat atau konflik. Konflik di antara menantu dan mertua merupakan isu yang sentiasa hangat diperbincangkan terutama krisis antara menantu perempuan dan ibu mertua.Langkah yang boleh diambil jika mengalami konflik dengan mertua atau menantu
1. Berdamai dengan diri sendiri. Bermakna anda menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dan membuang pelbagai fikiran negatif yang muncul. Antara caranya ialah jangan terlalu kerap atau langsung tidak berjumpa antara satu sama lain. Alihkan fikiran kepada hal lain yang lebih positif, misalnya berkaitan anak atau cucu, suami, rumah, pekerjaan dan ibadat.
2. Menilai diri sendiri. Apabila perasaan tenang dan dapat berfikir dengan lebih waras, periksalah diri mengapa timbul konflik. Tanyakan pada diri anda sendiri apakah selama ini anda selalu mencari kebenaran atas segala tindakan yang anda lakukan terhadap menantu (mertua) daripada melihat suatu masalah secara objektif. Tidak adakah hal positif atau masa indah yang dilalui bersama-sama? Apakah untung ruginya jika hubungan demikian berterusan.
3. Belajar untuk memahami beberapa hal. Setiap keluarga mempunyai budaya masing-masing. Begitu juga antara menantu dan mertua memiliki budaya keluarga yang berbeza termasuk didikan, peraturan, kebiasaan dan nilai yang berlaku dalam suatu keluarga. Semua itu tentu saja membentuk karakter, sikap dan pembawaan individu dalam kehidupan sehariannya dan dalam menghadapi masalah.
Ini bererti ada hal yang harus tetap dijaga dan kedua pihak tidak boleh saling memaksa kehendak antara satu sama lain. Haruslah disedari untuk sampai pada tahap seperti itu pasti perlukan masa untuk saling menyesuaikan diri dan saling memahami.
4. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata atau gosip pihak ketiga. Jika mendapat aduan dari pihak ketiga mengenai mertua (menantu), ingatlah bahawa besar kemungkinan ada kata-kata yang tidak benar atau ditambahkan menyebabkan maklumat itu tidak kesampaian dari maksud sebenarnya. Oleh itu, lebih baik bertanya sendiri kepada pihak terbabit.
5. Berhati-hati berkongsi masalah dengan orang luar. Pastikan anda berkongsi masalah dengan individu yang benar-benar dapat dipercayai. Jangan sampai apa yang anda luahkan pada orang itu akan tersebar ke pihak lain. Jika anda tidak mempercayai keluarga atau teman anda, maka carilah individu yang arif seperti kaunselor perkahwinan atau psikologi yang boleh membantu menyelesaikan masalah anda.
Wednesday, 1 April 2009
Ini ada satu cerita (2)
Muslim seharusnya tidak lagi menggunakan perkataan `Mosque'.Suatu hari, saya membaca buku berjudul 'THE COMPLETE IDIOT'S GUIDE TO UNDERSTANDING ISLAM' ('PETUNJUK YANG LENGKAP KEPADA IDIOT (SI JAHIL) UNTUK MENGERTI ISLAM)
'I've checked this book in yahoosearch, and it's true it's there'. Dan buku itu berisi fakta-fakta yang lucu. Salah satunya adalah mengenai kata ‘Mosque’. Banyak dari kita yang berfikir bahwa ini adalah terjemahan bahasa Inggris untuk Masjid. Saya yakin tak ada seorang pun dari kita yang mengetahui dengan tepat bagaimana kata ini ada dan kemudian mempunyai kemiripan bunyi dengan 'Masjid'.
Jadi saudara-saudaraku seiman, hindarilah penggunaan kata yang dengan jelas menunjukkan tamparan ke muka ke wajah umat Islam. Beritahukanlah saudara-saudara kita yang lain tentang sejarah dan etimologi (ilmu asal kata) tentang kata yang nista ini. Dan marilah kita ganti kata itu dengan kata yang memiliki makna yang seharusnya:
Masjid = Tempat untuk Bersujud!! Bukan Mosque = Tempat Pembasmian!
Jika ada diantara saudara-saudara yang masih ragu tentang hal ini, silakan mencari buku tersebut dan kemudian membacanya. Saudara-saudara juga bisa bertanya kepada ustadz-ustadz kita. Wasallam. ..
Friday, 27 March 2009
Ini ada satu cerita (1)
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.
Setiap kali menjelang 1hb April, gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Petikan drpd Risalah Fikrah "Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu"
Sangat sedih membaca cerita di atas. Lagi sedih bila melihat umat Islam yang gembira menyambut April Fool ni. Just for fun, ahh alasan. Membodoh-bodohkan diri sendiri.
"Ternyata, hampir semua buku tentang Sejarah Eropah yang ada di pasaran menyembunyikan sejarah Andalus kerana ia terlalu buruk, keji, jelek mengatasi binatang, pada imej kaum Kristian yang sangat hina pada masa itu. Pope hari ini sudah memohon maaf kepada Yahudi atas perlakuan kuasa Kristian kepada Yahudi ketika itu, tetapi hingga kini, beliau masih sombong untuk memohon maaf atas kematian umat Islam yang mencecah ratusan ribu malah jutaan orang. - Saifulislam.com
Wednesday, 25 March 2009
Dyera costulata

Guthrie Pavillion
Berdekatan dengan bangunan kapal layar tu ialah Guthrie Golf Academy. Tension kerja boleh main golf jap...
OK, yang mana satu nak pilih ni?? 18-hole pitch & putt atau 9-hole mini golf?? Main kat driving range je lahh...berangan jerr, lebih baik ambik sabit masuk dusun kat kampung buat site clearing.. Golf kan ke Golongan Orang Lemah Fikiran..just joking..
Thursday, 19 March 2009
Dah tua pun, nak juga bertattoo..
Atau kokeshi dolls, any takers? Wow, artistic & aesthetic..
Friday, 13 March 2009
Di satu petang yang suram dan kelam....
Pertama kali menghadiri ‘shareholders meeting’ sebagai one of the consultants to the manager of the fund merupakan satu pengalaman menarik. Pelbagai ragam manusia yang datang, ada yang pakai well-tailored suit, ada yang sempoi pakai baju T dan kasut ‘crocs’…
Mesyuarat nampaknya tidak berapa rancak. Presentation dari the adviser menambah kesuraman, melihat graf yang semakin menurun, pie chart yang semakin menguncup, angka-angka yang semakin mengecil, profit yang semakin kabur. ..berselang-seli dengan financial jargons…FYE, LAD, NAV, VWAP..
In view of the current economic and financial crisis as well as the soft property market, bla..bla..bla..
Yeahh, blame it on the crisis, blame it on the crunch…
Suasana suram, sesuram cuaca di luar bangunan yang semakin kelam…
One outspoken shareholder agreed the fund to be terminated and proposed the cash to be given first to the shareholders while finding buyers for the properties. His proposal was collectively agreed by other shareholders. Sebulat suara. Macam cerita Jerry Mcquire `show me the money’…
Melihat graf yang turun naik, terlintas di fikiran 'bagaimanakah graf keimanan kita? Adakah sentiasa naik atau ada pasang dan surutnya? Di mana di waktu pagi dia beriman, di waktu petang dia kembali kufur?
Renungkan sejenak e-mail berikut yang diterima dari seorang teman..
Kini, saban hari ramai yang bimbang, ekonomi meleset, harga barang naik, pendapatan merosot dan lain-lain. Kitakan hamba pada Allah yang Maha Kaya..وَاللّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ Kita susah, adukan pada Allah, kita hilang sesuatu, minta diganti kan olehNya, kita rugi, sabarlah, mungkin ada hikmahnya. Itulah ujian hidup. Allah uji kita semua. Ustaz Kariman begitu menghargai kata-kata gurunya yang didapati ketika kuliah suboh, dan diingati hingga ke saat ini. Katanya, ianya bukan hadis cuma kata-kata ulama dulu-dulu…"bapa-bapa dan ibu-ibu sekelian, apa tidak benar kata-kata ulama dulu bila berkata “jika kita hanya takut kepada Allah, Allah akan jadikan sekalian makhluk takut dan hormat pada kita. Tapi jika pada Allah kita tak takut, Allah akan jadikan kita takut pada semua selain Allah.” Takut pada miskin. Takut pada sakit. Takut pada fitnah orang.
Surah Al-Baqarah 2:155 "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar"
Jangan takut dan bimbang. Usaha bersungguh selagi berdaya.
"The burden is on us to perform, not the economy" said Datuk Dr Ang Bon Beng,So be positive and brave, just the values we need to instil amongst the Muslims. Semakin gawat, semakin kuat usaha, di samping semakin bersyukor dengan apa yang ada. Ramai orang sekarang tak tau berterima kasih, apa lagi nak bersyukor dengan Allah. Kita masih ada bumbong, ketika malam tiba nak tidur. Masih ada air bersih nak minum dan bersihkan diri. Ada kerja dan sumber rezeki untuk meneruskan kehidupan. Fikirkan sejenak saudara kita di Palestine, Iraq…Cuba amal kan, rajin-rajin lah bersyukor dan lihat bagaimana Allah membalasnya…Allah pasti akan menambah nikmat…
Executive Director of Tan Chong.
Surah Ibrahim 14:7 "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
Lagi gawat, lagi kita bersedekah. Tak pernah orang jatuh miskin apabila banyak bersedekah. Kebanyakan orang jatuh miskin sebab kedekut. Lagi pun bukan semua, kita di suruh infaq cuma sebahagian dari apa yang kita punyai. Hakikat nya, apa yang kita sedekah itulah yang kita dapat di akhirat kelak. Yang kita tinggalkan di dunia adalah untuk waris kita.
Surah Al-Munafiqun 63:10 "Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"
Sedari awal, kita sudah diingatkan yang kita pasti memohon pada Allah untuk ditangguhkan saat ajal untuk kita bersedekah. Kalau sudah diingatkan, tapi kita cuai, bukankah Allah Maha Adil dalam memberi balasan yang setimpal? Kita hambaNya sentiasa layak diuji…..
Thursday, 26 February 2009
Hijrahku, Hijrahmu
Begitulah, alasannya. Sedang Malaysia berkempen MM2H (Malaysia My Second Home) program kepada warga asing, ada juga rakyatnya yang nak migrate. Brain drain. Malaysia ni tak cukup baguskah?? Mungkin rumput di seberang lautan lebih hijau, lebih mekar, lebih rimbun, lebat….
Kita juga semua mesti berhijrah, akhirnya ..dari alam fana’ ke alam akhirat, transit di alam barzakh (alam kubur)…
1) Bilakah masanya? Telah ditetapkan, tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat.
2) Maklumat tempat berhijrah? Tercatat di dalam Al-Quran and Al-Hadis
3) Bekalan & persiapan? Amal soleh, kebajikan & taqwa
4) Destinasi mendarat? Tanah perkuburan
5) Pakaiannya? Minyak wanginya? Kain kapan, kapur barus, cendana
6) Siapakah pegawai imigresennya? Malaikat Munkar & Naqir
7) Kapal terbangnya? Keranda
Bersediakah kita???
[89.27] Hai jiwa yang tenang.
[89.28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya.
[89.29] Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,
[89.30] dan masuklah ke dalam surga-Ku.Tuesday, 17 February 2009
To err
Diam.Membisu.
Sepi.
Tanpa suara. Tanpa berita.
Aku tahu dirimu ada di sana. Diammu seribu bahasa.
Lantas, aku menghulur berita. Bertamu di ambang pintu rumahmu.
Jawapanmu, layananmu sungguh mendukacitakan.
Kita sudah dewasa, teman. Bisa merasai perbedaannya. Bisa mengesan dari sinar matamu, dari butir ucapanmu, dari diammu..
Aku sedih. Membungkam. Diamku melayan perasaan.
Diam ini sangat merimaskan. Sangat menyesakkan jiwa. Sangat membebankan perasaan. Kerana engkau jauh walaupun dirimu dekat. Diammu memberi makna. Diammu mengungkap seribu rasa.
Aku rindukan ukhwah sesama kita, teman. Aku rindukan mutiara kata yang keluar dari ulas bibirmu. Bisa mententeramkan jiwa yang gundah gulana…
Dalam diam, aku bertafakur. Bermuhasabah diri. Hikmah dalam bicara Allah s.w.t. ini ingin ku cari dan hayati. Puas sudah membelek diri, kekhilafan, kesalahan, kekurangan adalah fitrah manusia..
Maafkanlah dan terimalah kekurangan diri ini, teman kerana kita manusia biasa…

“To err is human, to forgive divine”
And I know, you knew better, my friends... and I must admit that this silence is louder than words..
Wednesday, 11 February 2009
Air mata umat Islam di Tel Aviv
oleh Ainol Amriz Ismail, Mingguan Malaysia, 5 October 2007
| Masjid Hamidiah |
Masjid Hasan Bik (source: google)
Friday, 30 January 2009
Once upon a time

* dibina berderet dengan mempunyai lorong belakang (back lane)
* dindingnya terdiri daripada load-bearing wall
* Bangunan 2-tingkat : tingkat bawah utk premis perniagaan dan tingkat atas untuk penginapan
* mempunyai lubang udara (air-well) untuk pencahayaan dan pengudaraan semulajadi
* mempunyai kaki lima di tingkat bawah (bahagian hadapan)
* bahagian depan tingkat satu mengunjur di atas kaki lima dan berfungsi sebagai atap untuk kaki lima
Kuala Lumpur di zaman Jepun - wikipediaThursday, 15 January 2009
Suara Hati
Tuesday, 13 January 2009
Dengki

Perasaan dengki yang dibenarkan:
Pertama, ketika melihat orang berilmu dan gemar mengamalkan ilmunya, giat berdakwah dengan penuh keikhlasan, dan kita pun menginginkan untuk berbuat sedemikian.
Kedua, ketika melihat orang kaya yang sering membelanjakan hartanya di jalan Allah dan berbuat kebajikan, lantas kita menginginkan berbuat hal serupa.










